Isnin, 1 April 2013

Bangsa

aDAkah aku ini seorang rasis?

Satu jalur rasisme ialah fahaman perkauman. Fahaman perkauman akan membenci orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisme bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit putih. Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau berkulit kuning pun berkeupayaan untuk menjadi rasis. Asas rasisme bukan warna kulit.

Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisme. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan dan dan…ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.

Rasisme sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis. Untuk rasisme bergerak ia wajib dibantu dan disokong oleh kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisme. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. Rasisme berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisme ialah perebutan harta kekayaan.

Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menakluk dunia hari ini berasaskan rasisme. Amerika diteroka dan menjadi kaya raya dengan tenaga hamba abdi yang ditangkap dari Afrika. Justeru untuk menghalalkan penghambaan ini disebarkan ajaran tentang warga Afrika yang berkulit hitam ini bodoh, bebal dan hanya boleh bekerja di ladang.

Justeru orang kulit hitam dipaksa untuk jadi hamba. Tujuan memiliki abdi ini ialah untuk menggunakan tenaga mereka di ladang kapas. Tujuan berladang ialah untuk mengumpul harta kekayaan. Terbukti jelas asas rasisme ialah pengumpulan harta kekayaan. Di belakang fahaman ini ialah kuasa senjata tuan empunya ladang.

Fahaman dan falsafah rasis ini juga dibantu oleh agama. Ajaran agama yang mengajar dan mendidik manusia untuk hormat menghormati sesama manusia kini disongsangkan. Ada rabai, rahib, imam atau paderi yang menggunakan ayat-ayat suci untuk mengolah persetujuan mencari pengaruh. Lalu para agamawan ini mengakui bahawa agama anutan mereka sahajalah yang tepat. Hanya Tuhan mereka sahajalah yang benar. Hanya bangsa dan kaum mereka sahajalah dipilih oleh Tuhan.

Teknik penjajahan dan penghambaan di Amerika juga dijalankan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Disebarkan propaganda tentang Orang Melayu malas. Justeru melalui hujah ini Tanah dan Bumi Melayu diambil. Dengan hujah ini British memiliki sebab untuk membawa masuk imigran India dan Cina ke Tanah Melayu. Sikap rasis British ini bertujuan untuk memunggah harta kekayaan Bumi Melayu.

Konsep Melayu Malas ialah falsafah, idealogi dan faham rasis dari British. Malah semua kuasa yang mengamalkan dasar rasis akan memiliki ajaran falsafah yang memperkecil, menghina atau membodohkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang ingin dijajah. Kuasa British menghina Bangsa Melayu kerana kaum pemodal British mahu bijih, emas dan perak yang tersimpan dalam perut Tanah Melayu.
-sumber pelbagai lebai google.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...