Selasa, 13 Mei 2014

PADDLE TO THE METAL




Allah setuju kami(sebut MadDuha dan MadRaimi) akan berkayuh ke Padang Kota Lama Pulau Pinang dari Kangar. Jarak lebih 150KM. Penulis sudah lama tidak bersukan ekstrem. Jadinya buat kesekian kali sengaja menyiksa diri. Kesekian kali ini penulis akan menunggang basikal besi tetapan gear tetap 45/18. 
Tujuan utama adalah menyah hidrat lemak-lemak tepu yang terkandung di badan. Tujuan selainnya adalah mengutip dana untuk Rumah Kebajikan Anak Yatim "Teratak Rahmat" ,Perlis. Tuan-tuan boleh google untuk maklumat rumah kebajikan tersebut. Pihak kami tidak menguruskan dana, yang disalur semuanya terus ke "Teratak Rahmat".

Bank Muamalat (Teratak Rahmat) 09010019362729

Tujuan seterusnya adalah bersosial dengan jiwa-jiwa metal menonton JASAD  dari Pulau Jawa.

Jadinya kembara kali ini cuma 2 hari 14 dan 15 bulan Mei 2014.

Sepanjang 2 hari ini tuan-tuan boleh menghubungi penulis di talian +60123060911 untuk belanja minum kopi dan sebagainya. 

Tentatif.
14/5/2014 
7.00 Pagi Tayar golek dari Kangar.
 *Kayuhan akan mengikuti Jalan Lama Kangar-Pulau Pinang.
12.00tghari Dijangka melalui kaki Gunung Jerai. Tuan-tuan boleh belanja kami jagung bakar dan air kelapa.
2.00ptg Dijangka merentasi Petronas Sungai Petani. Tuan-tuan boleh belanja Air Nescafe tin pun ok.
2.30ptg Tayar golek.
4.30ptg Dijangka sampai di Mesjid Telok Air Tawar.Iktikaf. Terima bonus musafir.
5.00ptg Tayar Golek
7.00ptg Dijangka tiba di Terminal Ferri Butterworth.



Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...