Rabu, 19 Oktober 2022

SATUN HINGGA RANONG DULU TANAH MELAYU

Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul Dan seluruh tanah melayu hingga ke Segenting Kera, Ranong kepada Siam. Ini kerana Siam menggangu aktiviti penjarahan bijih timah British di Kaki Bukit, Perlis. Disitu juga menyaksikan kemasukan buruh Cina. Sisa peninggalan masih boleh disaksikan hari ini. Terdapat Istana Raja Melayu yang dijadikan muzium di Satun. Bahkan Masih terdapat Batu Tanda Ban Melayu nun jauh di Ranong. 
Tapi itu dululah punya cerita. Hebat orang tanah Melayu dulu. Cerita lain lagi seperti yang kita semua sedia maklum pada minggu lepas menyaksikan pembubaran Parlimen Malaysia. Dan dengan Pembubaran Parlimen mengakibatkan semua menteri hilang pekerjaan. Mereka (baca penganggur) kini sedang meminta kerja daripada kita (majikan). Gunakan kuasa kita sebagai majikan. Baca (kita) Rakyat. Pilih sebaik mungkin. Siapa aniaya Adib Bomba kita dendam. Sapa curi duit tak mengaku kita ambil tahu. Sapa cakap tak serupa bikin pun kita buat pedoman.
Tapi nak cerita sebenarnya perihal Ride Ribut Taufan ke La-Ngu Satun. Tempat yang dituju adalah Kampung Telaga Tujuh / Laga Tuyo. Siam baca Ban Bo Chet Luk. Kampung asal Melayu Urak Lawei. Sebuah pulau kecil yang bersambung dengan jambatan ke tanah besar. Pulau dibuka oleh pelaut Chao Nam / Urak Lawei / Orang Laut Aboriginal Malay yang pertama mendarat membuka kawasan kiranya nak settle down dan tinggal di situ, kawasan di sebelah matahari terbenam pulau. Menurut cerita legenda, mereka telah mengali 7 pergi demi mencari air bersih. Dari Pekan La-Ngu kira-kira kurang lebih 14KM.  Dari sempadan Wang Kelian 80KM untuk sampai ke situ. Tempat cantik ada Pantai, ada ombak, ada view pulau. Ada local yang main surf ombak. Makanan pun ok tak mahal. Dan kami merancang untuk acara PEKETUM CAMPING DAY 2023 seminggu sebelum Ramadhan di situ, InsyaAllah. Kawan-kawan yang dapat baca posting ni adalah dijemput buat ramai. 

Selasa, 11 Oktober 2022

BUBAR PARLIMEN 10/10/2022

Dengan pembubaran Parlimen, ahli Parlimen dan menteri sudah jadi penganggur. Mereka sedang meminta kerja daripada majikan (rakyat). Gunakan kehendak anda sebagai majikan. Lihat prestasi mereka untuk memilih pekerja yang terbaik.

Rabu, 5 Oktober 2022

ALIP KAIZER MALAYSIA

“Tak sakit ke BONTOT ride jauh² ?”

      Lebih kurang 7 thn yg lepas aku di kenalkan dgn 1 club motosikal yg diberi nama PEKETUM oleh 2 rakan ku Haziq Ibnu Hassan & Enal . Pada masa tersebut aku baru sahaja berkerja selepas tamat pengajian IPTS, duit pon x berapa ramai , dan aku masa tu tiada kederaan yg sesuai utk jln jauh . Hasil racun dari mereka maka aku buat keputusan utk beli moto baru. Keputusan tersebut hanya ambil masa 1 malam kerena keterujaan aku utk belajar ride jauh pada masa tersebut . Maka bermulalah semuanya. 

      Awalnya proses utk pembelian moto agar sukar kerana aku masih baru bekerja dan aku tiada rekod loan dari mana² bank , tapi Alhamdulillah semuanya dpt diatasi , mslh ke-2 yg dihadapi tentang cuti yg agak lama . Dah la baru kerja dah buat hal nak cuti lama . Tapi cita ni aku dah lupa mcm mana semuanya boleh berjaya aku atasi . 

    Nak di pendik kan cerita Alhamdulillah misi pertama aku masa tu berjaya. Selepas peristiwa tersebut timbul mcm² persoalan dari rakan² dan ahli keluarga , yg paling kerap di tanya “tak sakit bontot ke ride jauh² naik moto?”. Selepas entah berapa ribu kilometer aku tempuh dan pelbagai jenis permukaan jln aku masih x dpt jawapan utk persoalan tersebut . Mungkin setiap kali ride keterujaan aku buat aku hilang semua deria rasa penat atau sakit ditubuh . Penah ride 1200km sehari , penah ride 19 jam sehari . Penah ride balik hari , penah ride sebulan . Entah berapa puluh ribu kilo dah ride aku pon x pasti selama 7 tahun ni.

