Jumaat, 6 September 2013

Ride Kona Lepiaq Berketam Rebuih

Plan nak p makan ketam rebuih di Tanjung Pauh (siam tulih Tanyong Po) duk plan banyak kali sejak dari sebelum posa lagi tapi takdak kesempatan sebab byk duk ride kut belah timuq Songkhla dan kalut p blk keja. Kebetulan hari ni ahad selepas test trek go kart UniMap Perlis ada lapang sikit pakcik dan 3 orang kawan lajak la jugak p ala2 endurance race, lgpula 2 orang kawan pakcik hat tak berapa sedaq diri walau anak masuk sekolah menengah dah  tu, depa baru tukaq blok  besaq ceramic coated piston saiz penumbuk dengan carburator Uma dan enjoih deraih pom-pom kira maw tunjuk kat siam lah hahahaahaha. Ok abih dari Trek Unimap kami hala p sempadan Malaysia-Thailand Wang Kelian-Wang Prachan. Pakcik cita p lah kat empa semua bagi empa faham mana lah taw empa nak repeat route ni. Ok selesai urusan kastam kami pun masuk lah ride dalam siam sambil pulaih minyak pueh2, ok kejadian ni sebelum minyak naik 2 kupang taw. Nak p senang ja empa ikut ja jalan nak p pekan Satun lepas tu lebih kurang 42KM empa akan jumpa Pekan Satun maw dari border Malaysia ni, pastu empa amik simpang kanan p Chebilang (signboard siam tulih CheBeloung) maw tak jumpa signboard tu, empa jumpa ja orang siam kut2 tepi jalan empa tanya lah "ni kun pai Chebelang mana ni?" maw laki maw pempuan "kun" tukaq "nong" pakcik pun bukan taw sangat main tibai saja ikut sedap mulut janji sebut nama tempat betui sudah lah. Penah dulu tanya orang masa mula2 p sekali dia balas "saya pun buleh cakap melayu bang" haahhaahah MP. Ok sambung balik dari jalan tu empa teruih ja nnt ada signboard tulih CheBelong lagi lebih kurang 10KM empa akan jumpa signboard p kiri tulih Tanyong Po, empa ikut ja jalan tu sampai lah abih jalan. Sampai lah tempat makan sempoi ketam rebuih manih isi tak lekat di kulit heran jugak lagu mana depa masak, ketam pun sampai jari kaki hat haluih tu pun ada isi, iskh empa kena mai lah sakni empa duk kata pakcik muhung pulak. sekian. MadDuha Endurance Cub Rider/ Katong MC/ PEKETUM. iskh byk la pulak. Apa2 empa buleh surf blog pakcik www.malayregime.blogspot.com. ** sebenaqnya pakcik frust nama tak masuk dalam senarai 49 geng gagak hitam yg Kementerian Dalam
Negeri keluaq tu maw idak pasti cool buleh la pakcik joy sticker dan baju tshirt buleh menabung habuan ride pi Phnom Penh bulan 2 nak mai ni. hahahahaahahahahah.















beberapa keping ni gambaq duk try trek go kart UniMAP Perlis (sebarang pertanyaan Perlis Motorsport Club contact Mr. Jonz 0174979960). Aritu depa promosi free 4 jam free,ihsan gambaq salin tampal dari FB brader Sham Pak Don, empa maw nak mai try buleh test sampai lebam sehari RM40.00, trek sedap kona gigit tak perlu risau jatuh nak
kena belah dengan kereta.
ni route dari Kangar Pi Tanyong Po, nak mudah empa pakai ja GPS.
gambaq ride p takdak sebab duk ligan Pak Don dgn Pak Aji yg laju tak sangga tu. hahaahaha
pantai budak2 mandi hat duk nampak jauh adap belah kiri nun Pulau Langkawi, dapat line UMobile 3g.

kawan2 pakcik.
ni ketam hat mola2.
ni dah abih tambah lg sekilo pastu,sbb mai jauh. hahaha
ni kat ujung jalan nama tempat ni Pasir Panjang.

duk kira nak balik dah. gambaq takdak dh. bateri abih. sekian.























Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...