Isnin, 31 Mac 2014

Hari Akhir Epik Ride 5555KM

CHUMPON KE MALAYSIA
Chumpon merupakan persinggahan terakhir kami di bumi siam pada kembara kali ini. Kami sampai ke Chumpon dari Ayuthaya, telah beralih hari ke malam sekitar pukul 2000.Menginap di Hotel Nana Buri dengan kos lumayan 800baht termasuk sarapan pagi. Kali pertama siam bellboy ambil barang dengan troli dari motorsikal kecil kami.
Jarak dari Malaysia cuma lagi 650KM.  Tiada apa yang terlalu istimewa untuk di khabarkan kerana jalan ini telah dilalui buat kali ke 2 dlm sepuluh hari ini. Jalannya lurus, tuan-tuan cuma perlu ikut jalan besar yang bergaris tepi kanan kuning yang tidak putus-putus tuan-tuan akan sampai ke tanah air kita.
Beberapa ilmu baru saya pelajari sepanjang jelajah ini. Yang paling istimewa Aqiqah Kambing buat Muhammad Umar Aydeen Ibnu Muhamad Aduha di Chiangmai sebagai pelengkap jelajah  ini.
 Tiada apa yang baharu dalam kehidupan  ini, semuanya bakal musnah, semuanya telah di lalui oleh mereka yang terdahulu, kita cuma mengulanginya sahaja dengan cara yang lain pula.
*makluman saya hilang 11Kg untuk 10 hari menunggang, teori ride lemak di bawa angin lalu ada benarnya. :-)



 















Ketika Turing, saudara saya berkata, "Gambaq kita ni semua mahai,jadi kita jangan bagi semua, kita pilih yang kita nak bagi saja, yang kita sayang kita simpan".Saat melihat kembali baru saya faham.






Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...