Ahad, 2 Februari 2025

KITA ORANG JANTAN KENA KERJA KUAT

LELAKI BERMARUAH SEHARUSNYA GIGIH BEKERJA

عن الزبير بن العَوَّام رضي الله عنه مرفوعاً: «لأَن يأخذ أحدكم أُحبُلَهُ ثم يأتي الجبل، فيأتي بِحُزْمَة من حطب على ظهره فيبيعها، فَيَكُفَّ الله بها وجهه، خيرٌ له من أن يسأل الناس، أعْطَوه أو مَنَعُوه».  
[صحيح] - [رواه البخاري]

Daripada Az Zubair bin Al 'Awwam radliallahu 'anhu daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sungguh seorang daripada kalian yang mengambil beberapa utas tali lalu dia pergi ke gunung, kemudian dia kembali dengan memikul ‎seikat kayu bakar dan menjualnya, sehingga dengan hasil itu Allah ‎mencukupkan keperluan hidupnya. Itu lebih baik baginya daripada ‎meminta-minta kepada sesama manusia, baik mereka memberinya ataupun ‎tidak". [Hadis riwayat al-Bukhari]

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Kerja

Selasa, 26 November 2024

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar?

Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan isteri atau suami dan anak-anak Si Mati. 

TAK perlu nak bayar untuk kos mandi, kapan sampai 1 ribu ringgit. TAK perlu nak bayar kos van jenazah sampai 2 ribu ringgit.

Mandi, kapan PERCUMA ada.
Van jenazah PERCUMA ada.

Untuk penghantaran jenazah, kami dan gabungan van jenazah PERCUMA, cover seluruh Semenanjung Malaysia. TIADA caj tersembunyi.

Di bawah ini, saya senaraikan team pengurusan jenazah PERCUMA para sahabat kami di seluruh Malaysia. Untuk penghantaran jenazah jarak jauh, kami akan bekerja sama dan transit (pertukaran van jenazah) di lokasi pilihan kami.

TERENGGANU
0139721200
Mohd Azizul Jojo
Team JNZA Gaung Global base di Besut.

0142122454
Shahrul Kamil
Base di Kuala Terengganu.

KELANTAN
0164215453
Tengku Harith
Base di Pasir Puteh.

KEDAH
0175335600
Muhammad Ridzuan Osman
DikWan Team MADAD base di Sungai Petani.

0194210115
Team Van Jenazah Jerai
Base di Gurun.

0175589242
Pertubuhan Amal Warisan
Base di Kuala Ketil.

0134671222
Mohd Rashid Mohammad
VJSP Van Jenazah Percuma Sg Petani
Base di Sungai Petani.

PERLIS
0109003230
Hairi Perlis
Team Afiz Ayub Foundation
Base di Kangar.

PERAK
0146628093
Mior Firdaus 
Skuad Amal Cahaya Kasih
Base di Kuala Kangsar.

0143620104
Shuk Kama 
Team Van Jenazah percuma Perak
Base di Manjung.

0134909392
Ainul Mukries Hasan
Team Kami Infaq
Base di Kg Gajah.

0189539774
Pak Njang Mak Njang 
Team Pengurusan Jenazah Percuma
Base di Beruas.

0165217036
Saiful Yusra 
Base di Ipoh.

JOHOR
0147758630
Mohamad Hamimi 
Team Pemburu Pahala
Base di Kluang.

0197979797
Nadim Al Haj
Base Di Johor Bharu.

0127782211
Ahmad Shah
Team van jenazah percuma Johor
Base di Iskandar Puteri Nusajaya.

0137815699
Team Afiz Ayub Foundation
Cawangan Johor.

0187878985
Muhammad Syahrul Nizam Afiz Ayub
Foundation Cawangan Mersing.

0187694736
FikribAfiq Marjuki
Pertubuhan Jalinan Kasih Simpang Renggam. 
Base di Simpang Renggam.

0197221223
Akhi Zoul.
Team Yusra Care Centre,
Johor Bharu.

KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

0136737514
Lim Chong Mok
Base di Lembah Klang.

01165235959
Achik Shah Putera
Sentuhan Setia Kasih
Base di Petaling Jaya.

0197477852
Mohd Mirzaffar Abu Bakar
By Nur Khiriah
Base di Lembah Klang.

0122493378
Zuhairi Zainol
Amal Team
Base di Bangi.

0179175336
Mr Wan Cai 
Official UKVJ
Cawangan Klang.

NEGERI SEMBILAN

0122543835
Ibrahim Hamzah
Skuad Amal Rembau
Base di Rembau.

MELAKA

0123336930
Wan Sirap 
Pertubuhan Amal
Team Melaka

PAHANG

0168579042
Megat 
UKVJ Cawangan Pekan

0199452444
Shah Adun
Amal Team
Base di Raub.

KOTA KINABALU 
0109307183 - Masrul MG
0128043241 - Hasan Sulaiman Amal 
0178397300 - Aweng Teori Domino
0108148484 - Haji Ikhsan Helzy
0102091481 - Awang Saiful
0146554255 - Sukmanirwan Ansar
0169247102 - Akbar Nusah
0168024632 - Din Awang

