Isnin, 20 Oktober 2014

MINUM ARAK TAK MABOK POLAK



Air ketum
hasil dari rebusan daun ketum
air ketum ini menjadi ubatan
menghilangkan lengoh
menghilangkan sakit sendi
menghilangkan sakit urat
air ketum telah diminum
oleh nelayan
oleh pesawah
yang bekerja keras
membanting tulang

sejak kurun berkurun
air ketum telah digunakan
dalam ubatan melayu tradisional

memang betul 
air ketum boleh disalah gunakan
semua yang wujud dalam dunia
ini boeh disalah gunakan
pisang masak pun boleh disalah guna
kalau disapu  dengan kaca halus
untuk dijadikan racun



apa yang wajib dilakukan
ialah kajian ilmiah tentang ketum
kemudian dipasarkan

kalau menentang air ketum kerana mabuk
maka persoalan timbul
kenapa beer air anggur whisky dan brandy
masih ada terjual
apakah kerana pemiliknya
syarikat gergasi antara bangsa
maka TIDAK siapa berani mencadangkan
agar kilang ini ditutup

hanya berani kepada daun ketum
hanya berani lawan orang kampong
kaum kapitalis international tak berani

lihat bagaimana tongkat ali
lihat bagaimana kulit manggis
telah dikaji dan dipatenkan
oleh syarikat multinasional
dan dijual kembali kepada kita

kenapa kita tidak botolkan air ketum
saperti gandum dan barli
menjadi beer dan  stout

jangan bunuh perniagaan tempatan
ini adalah perniagaan asli orang melayu

:-sumber lebai google.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

matttt...dulu puak petani di burma tanam ganja bagi alasan macam ko la jugak...last sekali anak cucu jadi penangih...ko nak lihat anak cucuk ko jadi macam tu ke matt...guna akai sikit matt..jangan nampak bodoh sangat..walaupun bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Saya terima pendapat Bang Mat. Orang kampung yang kerja teruk2 memang bodoh. Lagi elok di jualnya tanah bendang dan bekerja di pejabat seperti Bang Mat.

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...