Selasa, 2 April 2013

Ayuthaya ke Chumpon

Hari ke sembilan (9)9februari 2013

Dan pengembara seramai 8 orang itu pun meneruskan penjelajahan mencari jalan pulang. Perjalanan ini menuntut penilitian pada papan tanda, kami tidak mahu memasuki kota Bangkok, semua penjelajah hanya mahu cepat pulang. Kami berhenti makan tengahari di Pantai Chaam dan melalui Hua Hin , sahabat penulis Mr. Tandop ada sejarah di bandar ini bila mana pernah di saman 1000baht ekoran sistem bunyi ekzos bising pada kunjungan lepas, kami tiba di Chumpon hampir 9 malam, tungangan hari ini terpecah kepada 2 kumpulan, dan kumpulan pertama yang sampai menguruskan hal ehwal penginapan. Beberapa mesin mengalami kesulitan termasuk Sym Mamu tidak mampu laju dan melakukan tukaran plug di sebuah bengkel motorsikal di Chaam. kemudian lagi 120km dari Chumpon mesin yama lc Mr. Tandop putus tali minyak. Pengembara-pengembara dengan ikhtiar hidup yang tinggi melakukan penambahbaikan secara bergotong royong menyambung cable tide dan diikat terus pada pemegang laras minyak. Jadi untuk tuan-tuan masukkan cable tide dalam check list.























lumayan untuk 800baht




Tiada ulasan:

KITA ORANG JANTAN KENA KERJA KUAT

LELAKI BERMARUAH SEHARUSNYA GIGIH BEKERJA عن الزبير بن العَوَّام رضي الله عنه مرفوعاً: «لأَن يأخذ أحدكم أُحبُلَهُ ثم يأتي الجبل، فيأتي بِحُز...