TUARAN
0135867708
- Masjid Daerah Tuaran 

BEAUFORT
01116815656
- Piya Gasau MPV jenazah percuma warga Beaufort 
0145558665
- Hairee Akmar

SANDAKAN
0148333310
- Yunizam Yusop

LAHAD DATU
01131450605
- Ustaz Joy Born Neo
0138683253
- Darmawan Asaad Palanchoi
0138999511
- Jry Ancheta

SEMPORNA
0178024282
- Perkuasa Ukvj Sabah

TAWAU
0169247102
- Kembara AMAL

KUDAT
01131818616 - Muhajir Nz

KENINGAU
0143505035
Ustz Mohammad
Kenderaan Amal Khairat

LABUAN 
0178636071
01126853494
Wan Afnan

Untuk Khidmat Jurumandi Jenazah Lelaki dan Perempuan. 

Hospital Queen Elizabeth 
0128231518 - Ustaz Masaidil Guding
0168483882 - Ustaz Jamil

Hospital Queen Elizabeth 2
0128030905 - Ustaz Herman
0146508357 - Ustazah Sofea

Hospital Likas
0143694939 - Ustaz Azmil Juma'a
0138648241 - Zulkifli Muntak

Masjid Negeri Sabah
0168442544 - Ustaz Kun

Masjid Bandaraya
0195831541 - Ustaz Haji Mohd Idrus Ahmad

Lahad Datu
0142004498 - Suriyani Sue

Sarawak 
0198557806 AMAL Kuching 
Rakan Gabungan Van Jenazah Sarawak

Simpan nombor-nombor ni.
Esok-esok sudah pasti akan memerlukannya

Kongsikanlah...
Moga Allah SWT kurniakan pahala berpanjangan buat insan-insan yang menguruskan jenazah.
Aamiin ...

Ahad, 17 November 2024

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah 'azzawajalla dan insan tidaklah menanggung dosa insan yang lain.
Bin Duha

Rabu, 6 November 2024

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi isteri dan anak-anak. Apa nasihat pihak tuan agar saya dapat bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini dan tidak merungut? 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt. 

1. Semoga Allah rahmati saudara yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal. Berkerja mencari nafkah merupakan ibadah yang berpahala. Ia mulia di sisi Allah. 

2. Dalam bekerja, ada tempat kerja yang gajinya bagus namun persekitarannya pula bermasalah. Ada pula tempat yang gajinya tidaklah seberapa, tapi persekitarannya bagus. Tiada tempat kerja yang "perfect" segala-galanya. 

3. Saudara meminta nasihat bagaimana cara untuk bersyukur nikmat Allah. Al-Qadhi Iyad menukilkan perkataan Al-Tabari bahawa manusia apabila melihat orang di bawahnya dalam urusan dunia, dia akan lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada dirinya. 

Rasulullah bersabda:

انظروا إلى من هو أسفل منكم، ولا تنظروا إلى من هو فوقكم، فإنه أجدر أن لا تزدروا نعمة الله

"Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kalian, jangan kamu lihat kepada orang yang berada di atas kalian. Sesungguhnya ia lebih utama supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah" 
[HR Muslim, 5172]

Dalam hidup ini kita akan rasa mensyukuri nikmat Allah dan tidak menyalahkan takdir sekiranya melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam urusan keduniaan. Maksudnya apabila kita melihat orang yang nasibnya lebih malang dan musibahnya lebih besar, kita akan berasa:

"Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada aku selama ini. Tuhan tidak menguji aku sebegitu rupa seperti ujian ditimpakan kepada fulan dan fulan tersebut"

Sebelum ini kita berasa seolah-olah kita lah telah teruk dasyat diuji, hakikatnya masih ramai di luar sana lebih dasyat diuji berbanding kita. 

