Khamis, 25 Ogos 2011

SAFIAN MENUNGGU RAWATAN




MEMINTA BANTUAN PEMBACA

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319 

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...