Salah satu dari beberapa sebab lagi mengapa penulis menunggang / mengembara / saja jalan-jalan / ambil angin (baca belajar ilmu alam baru) adalah kerana mahu menyatakan bahawa apa yang diberitakan oleh orang lain adalah tidak benar / tidak tepat / menyangkal akan pendapat dari mulut orang lain itu akan perkara / peristiwa / suasana di suatu tempat / daerah / negara (baca Kerajaan Islam Pattani). Dan penulis gagah kan juga memujuk hati untuk membawa diri penulis ke daerah yang pernah penulis lewati itu 13 tahun lalu. Penulis dan sahabat Saudara Uzaini melintasi sempadan melalui Bukit Kayu Hitam,Kedah pada jam lebih kurang 1217. Dari Situ kami melalui lebuhraya utama (AH2) ke Khlong Ngae dan mengambil selekoh kanan (jalan 42) ke Nathawi. 30 KM penulis sampai ke Nathawi dan berhenti makan tengahari,
mengikut rancangan asalnya kami akan mengikuti Jalan 42 hingga ke Na Ket (jalan kampung lalu kawasan bukit selekoh-selekoh,konon nak thrill) tetapi ketika berbicara dengan abe tuan kedai makan yang mengatakan "kelmarin ado tembok mati 3 orey depan nun, duo orey polih, sorey orey kapong siam, ni kiro pertamo kali daley daerah ni Nathawi, tapi dok po adek duo orey kiro pelancong depa dok kaco".Lantas penulis berpaling kepada sahabat penulis dan kami tersenyum sambil bermain mata, usai makan, kami ke motosikal dan kami setuju tanpa berbincang menggunakan jalan ke Chana (jalan 408) simpang ke kiri (jalan yang telah kami lewati sebelum ini) dan kami berpatah balik (hat ni nama dia perasaan "cuak ok"). Kami menyambung perjalanan hingga ke pekan Chana, kebetulan pada hari kejadian terdapat majlis kenduri besar berbumbung kanopi di tengah-tengah pekan, lokasi majlis selepas lintasan keretapi. Penulis di maklumkan oleh seorang tempatan yang fasih berbahasa melayu bahawa jamuan sempena mengutip derma untuk mendirikan mesjid baru di pekan Chana, penulis difahamkan juga harga bagi satu meja bagi majlis tersebut berharga 10000baht, dan telah ditetapkan untuk sebuah rumah 1 meja makan (kita orang Malaysia ada ka?, penulis dapat info ni ketika dalam perjalan pulang di sebuah bengkel motosikal). Dari jalan 408 kami memasuki susur ke lebuhraya AH18 jalan cantik tepi Laut Cina Selatan.
Perjalanan berbaki 70Km ke Pattani,
kami ikuti jalan AH18 hingga berjumpa dengan Masjid Kerisik (siam tulis Mosque Kru Sue) yang terletak di kiri jalan.
Usai solat dan membasah tekak kami berpatah balik mengulangi kembali jalan yang kami lalui untuk ke sini.
Alhamdulilah melintasi sempadan Malaysia sebelum azan Maghrib hari kejadian.
**Sejarah Masjid Kerisik,Thailand tuan-tuan boleh google sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan