TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA
GARIS TEPAT JALAN RAYA
MESIR - ILMU DARI PENGALAMAN
Ketika tulisan ini digarap – dunia masih tidak tahu dimana bekas Presiden Morsi ditahan. Ketika tulisan ini digarap jumlah warga Mesir yang gugur semakin bertambah. Benterokan antara tentera dan penyokong Morsi terus berlaku. Ketika tulisan ini digarap hampir 12 bilion dolar - duit dari Saudi dan Negara Telok telah masuk ke Mesir. Hakikatnya, suasana politik Mesir masih belum reda dan mengenap.
Apa yang semakin jelas ialah sokongan terhadap rejim militer Mesir telah datang mencurah-curah dari negara Arab terutama Saudi Arabia. Negara Arab konservatif ini melihat bahawa dengan jatuhnya Morsi mereka merasa diri mereka terselamat.
Musim Bunga Arab yang bermula di Tunisia ini amat penting. Musim Bunga Arab telah membawa garis politik yang tepat – politik jalan raya. Wadah politik jalan raya ini telah merebak bukan sahaja di bumi Arab , malah sedang merebak ke seluruh dunia.
.jpg)
Rejim-rejim Arab dan rejim zalim diseluruh dunia termasuk di Malaysia mula sedar bahawa garis tepat –politik jalan raya - akan membawa merbahaya kepada kuasa dan harta kerkayan mereka. Musim Bunga Arab membuktikan keyakinan orang ramai kepada pilihanraya semakin terhakis. Pilihanraya dilihat semakin jelas sebagai satu penipuan terancang oleh elit politik untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara. Rata-rata di Dunia Ketiga anak muda semakin kerap turun ke jalan raya.
Kenapa agaknya duit masuk berbilion dolar dari Saudi, Kuwait dan Qatar masuk ke Mesir ? Untuk menjawab soalan ini kita wajib memahami latar sejarah bumi Arab itu sendiri.
Negara-negara Arab ini menetas dari percaturan dan kepentingan kuasa imperialis Barat. British, Itali dan Peranchis memiliki kepentingan ekonomi di bumi Arab. Empire Ottoman Turkey runtuh – secara resminya pada 24 Julai 1923. Keruntuhan Empire Ottoman ini adalah hukum dan syarat tamadun manusia. Satu empire walau pun gah dan kuat pasti runtuh juga akhirnya.

Kuasa imperial British memiliki kuasa mutlak diwilayah ini. Semua ini berlaku sebelum pecah Perang Dunia Kedua. Sesudah perang kuasa imperial British runtuh – sama saperti runtuhnya kuasa Ottoman. Sesudah selesai Perang Dunia Kedua muncul kuasa imperialis Amerika dan Blok Sosialis.
Justeru kita dapat melihat sejarah Mesir sama saperti sejarah Malaysia dan negara-negara bekas tanah jajahan British. Kedatangan kuasa asing telah melahirkan semangat nasionalisma. Kesedaran anak tempatan ini telah melahirkan perlawanan yang hebat. Sama saperti di Tanah Melayu gerakan nasionalisma Mesir juga mempunyai garis kiri dan garis kanan. Di sebelah kiri –Parti Komunis, Parti Buruh dan Parti Sosialis. Di sebelah kanan ialah parti yang berpaksikan agama saperiIkhwan Muslimin.
.jpg)
Wujudnya Presiden Nasser ini bukan hanya menakut kuasa imperialis malah menjadikan Saudi Arabia dan Negara Telok takut. Suasana politik inilah yang telah memaksa Saudi untuk menyokong Ikhwan Muslimin dan parti kanan yang lain. Gerakan arus kanan Mesir mendapat sokongan moral dan meterial. Dari sini jugalah mencelahnya masuk ajen-ajen imperilis Barat dan CIA yang anti Nasser dan anti gerakan nasionalis progresif.
Kuasa imperalis sedar bahawa negara Arab progresif akan muncul. Justeru kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki perhitungan dan strateji berjangka panjang. Sesudah Perang Dunia Kedua – Israel telah diwujudkan dibumi Arab pada tahun 1948. Entiti Zionis ini sebenarnya hanyalah pengkalan tentera yang cukup lengkap dengan Bom Atom.
Telaga minyak dan telaga gas yang menjana ekonomi sistem kapitalis hari ini wajib dikawal rapi. Saudi Arabia dan Negara Telok pengeluar minyak dan gas wajib dlindungi dari dibantai oleh gerakan nasionalis Arab yang progresif. Disinilah peranan Zionis Israel. Sebagai pengakalan tentera Isreal secara tertutup dan terbuka telah membantu Saudi Arabia dan Negara-negara Telok dari diganggu gugat.
.jpg)
Ketika Presiden Nasser mentabir Mesir - Saudi, British dan Amerika menyokong Ikhwan Muslimin. Sokongan ini untuk memastikan garis ekonomi Nasser yang progresif dapat dimandulkan. Garis politikal ekonomi Nasser mengancam kepentingan kaum pemodal Bristish, Peranchis dan kaum feudal tempatan. Contohnya ramai tuan tanah menjadi marah apabila Presiden Nasser mengagihkan tanah kepada kaum tami melalui reformasi dasar tanah pada tahun 1953. Malah pada tahun 1954 ada percubaan membunuh Presiden Naseer. Ikhwan Muslimin telah dituduh terlibat dalam kes ini.