4. Apabila kita menyebutkan tentang syukur dan qanaah, bukan bermakna kita duduk sahaja tidak berusaha dan bermalas-malasan. Tidak sama sekali. Agama mengajar kita agar berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan perbuatan yang terbaik dalam tindakan yang kita kerjakan. 

5. Dalam urusan keduniaan, lihatlah orang di bawah kita agar kita bersyukur atas segala nikmat Allah dan tidak merungut menyalahkan takdir. Adapun dalam urusan akhirat, kita lihat orang berada di atas kita dalam ibadah agar kita bersegera bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan. 

Jadikan urusan duniawi kita juga sebagai saham untuk akhirat dengan meniatkan segalanya kerana Allah. Ingatlah, mencari rezeki dengan kerja yang halal merupakan ibadah yang bermakna di sisi Allah.

Rabu, 16 Oktober 2024

CUKUP ALLAH BAGIKU

SEGALA KETENTUAN TUHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGIKU

Daripada Shuhaib, dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim, no. 2999)

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Takdir
#Redha
#Syukur
#Sabar

Ahad, 8 September 2024

REVOLUSI IRAN 1979

Hari ini 46 tahun yang lalu, berlaku pembunuhan beramai-ramai di Tehran yang menjadi kemuncak meletusnya Revolusi Iran.

Selepas kudeta 1953, Shah (Raja) Iran, Mohammad Reza Pahlavi bersekutu dengan AS & Barat untuk mengukuhkan kuasanya sebagai pemerintah mutlak negara itu. Beberapa tahun kemudian, dilancarkan Revolusi Putih - sebuah program modenisasi agresif.

Walaupun secara ekonominya berjaya, kekayaan tak diagih seadilnya kepada rakyat. Pada masa sama, rakyat ditekan oleh rejim Pahlavi daripada terlibat dalam politik & protes sering dipatahkan dengan ugutan, penahanan & kekerasan.

Ayatollah Ruhollah Khomeini, bekas profesor falsafah di Qom mengkritik keras rejim Pahlavi, menyebabkannya dibuang negeri pada 1964. Pada Januari 1978 apabila Khomeini difitnah oleh akhbar tempatan 'Eṭṭelāʿāt', ribuan pelajar madrasah turun ke jalanan.

Protes kemudian disertai ribuan lagi anak muda, mengundang tindakan keras pihak berkuasa yang membawa kepada kematian penunjuk perasaan. Untuk mengenang mereka yang gugur, demonstrasi dibuat setiap 40 hari & setiap kali, ada saja yang terbunuh.

Kacau-bilau memuncak pada Jumaat 8 September 1978 apabila rejim Pahlavi menguatkuasakan undang-undang tentera, menyaksikan tentera melepaskan tembakan terhadap ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Jaleh, Tehran.

Media Barat mendakwa sekitar 3,000 nyawa terkorban dalam insiden berdarah itu, namun kerajaan Iran melaporkan hanya 86 orang terbunuh sepanjang hari itu di Tehran. Ada kata 64, ada kata 94, ada kata lebih 100 - tiada angka kematian tepat yang dipersetujui.

Apa pun, insiden yang dipanggil “Jumaat Hitam” itu menjadi pemacu kepada revolusi yang membawa kepada tumbangnya monarki di Iran tidak sampai setahun kemudian. Pada 1 April 1979, Khomeini mengisytiharkan Iran sebagai sebuah republik Islam.

*Dataran Jaleh tempat berlaku tragedi Jumaat Hitam itu, yang kemudian dinamakan Dataran Syuhada oleh kerajaan Islam Iran.

Sumber: Britannica, Left Voice

#PeristiwaHariIni

Khamis, 15 Ogos 2024

BOMOH

ANTARA SEBAB MASYARAKAT TERJEBAK DENGAN NUJUM DAN TUKANG TILIK

TIDAK MENGETAHUI BAHAWA TILIK ITU SEBAHAGIAN ILMU HITAM, PENIPUAN SYAITAN, SYIRIK DAN DOSA.

TERPESONA DENGAN KETEPATAN RAMALAN BOMOH DAN TERPEDAYA DENGAN PUTAR BELIT HADIS FIRASAT ORANG SOLEH LALU MENYANGKA TILIKAN BOMOH ITU MERUPAKAN FIRASAT ORANG SOLEH.  

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” [Hadis riwayat Muslim].

“Tukang tilik ini tak kiralah kita panggil dia Tok Bomoh ke? Kita panggil dia Tok Dukun ke? Kita panggil dia Pak Cik ke? Kita panggil dia Uncle ke? Ustaz ke? Tapi kalau dia tilik orang?! (Maka) Itu tukang tilik!

