Isnin, 7 Julai 2014

RED ROUTE RIDE



MENYUSUR JALAN MERAH
Dalam sejarah Negara Gajah Putih yang panjang itu, pemerintahan tentera/rampasan kuasa tentera  kali ini adalah kali yang ke 8  
Justeru itu kami terpanggil untuk membuat perjalanan ke jalan merah itu, bagi mengatakan sesungguhnya Nasib kita bukan terletak di tangan orang lain, nasib kita, kita sendiri yang tentukan, bak kata ayah Pozi COE, "Nak mati, tang mana pun mati, dalam bilik ayaq rumah pun buleh mati". Ok titik. PEKËTUM (Persaudaraan Kapchai Turing SeMalaysia) telah melakukan RIDE itu dengan penoh perasaan berdomba tapi Jauh dari Juah yang SEBENARNYA.
Perjuangan Anti Penjajahan British adalah suatu perjuangan rakyat pelbagai kaum menuntut kemerdekaan Malaya sepenuhnya, ia tercetus selepas Perang Dunia kedua ketika pergerakan nasionalisme menuju ke pembentukan bangsa negara menjadi trend sedunia.
                                         
Perjuangan Anti British bermula pada 20hb Jun 1948. Pada hari tersebut pihak British menjalankan serangan malam ke subuh di seluruh negara dan menangkap lebih daripada 600 orang, lebih dari 300 parti progresif, kesatuan sekerja dan badan lain ditutup. Dua hari sebelum operasi tersebut, British mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke perjuangan bersenjata, ramai anggota gerakan kiri pun mamasuki hutan dan menyertai perang gerila komunis.

Khao Nam Khang,Songkhla Border Thailand-Malaysia.
Ia merupakan suatu kawasan hutan yang telah di wartakan sebagai Taman Negara Siam. Kawasan hutan bukit bukau indah, tuan-tuan buleh tanya lebai google untuk taw lebih lanjut lagi .

Cerita kami bermula disini,"Nama saya Ah Leong San.Panggil saya Ah Leong,dulu saya merupakan kapten rejimen ke 8(sambil menunjukkan ke gambar beliau di tepi dinding). Ah Leong orang Jinjang dulu. Selepas komunis menyerah kalah,Ah Leong terus tinggal di sini bersama kira-kira 200 orang lagi. Ah leong gembira adik-adik berani dan kuat datang ke sini dengan motorsikal. Jgn marah pada komunis, itu cerita dululah sekarang semua mahu aman kita 1Malaysia.
Jangan fikir komunis cina sahaja kita ada Rashid Maidin, Abdullah Sidek,Shamsiah Fakeh ramai lagi. Dan mereka ini bukan yang kecil2 tetapi itu BIG BALL".Rakaman ucapan oleh bekas ahli MPAJA yang kami temui.
Berbalik kepada kisah terowong komunis di sempadan perbatasan negara ini. Ia merupakan terowong yang di bina selama 40 tahun dlm usaha untuk melawan Inggeris, dan kemudiannya melawan Jepun seterusnya melawan Inggeris kembali.Sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Komunis telah bekerjasama dengan Inggeris menubuhkan MPAJA iaitu "Malayan People Anti Japanese Army". Tuan2 boleh google untuk lebih maklumat lagi.

Berkenaan ride pulak macam biasa,maw duk buat rileks, takut duk rumah  diam2, bukan nak kata DJIN Kapcai takut tapi dia hubungi aku 2 hari sebelum ride tanya "La ni bukan Siam duk darurat ka,buleh pi ka?". Dlm media sosial, cerita takut negara Siam tentera ambik alih,di mainkan berulangkali dan juga di pancarkan dari mulut ke mulut dengan sungguh viral sekali. Jadi nya hat mana duk sembang pong pang kami tak berapa nak bimbang. Dan juga cerita Din JPJ roblok 4 lapis buleh tauk longkang.

