Khamis, 31 Julai 2014
genocide is not justice
Dannok: Persaudaraan Kapchai Turing Se-Malaysia (PEKETUM) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.
Jurucakap PEKETUM, Madduha berkata, bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut Idulfitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.
"Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?" tanya beliau dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Harakah sebentar tadi.
Menurut berita saheh di lapor media massa, setakat semalam 1,053 orang kebanyakannya warga awam dan lebih 300 orang kanak-kanak terbunuh, lebih 6,000 orang cedera. Bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut IdulfFitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.
"Kami berpendapat ini bukan masanya untuk hanya bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan mengutuk atau kekesalan akan tetapi sudah sampai masanya untuk segera memberi respons ketenteraan ke atas rejim Israel yang tidak menerima bahasa diplomatik lagi melainkan bahasa tentera." kata beliau lagi.
Sudah terlalu jelas, akibat sokongan penuh negara imperialis dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Kanada terhadap zionis Israel, negara haram itu tidak mempedulikan apa sahaja kecaman yang diisytiharkan oleh masyarakat dunia. Malah apa sahaja resolusi PBB yang dikaitkan dengan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel semuanya tidak diendahkan oleh negara pengganas itu.
Malangnya ramai pemimpin Islam yang dayus, malah yang menjadi pengkhianat kepada nasib warga Palestin di Gaza nampaknya semakin terdedah bila ada yang bersikap sunyi dan membisu ke atas apa yang berlaku di Gaza. Ada pemimpin kerajaan di negara OIC berkomplot bersama dengan Israel dari awal serangan Israel bermula.
Tidak dapat dinafikan lagi Mesir kini menjadi rakan Israel paling rapat untuk menjayakan serangan ke atas Gaza. Di bawah rejim Fatah Al Sisi yang disokong oleh Saudi Arab dan Amerika Syarikat, pihak pertahanan Mesir telah berkomplot dengan Mosaad Israel untuk merencanakan serangan ke atas Gaza sementera Mesir berperanan untuk mengetatkan kawalan menutup pintu Rafah yang menjadi satu-satunya pintu keluar dan masuk ke Gaza melalui darat.
PEKETUM tidak melihat penyelesaian yang lain melainkan angkatan tentera dari negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia mesti segera dihantar ke Gaza. Jika Israel boleh bertindak secara unilateral mengenakan kepungan militari ke atas Gaza yang melanggar undang-undang antarabangsa, kenapa negara-negara Islam tidak boleh bertindak secara militari ke atas Israel supaya tentera Israel menghentikan keganasan.
Kini sudah terdapat beberapa negara bukan Islam yang jauh lebih tegas terhadap Israel seperti Afrika Selatan, Brazil dan Venezuela. Namun negara-negara Islam sehingga kini hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel tetapi tidak mampu bertindak secara konkrit memaksa Israel menghentikan keganasan yang dianggap lebih barbarik dari Hitler.
Negera -negara Islam menjadi bacul dan dayus untuk bertindak kerana terlalu ghairah mempertahankan kedudukan dan kuasa politik masing-masing atas nyawa ribuan warga muslim yang terancam oleh keganasan rejim Israel. Mapim mendesak supaya negara-negara Islam menghantar tentera pelindung rakyat awam di Gaza segera dan tidak terus membiarkan pembunuhan massa oleh rejimIsrael, negara teroris dunia.
Kami menganggap PBB dan seluruh komuniti antarabangsa termasuk negara-negara OIC turut terbabit dalam 'genocide' yang sedang berlaku di Gaza sekarang kerana melengah-lengahkan tindakan ke atas Zionis Israel.
www.malayregime.blogspot.com
Sabtu, 26 Julai 2014
Khamis, 24 Julai 2014
PRESIDEN BARU REPUBLIK INDONESIA
TAHNIAH INDONESIA
Ir. Joko Widodo (lahir di Surakarta, 21 Juni 1961; umur 50 tahun)[1], lebih dikenal dengan nama julukan JokoWi, adalah walikota Kota Surakarta (Solo) untuk dua kali masa bakti 2005-2015. Wakil walikotanya adalah F.X. Hadi Rudyatmo. Ia dicalonkan oleh PDI-P[2].
Jokowi meraih gelar insinyur dari Fakultas Kehutanan UGM pada tahun 1985.[1] Ketika mencalonkan diri sebagai walikota, banyak yang meragukan kemampuan pria yang berprofesi sebagai pedagang mebel rumah dan taman ini; bahkan hingga saat ia terpilih.[3] Namun setahun setelah ia memimpin, banyak gebrakan progresif dilakukan olehnya
Isnin, 21 Julai 2014
TOLAK GENJATAN SENJATA
KANGAR: Jurucakap PEKETUM-Persaudaraan Kapchai Turing SeMalaysia, MadDuha Ben Rosli mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak genjatan senjata dengan rejim zionis Israel.