Apa maksud tukang tilik? Dia mendakwa dia tahu benda yang akan berlaku, tilik! Dia mendakwa dia mengetahui barang yang hilang, buktinya takda, dia tahu barang yang hilang itu dekat mana, tilik! Atau pun benda yang telah berlaku tapi dia takda bukti pun, dia boleh cerita ikut pandangan dia, itu tilik! Atau pun orang hilang dihanyutkan arus deras dalam sungai ke? Jeram ke? Air terjun ke? Laut ke? Nak cari mayat, tok bomoh ini, ustaz ini kata dia tahu mayat ini timbul dekat mana. Dia takda bukti tapi dia kata dia tahu, dia boleh tengok! Itu tukang tilik! - Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, Penguam Syarie & pendakwah bebas,
27/7/2024, Masjid al-Mursyid, Pauh.

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Bomoh
#Tilik

Jumaat, 9 Ogos 2024

JESUS

Jesus bercakap bahasa Aramaic
 Dalam bahasa Aramaic, perkataan untuk Tuhan dieja "אלוהא" (disebut "Alaha" atau "Elaha"). Dalam bahasa Arab ia adalah Allah yang bermaksud Satu-satunya Tuhan Yang Benar. Jadi siapa yang Jesus sembah.

Sabtu, 3 Ogos 2024

IMAM

SIAPA YANG AFDAL MENJADI IMAM?

Diriwayatkan oleh Abu Mas’ud beliau berkata bahawa Nabi SAW berkata kepada kami:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانَتْ قِرَاءَتُهُمْ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلاَ تَؤُمَّنَّ الرَّجُلَ فِي أَهْلِهِ وَلاَ فِي سُلْطَانِهِ وَلاَ تَجْلِسْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَكَ أَوْ بِإِذْنِهِ

Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.” Riwayat Muslim (613)
 
Berdasarkan hadith ini para ulama mazhab al-Syafie telah pun menulis hal ini di dalam kitab-kitab mereka. Berikut merupakan susunan orang yang layak menjadi imam ketika ketiadaan imam khusus yang dilantik masjid menurut Ibn Naqib al-Masri di dalam kitabnya Umdah al-Salik (128):

• Yang paling faqih (iaitu yang paling mengetahui dan memahami) hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.

• Yang paling baik bacaan al-Quran

• Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi syubhah)

• Yang paling awal berhijrah ke kerajaan Islam Madinah dan anak cucunya

• Yang paling awal memeluk Islam

• Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula daripada bani Hashim, bani Muthalib, kemudian diikuti Quraish, kemudian bangsa Arab, diutamakan anak orang yang soleh dan alim daripada yang disebutkan dari nasab

• Yang paling baik keperibadian

• Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian

• Yang paling lunak suara

• Yang paling baik penampilan

#SuaraSunnah
#Ashujaa
#Imam

Selasa, 4 Jun 2024

NADIA NADIM

Dia ialah Nadia Nadim. Dia dilahirkan di Afghanistan. Bapanya dibunuh oleh Taliban ketika dia berusia 11 tahun dan keluarganya melarikan diri ke Denmark dengan menaiki trak.
 Nadia telah menjaringkan hampir 200 gol dalam bola sepak profesional dan mewakili pasukan kebangsaan Denmark sebanyak 98 kali.
 Dia telah menamatkan sekolah perubatan dan sedang belajar untuk menjadi pakar bedah rekonstruktif apabila hari bermainnya telah tamat.
 Dia bertutur dalam 11 bahasa dengan fasih dan berada dalam senarai Forbes wanita paling berkuasa dalam sukan antarabangsa.
 Kalau nak tunjuk suri teladan kepada anak perempuan, tunjukkan Nadia Nadim.

Rabu, 29 Mei 2024

Who is Greg Dyer

The Equalizer 3 introduces a new character, Greg Dyer, who has a history with Robert McCall, connecting to the events of The Equalizer 2. The pension guy, Greg Dyer, played by Marco Giuliani, is a new character introduced in The Equalizer 3 and was not present in the previous movies of the franchise
.                  The CIA. Dakota Fanning 

KITA ORANG JANTAN KENA KERJA KUAT

LELAKI BERMARUAH SEHARUSNYA GIGIH BEKERJA عن الزبير بن العَوَّام رضي الله عنه مرفوعاً: «لأَن يأخذ أحدكم أُحبُلَهُ ثم يأتي الجبل، فيأتي بِحُز...