Khamis, 31 Julai 2014

genocide is not justice




Dannok: Persaudaraan Kapchai Turing Se-Malaysia (PEKETUM) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Jurucakap PEKETUM, Madduha berkata, bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut Idulfitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

"Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?" tanya beliau dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Harakah sebentar tadi.

Menurut berita saheh di lapor media massa, setakat semalam 1,053 orang kebanyakannya warga awam dan lebih 300 orang kanak-kanak terbunuh, lebih 6,000 orang cedera. Bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut IdulfFitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

"Kami berpendapat ini bukan masanya untuk hanya bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan mengutuk atau kekesalan akan tetapi sudah sampai masanya untuk segera memberi respons ketenteraan ke atas rejim Israel yang tidak menerima bahasa diplomatik lagi melainkan bahasa tentera." kata beliau lagi.

Sudah terlalu jelas, akibat sokongan penuh negara imperialis dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Kanada terhadap zionis Israel, negara haram itu tidak mempedulikan apa sahaja kecaman yang diisytiharkan oleh masyarakat dunia. Malah apa sahaja resolusi PBB yang dikaitkan dengan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel semuanya tidak diendahkan oleh negara pengganas itu.

Malangnya ramai pemimpin Islam yang dayus, malah yang menjadi pengkhianat kepada nasib warga Palestin di Gaza  nampaknya semakin terdedah bila ada yang bersikap sunyi dan membisu ke atas apa yang berlaku di Gaza. Ada pemimpin kerajaan di negara OIC berkomplot bersama dengan Israel  dari awal serangan Israel bermula.

Tidak dapat dinafikan lagi Mesir kini menjadi rakan Israel paling rapat untuk menjayakan serangan ke atas Gaza. Di bawah rejim Fatah Al Sisi yang disokong oleh Saudi Arab dan Amerika Syarikat,  pihak pertahanan Mesir telah berkomplot dengan Mosaad Israel untuk merencanakan serangan ke atas Gaza sementera Mesir berperanan untuk mengetatkan kawalan menutup pintu Rafah yang menjadi satu-satunya pintu keluar dan masuk ke Gaza melalui darat.

PEKETUM tidak melihat penyelesaian yang lain melainkan angkatan tentera dari negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia mesti segera dihantar ke Gaza. Jika Israel boleh bertindak secara unilateral mengenakan kepungan militari ke atas Gaza yang melanggar undang-undang antarabangsa, kenapa negara-negara Islam tidak boleh bertindak secara militari ke atas Israel supaya tentera Israel menghentikan keganasan.

Kini sudah terdapat beberapa negara bukan Islam yang jauh lebih tegas terhadap Israel seperti Afrika Selatan, Brazil dan Venezuela. Namun negara-negara Islam sehingga kini hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel tetapi tidak mampu bertindak secara konkrit memaksa Israel menghentikan keganasan yang dianggap lebih barbarik dari Hitler.

Negera -negara Islam menjadi bacul dan dayus untuk bertindak kerana terlalu ghairah mempertahankan kedudukan dan kuasa politik masing-masing atas nyawa ribuan warga muslim yang terancam oleh keganasan rejim Israel. Mapim mendesak supaya negara-negara Islam menghantar tentera pelindung rakyat awam di Gaza segera dan tidak terus membiarkan pembunuhan massa oleh rejimIsrael, negara teroris dunia.

Kami menganggap PBB dan seluruh komuniti antarabangsa termasuk negara-negara OIC turut terbabit dalam 'genocide' yang sedang berlaku di Gaza sekarang kerana melengah-lengahkan tindakan ke atas Zionis Israel.

www.malayregime.blogspot.com

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...