Menurutnya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan Islam dan bumi Palestin sendiri.
Beliau seterusnya berkata, saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu, membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria dan Yahya kini melakukan kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyat dengan kejam.
"Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin.
"Hari ini Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih," ujarnya.
Dalam kenyatannya kepada malayregime.blogspot.com, Beliau berkata, Israel semakin gentar lalu bersetuju menerima genjatan senjata yang dicadangkan pihak Mesir. Namun tambah beliau, ia tidak dipedulikan oleh Hamas. Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa perang senjata.
Beliau mendapat maklumat, Israel memperluaskan lagi serangan mereka dan ingin menguasai beberapa tempat di bandar Gaza, Baet Hanoun, Khan Yonis akan tetapi dipatahkan serangan mereka oleh Briged al-Qassam.
"Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan. Ini sikap pejuang yang kita banggakan.
"Kami akan memberi sokongan padu dengan sumbangan sumbangan dan mengajak masyarakat supaya berdoa kesejahteraan dan kemenangan bagi pihak pejuang islam di Gaza," ujarnya. - www.malayregime.blogspot.com 21/7/2014
MALAHAYATI
Malahayati. ©wikipedia.com
PEREMPUAN itu berteriak lantang dari atas kapal. Suaranya beradunyaring dengan gelegar meriam. Tegas. Memberi komando kepadapasukan perempuan di medan perang.
Itulah secuplik kisah tentang Keumala Hayati. Panglima perang KerajaanAceh. Dia adalah muslimah pertama di nusantara dan bahkan dunia yangmenjadi laksamana di zaman pelayaran moden. Saat sebahagian besarrakyat negeri ini belum memikirkan emansipasi, dia sudah mendobrakbatas-batas jantina yang baru dibincangkan kemudian.
Enam abad silam, perempuan yang juga disebut dengan nama Malahayatiini memimpin seribu lebih perempuan. Mereka para janda askar KerajaanAceh yang gugur dalam pertempuran melawan Portugis di Teluk Haru aliasSelat Malaka.
Di dalam tubuh Malahayati memang mengalir darah kesatria. Bapanyaadalah Laksamana Mahmud Syah, panglima Kerajaan Aceh. Datuknya,Muhammad Said Syah, juga seorang laksamana terkemuka.
Datuk buyutnya, Sultan Salahuddin Syah, memimpin Aceh pada tahun1530-1539. Sultan Salahuddin merupakan putra Sultan Ibrahim AliMughayat Syah, pengasas kerajaan Aceh Darussalam.
Malahayati mendapat pendidikan militer selepas dari pesantren. Diamasuk jurusan angkatan laut akademi tentera Kerajaan Aceh, Ma'hadBaitul Maqdis. Akademi tentera kenamaan Kerajaan Aceh yang dibina atassokongan Sultan Selim II, penguasa Turki Utsmaniyah.
Di akademi tentera itu, Malahayati tumbuh sebagai sosok cemerlang. Disitu puladia bertemu dengan kakak angkatan yang kemudian menjadisuaminya. Lulus dari akademi, Malahayati diangkat menjadi KomandanProtokol Istana Darud-Dunia Kerajaan Aceh Darussalam. Sang suamimenjadi laksamana.
Namun sayang, suaminya gugur di palagan Selat Melaka ketika melawanPortugis. Setelah suaminya gugur, Malahayati memohon kepada Sultan al-Mukammil, raja Aceh yang berkuasa dari 1596-1604, untuk membentukarmada perang. Prajuritnya adalah para janda pejuang Aceh yang gugurdalam pertempuran di Selat Melaka itu.
Gayung bersambut. Saat itu Kerajaan Aceh memang tengahmeningkatkan keselamatan kerana gangguan Portugis. Usul membentukarmada dikabulkan, Malahayati diangkat jadi Panglima Armada InongBalee atau Armada Perempuan Janda.
Pasukan itu berpangkalan di Teluk Lamreh Kraung Raya. Benteng KutoInong Balee dengan tinggi kira-kira tiga meter dibina. Lengkap denganmeriam. Sisa-sisa istana itu kini masih boleh dilihat di Aceh.
Tak hanya menyusun pertahanan di darat. Pasukan Inong Balee dilengkapiseratus lebih kapal perang. Pasukan yang semula hanya seribu, lama-lamabertambah hingga mencapai dua ribu orang. Armada asing yang melintasdi Selat Malaka pun menjadi gentar.
