Isnin, 30 Januari 2023

Tenang

LARANGAN MENGGANGGU JEMAAH BERIBADAH DALAM MASJID

Abu Said al-Khudri berkata: 

"Ketika Nabi saw beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi saw berada di tempat ibadah baginda. 

Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 

"Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." 

(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Tiada ulasan:

siapa kau

sebelom kita lahir kita ada 2 org tua mak/ayah, ada 4 atok/nenek, 8 moyang, 16 buyut (mak ayah kpd moyang), 32 cakawari (atok nenek kpd moya...