Seperti biasa kaki ride dari Pandan,Puchong,Keramat,Shah Alam,Ipoh,Sungai Siput,Penang mai awai sehari.Titik jumpa mula masih lagi di Tesco Dannok pukui 8 pagi. Tapi macam biasa COE Rendang teroxx pukui 12 rembang tengahhari baru buleh jalan. Tapi sebab duk pesan dah dan pesan pulak kita musti duk buat rileks. Semua muka senyum kita gerak Pi Kampung Komunis.
Sampai Khao Nam Kang lebih kurang pukui 1.00 tengahhari.
Hari ni jumaat dan kami semua terima bonus musafir. Bayaran masuk 150baht sekepala. Mula dengan video sejarah komunis sehinggalah ke pembukaan Khao Nam Kang kepada umum sebagai suatu destinasi pelancongan.
Dari Khao Nam Khang kami bergerak ke Pantai Songkhla untuk melengkapkan jelajah selatan siam. Untuk makluman empa semua lagi tak parking motor dan amik gambaq depan Patung Duyung di tepi Pantai Songkhla lagi tu tak lengkap jelajah selatan siam woih.. Hayan & Amir nnt empa buleh tunjuk jalan dekat Ody dengan Djin noh.. hehheeh. Maka berduyun-duyun lah kami merentas jalan ke tepi laut sana dari hutan sini.
Usai ambil gambar kelihatan Rider dari ibukota dah rentung sebab depa dah ride 16Jam tanpa rehat. Jadinya perjalanan di teruskan lagi ke Hatyai. Kami bermalam di Hatyai,lokasi mana tak boleh bagitaw nak empa kena ikut ride pulak, malamnya aktiviti bebas seperti biasa. Kami meronda sampai pukul 3 pagi takdak curfue/perintah berkurung apa pun, budak2 honda wave tapi bukan HWC sebab Pidowt dah balik awai terputuih masa menatang masuk mata pastu dia pun ilang entah ke mana, tiba2 pukul 6.00 bagitaw duk ada di border dah (hek eleh takut GF lah tu hahhaah), geng motor penuh kut jalan depan hotel meresin motor. Sekali lagi nak habaq empa mana yang tak mai atas alasan takut tentera siam tu memang rogilah, terutama Katong MC cuih buat malu tokey saja.

SADAO BORDER BIKE WEEK
Hari terakhir jelajah, ahli  semua dah sedia maklum akan checkout sampai minit terakhir sebab nak budget sampai Sadao Bike Week pukul 5.00 petang, jadinya pukul 1 tghhari baru kami gerak dari hotel p makan tengahhari di Restoran Kak Jah Kitchen lokasi tepi sungai depan Pasaraya Diana. Empa mana yang nak pi Hatyai kami rekemen tang tu, rega dan rasa munasabah.
Lepas makan kenyang kami gerak p cari kedai, rider pecah kepada beberapa kumpulan kecil untuk elak sesak, ada ikut Am COE, ada ikut Along Desa Pandan dan ada ikut aku, tapi last jumpa jugak siap kami sama2 ambil gambar kenangan di stesen keretapi Hatyai lagi. Ala yang tempat Kak Nita kurier mutu FZ dia p Bangkok aritu masa dia pi Ride Tozen Kona. Dan tempat Bang Eid bawa balik skrembler Demak dia masa ride Indochina. Apa barang bawa moto naik keretapi.....cuihhhhhh...hahahahah.
Lepas saja dari tu, duit pun habih sepaket, beli CDI Spark 135 siam, beli Cam Resin Honda Dream, dan beli mercun bola habuan nak cucuh kejut orang kampung mangkit makan sahur, kami semua gerak ke Border untuk Support Event Sadao Bike Week.
Untuk makluman empa semua Sadao Border Bike Week ini merupakan acara tahunan kali ke 3.Tapi bak kata Atan LoqLaq tu bukan Bike Week tu konsert. Sungguh aku pun sendiri kata tiada yg istimewa selain dari konsert dan pertunjukan motorsikal berkuasa besar. Malahan rider di paksakan untuk membeli baju,kupon makan dan tiket masuk ke tapak event dengan kadar RM50.00. Tiada budaya motorsikal yang SEBENAR. Jadinya tahun depan Pattaya Bike Week nohhhhh.





































































































Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...