Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan suami yang panas baran...
Bukan suka-suka الله ﷻ berikan kita anak yang degil dan nakal...
Bukan suka-suka الله ﷻ letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama...
Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita anak ramai...
Bukan suka-suka الله ﷻ langsung tidak beri anak pada kita...
Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita pelbagai sakit...
.
Bukan suka-suka الله ﷻ aturkan kisah silam kita..
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat...
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je".
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripada NYA.
.
Bukan saja-saja kita seorang je yang dapat Hidayah..
Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.
.
Hidup kita الله ﷻ yang atur.
Isteri kita الله ﷻ yang punya.
Suami kita juga milik الله ﷻ...
Anak² kita الله ﷻ yang punya...
Duit kita الله ﷻ yang punya...
Kesihatan kita الله ﷻ yang punya...
.
Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.
Kerana semua itu bukan kita punya.
Punya الله ﷻ.
DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja...
.
Namun usah lupa.الله ﷻ itu MAHA PENYAYANG.
DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.
Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.
.
Cuma الله ﷻ yang tahu.
Bersangka baik dengan الله ﷻ perlu kita aplikasikan.
.
Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan الله ﷻ, kita akan sentiasa Redha.
.
Jadi, usah kecewa.
Kita ada الله ﷻ.
Kita minta pada الله ﷻ.
Kita minta kekuatan pada الله ﷻ.
Kita yakin dengan الله ﷻ.
Kita redha dengan ketentuan الله ﷻ.
In Shaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan