Isnin, 17 Mac 2014

Ocean2Ocean Ride


Innalillah... Negara gempar akan Pesawat MAS MH370 hilang dari radar. Aku telah dihubungi pada pagi hari tersebut oleh Barbarosa FaithCraft menyatakan misi sulit mencari pesawat tersebut perlu dilakukan segera. Tanpa berlengah masa satu(1) Unit kecil #ACILAWAN dengan kekuatan10 anggota dikerah untuk melaksanakan misi tersebut. Dengan maklumat risikan awal yang menyatakan Aircraft tersebut hilang di Laut Andaman. Maka pencarian bermula di sana.Pasukan #ACILAWAN ini tidak perlu aku perkenalkan kerana semua maklumat adalah sulit.
Maka tepat pukul satu(1) hari sabtu anggota berkumpul di pintu sempadan paling utara pantai barat Malaysia. Perjalanan sungguh mencabar dengan hujan lebat hampir sepanjang perjalanan    (Alhamdulilah dah lebih 3 bulan tidak hujan, jadi kami tidak hiraukan kebasahan demi menikmati kehausan air hujan) Dari pintu sempadan kami bergerak dengan motorsikal berkuasa kecil untuk lebih menyulitkan lagi misi. Tempat pertama lokasi di cari adalah Pelabuhan Pak Bara di Wilayah Satun yang merupakan pintu masuk utama ke Laut Andaman Jaraknya tidak jauh tidak habis 1 tank petrol motiorsikal kapkunkap 135cc aku. Setibanya di sana kami bermalam di sebuah resort untuk memudahkan sedikit  misi kami dan juga mengaburi mata penghuni tetap Lautan Andaman yang pastinya menyangka kami pelancong biasa. Pada petang hari salah seorang anggota  menemui makhluk kecil seakan predator,  bedah siasat dilakukan ternyata makhluk tersebut tidak bermaklumat yang diperlukan, supaya kematian makhluk tersebut tidak sia-sia anggota telah memakan dengan menjadikannya kerabu...owh belangkas sungguh rare sedap. 
Pada malam hari misi diteruskan lagi, hinggalah maklumat risikan kedua sampai mengatakan Aircraft mungkin berada di Laut China Selatan pula. Kerana telah lewat malam, ketua XPDC tidak engkau seorang juang hingga titisan Kapten G.I Jonz mengarahkan kami berangkat elok terbit matahari esok pagi. OK lena zzzzzzzz.
Masuk hari kedua misi pasukan #ACILAWAN adalah ke Laut China Selatan pula, Jaraknya tidaklah dekat tetapi dekat lagi dari Pattaya nohhhhh. Maka pasukan #ACILAWAN pun bergeraklah secara berjemaah melalui pekan2 kecil hinggalah ke wilayah Songkhla. Betul-betul tepi laut sebelah timur sini misi mencari diteruskan ke Bukit Tangkuan yang mana terdapat zoo safari sungguh layan binatang buas depan mata. Dari bukit pasukan turun pula ke tepi laut Pantai Samila, di daerah ini misi menjumpai monumen tembaga tetapi bukan berkaitan MH370 tetapi merupakan arca duyung. Empa semua kena mai. Lagi takdak gambaq tang ni tak cukup touring selatan siam. Abih mencari tapi tak jumpa juga pasukan ke Bandar Hatyai lagipula duit siam  ada sikit lagi,  ada larat nak minum ayaq nyoq tepi pantai saja. Pasukan singgah makan lidah lembu bakaq sup keting.... Owh sungguh sedap.  Empa bila pula nak p. Duk baca cerita saja. 
:- MadDuha www.malayregime.blogspot.com 
Terima Kasih semua anggota terlibat Division Putrajaya Hazimun JAKIM dan Hairi JAS. Divisian Utara Cip G.I Jonz P1 Event & Hero2, Dr.Shariman UniMAP dan cikgu membesar, Shadi Sungai Petani,Ahmad Raimi WRECK@R. #pray4MH370. Disaat empa dapat baca semua ni aku tak pasti adakah Pesawat udara itu telah ditemui.










Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...