Isnin, 22 Ogos 2011

SALAM 22 RAMADHAN


SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE 22 1432H


aku tidak mahu menjadi sombong 
aku tidak mahu menjadi angkuh 
dalam perjalanan aku bersama kamu ke sana;
Muslimin.
 Majusi , Nasrani ; Atheis ; Hindu ; Buddha. 
dunia ini milik bersama 
dunia ini bukan hanya milik seorang senyawa dan suku sakat kita saja
perkongsian kita dengan

semut, nyamuk, lembu, lipas, ayam, puyu, mentarang, semalu, hempedu bumi, tongkat ali , waima kiambang kangkung jua;
dunia ini milik anak semua bangsa 
dunia ini milik anak semua agama 
dunia ini pinjaman sahaja
yang kita pinjam dari anak kita 
yang meminjam dari cucu kita 
yang meminjam dari piut kita 
yang meminjam dari biut kita 
kita hanya bertransit di sini 
sama seperti bertransit di pudu raya balik kampung
sama seperti bertransit di KLIA ke negeri atas bawah angin
sama seperti bertransit di Hatyai ketika ke Bangkok



Namun! 


pernah ketika transit itu 
kau mahu miliki semua di pudu raya
termasuk parking  dan surau sekali? 

pernah ketika transit itu 
kau mahu miliki semua Stesen Hatyai
termasuk rel keretapi dan jambatan besi sekali?

jadi jangan anggkuh 
jadi jangan sombong 
kita kau  dan aku singgah sebentar disini 
kita kau dan aku hanya duduk sebentar 
aku; 
aku pun macam kau juga 
petang ini aku ke Kodiang. 


-kredit tukartiub


Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...