TETAMU TANPA JADUAL
Sebuah lagu dimainkan di corong radio :
"Ada kematian di sekitar aku.
Aku menjerit, tidak ada yang mendengar aku.
Bagaimana aku boleh menyanyi tanpa punya suara.
Aku mahu menyanyi untuk mereka yang tidak boleh menyanyi
Aku mahu menyanyi untuk mereka yang,
telah lupa bagaimana untuk gembira.
Ada luka ...
Dan luka-luka yang paling parah dalam jiwa mereka
Aku mahu menyanyi lagu rakyat
Aku mahu menyanyi untuk anak-anak
untuk mereka yang tidak punya anak-anak...''.
Muzik berhenti. Aku ditanya: "Bagaimana kamu mahu Coke kamu, dengan ais atau terus dari botol"?
Aku terus duduk bersandar dan mendengar kesunyian memisahkan KITA.

Ulasan