Satelah melihat latar sejarah ini maka marilah kita memahami keadaan Mesir sekarang. Apakah Saudi menyokong Musim Bunga Arab Mesir? Jawabnya: tidak.Malah Saudi Arabiah telah merayu kepada Obama agar memastikan Mubarak terus berkuasa. Apakah Saudi dan Negara Telok menyokong Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin ketika mereka berkuasa? Jawabnya: tidak.
Lalu persoalan timbul - bukankah dizaman Nasser dahulu Saudi menjadi penyokong Ikhwan? Negara Telok juga memberi sokongan yang kukuh? Betul. Maka dari babak ini kita memahami apa itu realpolitik. Yang menjana realpolitik ialah ekonomi. Saudi sedar bahawa Musim Bunga Arab sedang membawa malapetaka terhadap kuasa dan harta kekayaan kaum feudal. Raja, Sheikh, Emir dan Shah di negara Arab tahu bahawa ombak Tamarod sedang mengampoh. Justeru rejim militer di Mesir wajib diperkukuhkan.
.jpg)
Tetapi anak-anak muda Mesir sedar bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dari kesedaran inilah munculnya Tamarod. Kejayaan Tamrod dan Revolusi Kedua ini juga sedang menjemput ajen-ajen baru yang juga bercita-cita untuk membajak revolusi ini. Duit berbilion dolar dari Saudi Arabia dan Negara Telok itu – sekali imbas saperti sedekah bulan Ramadan. Jangan silap faham dolar itu bertujuan untuk memperkukuhkan rejim militer. Ini juga bertujuan untuk memastikan garis Tamarod untuk mendirikan Mesir yang berkebajikan, demokratik dan merdeka akan digagalkan sekali lagi.

Semua ini dilakukan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memandulkan dan memusnahkan garis politik Tamarod. Strateji kuasa imperialis ialah melayukan Musim Bunga Arab agar jangan merebak ke Saudi Arabia dan Negara Telok. Elit politik dan elit ekonomi merancang agar orang ramai – masyarakat dunia akan melihat bahawa politik jalan raya tidak menghasilkan apa-apa.
Pada tahap ini , kuasa imperialis Anglo-Amerika mahu memastikan Saudi Arabia dan Negara Telok akan terus selamat. Telaga minyak dan telaga gas tidak akan jatuh ketangan anak muda Arab yang memiliki sifat dan falsafah Gamal Abdel Nasser Hussein. Ketika ini peranan Ikhwan Musliman dihentikan sementara. Jika Tamarod dan garis progresif a la Naseer berkembang kembali maka Ikhwan Muslimin akan dipinang kembali.(TT)
SUMBER PELBAGAI :-LEBAI GOOGLE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan