Khamis, 19 Oktober 2023

Israel Bom Hospital

KANGAR– Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu menyeret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Jurucakap Persaudaraan Kapcai Touring SeMalaysia (PEKETUM) Mad Duha berkata, Israel sudah keterlaluan dan angkuh apabila bertindak mengebom hospital hingga menyebabkan hampir 1,000 nyawa terkorban.

“Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Malaysia perlu mengutuk sekeras kerasnya dan mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel itu sebagai jenayah perang yang paling kejam.

“Ia adalah insiden yang merekodkan kematian tertinggi di Gaza sejak Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin selepas serangan Hamas ke atas rejim zionis,” katanya.

Mad Duha berkata, Israel perlu didakwa atas jenayah kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai dan pencabulan hak asasi manusia antarabangsa.

Beliau berkata, tindakan kejam Israel menunjukkan negara zionis itu menunjukkan sikap tidak menghiraukan nyawa orang awam.

“Mereka memusnahkan bangunan- bangunan di Gaza dan membunuh sesiapa sahaja yang boleh mereka bunuh. Rakyat Gaza pada masa kini ditinggalkan tanpa elektrik, tiada makanan, tiada bahan api.

“Situasi terkini di Gaza semakin meruncing apabila jumlah kematian membabitkan orang awam terus meningkat di tengah-tengah pencerobohan dan sekatan menyeluruh oleh rejim Israel,” katanya.

Sementara itu, beliau mahu Malaysia dan pemimpin dunia menggesa Mesir untuk membuka lintasan Rafah dengan segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan boleh segera dihantar ke Gaza.

Tiada ulasan:

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...