Rabu, 28 Januari 2015

Gegaq Kangaq 2015 Organized by GBU

Sebagai peminat acara keramaian aku sungguh tidak akan melepas peluang untuk sama-sama berada dalam scene ketika itu. Rider sentral PEKETUM di kepalai Insan Nul Kamil, depa pi Betong support event di sana. Aku pada tarikh sama tu 24 Januari 2015 turun event di Perelih ni. Sebagai pemula acara di tahun baru 2015 ok buleh tahan gagah jugak. Dengan berderet mesin berlainan meka yang aku percaya hampir kesemuanya dari daerah kejiranan Perlis. Paling jauh adalah kumpulan dari Penang. Aku tak sempat berkenalan nama, tetapi ramai yang angguk sebab dah cam muka, senyum dan bertanya habaq, sungguh mak aku dok buat heran lagu "Aku Tanya Apa Khabar" menang AJL 29. Bak kata sorang memba, manalah depa dapat idea rentak muzik lagu tu dub.dub.dab.cheh.cheh.dab.dab.dub. chehhhh. ,sambil naik train kut nohh. Demnnn! Mennn! ahhahahahah.

Aku  dapat info acara keramaian ni dari Udin Duker Bradehud enjoih prang. Sekeping E-Flyers. Jadi sampai tarikh janji, untuk kesahihan aku pun ronda tapak acara dengan Raimi Barbarosa Wreckar, lebih kurang tengahari rembang jam 12.00. Ok persiapan tempat sedang berlangsung, suam-suam kuku, kerusi putih di atuq di hadapan pentas tetap Dataran 350, buat pengetahuan empa semua Dataran 350 ni dulu tapak Stadium Bola Perlis tahun 70an sampai awal 90an, nama dia Stadium Dato' Sheikh, lepas Stadium Utama hat dok ada lani di bina pada pertengahan 90an. stadium lama pun di roboh dan di bina lah padang Wood Ball, jemm. maw buat trek gerek ka moto cross ka kan kelia . Tukang bunyi melaras pembesar suara. Jadinya event konfirm. Ikut flyer acara dari pukul 4.00 hingga 7.00 petang.
Lepas Asar aku hadir dengan AhBau Katong MC. Sesampai aku tengok ada kugiran pentas, ada kumpulan big biker, geng motard dan geng skuter sym telah ramai hadir. Seperti biasa aku buat kepala ambil port paling hujung parking. Aku dan AhBau tebar dan gantung 2 banner. 1 Official Kapcai dan 1 lagi Perlis Bike Jam.


Tujuan utama aku gantung adalah untuk port ambil gambaq, dan nak habaq kata kami mai support, jadi sama-sama mudah kerja janji matlamat sampai!!. 

Empa pun buleh ja p event mana2 gantung ja banner kumpulan empa macam yang orang lain dok buat, tu pun kalau empa proud dengan apa yang empa buat,tp maw empa nak remain underground. Empa maw dok buat rileks nohhh!

Event "Gegar Kangar" ni di anjur oleh Gabungan Bikers Utara a.k.a GBU. Di kepalai Shukri Marshall. Aku dengar dari yang diucap beliau di pentas "Saya sebagai Presiden GBU berterima kasih pada semua rakan-rakan bikers yang hadir.....bla..bla..". Tengah dok layan ucapan tiba2..Aku dengar bunyi menderu weng!..weng!..brong!..brong!.. menderu kumpulan Retro,Klasik dengan X5 sampai, asap berkelon penoh tapak event..Oke ni baru dalam liga aku. Pada aku big bikers ni memang dasyat tapi sebab dok pi siam beysa tengok lagi dasyat jadi nampak biasa-biasa sajalah, lagipula aku declare aku "RIDER" saja. Bikers ada kulture depa sendiri yang aku belum paham. Tunggulah nanti mana taw sijil simpanan premium BSN aku menang buleh kut sambaq Chopper Eastern Bobber sebijik. Aku pun tinggalkan pentas dan pi jumpa geng retro, klasik dgn X5. 
 Oke berbalik pada geng Retro,Klasik, dgn X5 sungguh tak dak di belah siam jadi aku cover event ni dengan gambaq-gambaq depalah, cerita Big Bikers aku tak berapa ambik taw, empa sembang dengan Djin dak pun Rashimy My Bikers depa kan otai Big Bike! M.T!. 
 Rupanya scene Retro,Klasik,X5 belah Perelih buleh tahan jugak, depa memang hadir pada Perlis Bike Jam 2013,2014. Tapi sebab aku sebok dengan race haritu, aku takdan nak jumpa depa. Di antara ramai tu, ada kawan lama sekolah yang maseh main motor lagi, dia kata dia old skool jadi dia mai dengan Yamaha RXS, mesin injen krom merelap, helmet bell open face, cermin sama 5 button, spek mata rayban ori, baju 3 kain, seluaq levis 501, dengan kasut aliph, dajei mana hang buleh weih!555555.





















































Tiada ulasan:

Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...