     Aku baru sahaja selesai ride pusing semenanjung Malaysia , yg aku planing lebih lama tetapi aku balik lebih awal atas beberapa faktor. Antaranya aku dah jumpa jawapan bagi persoalan yg selama ini aku cari “ Tak Sakit Bontot ke Ride jauh² ?” Iya aku dah dapat Jawapanya selepas hampir 7 tahun Jawapanya tergantung . Entah apa sebab yg mempengaruhi sampai aku dpt jawapan ini , adakah disebabkan faktor cuaca, Usia, Kenderaan, Atau berat badan ? 

    Bagi rakan² atau keluarga yg penah tanya soalan ini , jawapan aku iya , kali ni aku dah rasa sakit yg sgt² kat bontot masa ride kali ini . Mungkin disebabkan hari pertama aku buat Johor- Perlis dalam keadaan hujan dalam tempoh 19 jam . Atau juga faktor kenderaan yg tidak sesuai , entah la aku sendiri tidak pasti . Tapi rasanya sungguh perit , puas jugak la aku adjust cara duduk masa ride . Kekiri kanan rasa x kene, ke depan ke belakang juga x kene. Benda yg x penah berlaku sblm ini. 

     Walaupon aku dah dpt jawapan tu semangat aku utk terus ride dan tgk tempat orng masih membara . Cita² aku selama ini mesti ditunaikan 1 hari nanti , mungkin cara kita lalui dlm hidup ini x sama . Ada yg suka berhabis dekat kehidupan sehari² mereka , ada yg suka simpan harta . Tapi bagi aku cukup la kehidupan sederhana janji aku puas tgk tempat orng . Kadang tgk rakan² sebaya dah ada mcm² dlm hidup mereka , aku tetap sama mcm ni masih dok main moto . Tapi xpela cara aku tentukan hidup aku berbeza dgn mereka , apa yg aku harapkan skrng ni aku dpt jumpa jodoh yg nak sama² dgn aku tgk dunia ni sejauh boleh . Kita berjalan sambil buat duit utk teruskan perjalanan itu . Semoga 1 hari nanti aku jumpa orng yg ada minat sama mcm aku . 

       Benda ni bukan apa , aku ok ke jln sorng² sblm ni , byk tmpt dah aku g sorng² dan cari kawan kat tmpt tu . Dok pacak khemah atau hemmock dalam hutan atau tepi pantai sorng² pon dah biasa . Tapi tu la mak aku dah mula bising , bahaya katanya g sorng² ni . Aku malas nak bagi dia risau sahaja … tapi Jauh disudut hati masih Mengharap Allah lembutkan hati sidia utk cepat peluk Islam . Jika bukan jodoh aku pon , sekurang² nya x sia² usaha aku selama ini.

Alip KAIZER
5 Nov 2021

#peketum

Selasa, 4 Oktober 2022

Ayam Bawang

Sedap sungguh lauk tengahari ni. 

Ayam Bawang nama diberi. Resepi yang wajib hampa cuba walau sekali. Tapi kalau cuba mesti nak lagi, kalau habis memang gigitlah jari.

Bahan-bahan nak kena ada untuk projek ini:

1 ekor ayam dipotong kecil.
1 pek kecil serbuk kari ayam/daging.
3 biji bawang besar.
5 ulas bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
3 tangkai daun kari.
2 kuntum bunga lawang.
2 batang kulit kayu manis.
3 sudu sos tiram.
2 sudu sos tomato.
2 sudu sos cili.
7 sudu kicap manis.

Cara nak buat dia:

1. Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam dan goreng sampai masak. Ketepikan.

2. Goreng 2 biji bawang besar yang telah dipotong nipis sehingga garing dan ketepikan.

3. Tumis baki bawang besar, bawang merah, bawang putih, daun kari, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau dan kecilkan api.

4. Masukkan serbuk kari dan kacau sekejap lalu masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap dan kacau sebati. Tambah sedikit air dalam suku cawan dan kuatkan api. Kacau semua sehingga mendidih dan masukkan ayam.

5. Kacau sebati ayam dengan sos tu dan tutup api. Tabur sebahagian bawang tadi dan kacau biar rata semua dan hidangkan. Tabur baki bawang goreng tadi atas hidangan.

Siappppp.

Sedap wehhh. Sungguh.

#ResepiSuperDaddy
#ayambawang



Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...