SENAMAN

Bersenam itu baik, tetapi senaman atau tubuh badan yang cergas bukanlah indikator Muslim yang berbakti.

Yang paling baik dalam kalangan Muslim adalah yang paling bertaqwa. Sedangkan ujub pula berlaku apabila seseorang melihat batang tubuhnya lalu memberi gambaran bahawa cara hidup begitulah yang sempurna pada penilaian agama. 

Sedangkan Solat 2 rakaat sebelum subuh itu lebih berharga dibandingkan dunia serta segala isinya. 

Apalah sangat sekadar mampu mampu berlari puluhan kilo ataupun berbasikal ratusan kilo ataupun mengangkat besi beberapa jam saban minggu. Itu semua tidak lebih dari sekadar hobi, baik buruk bergantung kepada niat masing-masing. Sedangkan bukan untuk itu Al-Quran diturunkan serta rasul diutuskan.

Tidak ada kekuatan fizikal yang lebih bernilai dari kemampuan mengangkat punggung siang dan malam, menuju ke rumah Allah serta menunaikan solat.
Dr Salman

Ulasan

Catatan Popular