Pada 21 Jun 1599, pasukan ekspedisi dari Belanda yang baru selesaiberperang dengan Kesultanan Banten tiba di Aceh. Rombongan yangdipimpin Cornelis dan Frederick de Houtman itu disambut baik. Namunarmada asing itu malah menyerbu pelabuhan Aceh.
Kerajaan Aceh melawan. Laskar Inong Balee pimpinan Malahayati jaditembok hadapan. Pasukan janda itu sangatlah tangguh. Armada Belandadibanteras. Bahkan pada 11 September, de Houtman tewas di tanganMalahayati. Frederick de Houtman ditawan selama dua tahun.
Tak kapok, Belanda menghantar pasukan pada 21 November 1600 Kali inidi bawah komando Paulus van Caerden. Mereka menjarah danmenenggelamkan kapal-kapal yang penuh rempah-rempah di pantai Aceh.
Jun tahun berikutnya, Malahayati berjaya menangkap Laksamana Belanda,Jacob van Neck, yang tengah berlayar di pantai Aceh. Selepas pelbagaiinsiden, Belanda menghantar surat diplomatik dan memohon maaf kepadaKesultanan Aceh melalui utusan Maurits van Oranjesent.
Tak hanya sebagai laksamana, Malahayati ternyata juga merupakan sosokperunding ulung. Pada Ogos 1601, Malahayati memimpin Aceh untukberunding dengan dua utusan Maurits van Oranjesent, Laksamana Laurensbicker dan Gerard de Roy. Mereka bersetuju melakukan gencatan senjata.Belanda juga perlu membayar 50 ribu gulden sebagai pampasanpenyerbuan yang dilakukan van Caerden.
Sepak terajang Malahayati sampai juga ke telinga Ratu Elizabeth,penguasa Inggeris. Sehingga negeri raksasa itu memilih cara damai saathendak melintas Selat Malaka. Pada Jun 1602, Ratu Elizabeth memilihmengutus James Lancaster untuk menghantar surat kepada Sultan Acehuntuk membuka jalur pelayaran menuju Jawa.
Malahayati disebut masih memimpin pasukan Aceh menghadapi armadaPortugis di bawah Alfonso de Castro yang menyerbu Kreung Raya Baharupada Jun 1606. Sejumloah sumber sejarah menyebut Malahayati gugurdalam pertempuran melawan Portugis itu. Dia kemudian dikebumikan dilereng Bukit Bandar Dalam, sebuah kampung nelayan yang berjarak 34kilometer dari Kota Kinabalu.
Malahayati sungguh melegenda. Namanya saat ini dipakai untuk jalan,rumah sakit, universiti di Pulau Sumatera, hingga kapal perang TNIAngakatan Laut. Namun sayang, sangat sedikit literatur tentang tokohsebanyak Malahayati ini. Sehingga tidak diketahui pasti kapan tahun lahirdan meninggalnya. (IH/PKBAM/sumber Dream.co.id)
Jumaat, 18 Julai 2014
MH17 TEWAS
Pesawat MH17
telah ditembak dengan misile
pesawat ini telah meledak
jatuh berkecai
bangkai dan serpihan pesawat
ditemui di kawasan Grabovo
di wilayah Donetsk
timur Ukraine
PETA KAWASAN
PETA KAWASAN
BEG PAKAIAN PENUMPANG
MASIH TERBAKAR
MASIH TERBAKAR
FACE BOOK
DAN ASAP TERBAKAR
Rabu, 16 Julai 2014
RUSIA NEGARA KAPIAQ
WARTAWAN TV RUSSIA
KANGAR – Bukan semua menyokong tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memberikan sokongan ke atas keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.
Seorang wartawan sebuah stesen televisyen RT, Abby Martin mengecam dan mengutuk keras tindakan AS yang menyebelahi Israel yang melancarkan perang ke atas Gaza dan Tebing Barat sehingga mengorbankan ratusan nyawa penduduk yang tidak berdosa termasuklah wanita dan kanak-kanak.
Abby dalam sebuah program televisyennya berkata, dalam 24 jam terakhir, tentera Israel telah membuat serangan udara ke atas 160 kawasan di Gaza dan menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), secara keseluruhannya, sebanyak 560 kawasan di tanah Gaza telah dibom oleh rejim Israel.
UNTUK
MAKLUMAN
rt ialah setesen rusia
rusia negara kapiaq
rusia negara progresif
negara anti amerika
negara yang anti zionis
negara yang sokong arab
sokong
sokong bukan dengan retorik
bukan dengan resolusi
tapi
dengan senjata
MALAYSIA BILA?
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...