Rabu, 27 Ogos 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) BEKUKU, TENOM SABAH 57 TAHUN SELEPAS MERDEKA

KOTA KINABALU: Sukar dipercayai ketika kerajaan menyediakan RM450 juta untuk meningkatkan kecemerangan pendidikan dalam Bajet 2014, seramai 101 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bekuku Tenom masih menduduki bangunan sekolah yang diperbuat daripada buluh.

SK Bekuku yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dari pekan Tenom agak daif dengan keadaan kerusi dan meja yang rosak, atap dan dinding yang bocor.

Pelajar sekolah itu terpaksa belajar di dalam bangunan sementara yang diperbuat daripada buluh sejak 13 tahun lalu.

Masalah kemudahan prasarana yang kurang memuaskan itu mendapat perhatian umum apabila ia dimuat naik ke laman sosial sejak Mac lalu.

Ekoran penyiaran sekolah yang diperbuat daripada buluh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melakukan lawatan mengejut ke sekolah itu dan menyaksikan sendiri kedaifannya.

Kelas atau bilik darjah yang dibina hasil gotong royong ibu bapa pelajar dengan kos yang disumbangkan pemimpin masyarakat pada 1999 kini berada dalam keadaan uzur dan tidak sesuai untuk kegiatan pembelajaran kerana struktur bangunannya yang tidak selamat.

Sehubungan itu, masyarakat kampung meminta supaya kerajaan mengambil perhatian terhadap masalah prasarana sekolah yang perlu digantikan segera memandangkan jumlah murid semakin bertambah.

Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Nordin Kasim Madating berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Sabah berkenaan kes itu tetapi sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

"Kami sudah menghantar surat sebanyak dua kali iaitu pada 21 April 2014 dan 11 Julai 2014 namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pihak yang berwajib," kesal beliau.- HARAKAHDAILY, 25/8/2014

Tiada ulasan:

Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...