Khamis, 30 September 2021

umur 40 tahun

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنْهُمْ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَنَتَجَاوَزُ عَن سَيِّئَاتِهِمْ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ وَعْدَ الصِّدْقِ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.

Surah Al-Ahqaf ayat 15-16

-Umur 40 an bukan masa utk buat perkara laqo( pekerjaan yg sia² )

Apabila sudah 40 tahun;
1. Banyakan berdoa minta Allah utk sentiasa buat baik  - buat banyak kebaikan
2. Minta Allah supaya kita sentiasa bersyukur dgn Allah.
3. Ingat nikmat2 yg Allah berikan

-apabila sudah 40, jaga ibu bapa jika mereka masih ada. Jaga dgn sungguh2 dan sempurnakan semua keperluannya. 

-Buat pilihan2 yg islamik, spt pilih hotel yg islamik berbanding konvensional. Sokong usaha2 perniagaan yg lebih islamik. 

-Banyakan bertaubat apabila sudah 40 tahun. Kerana sebelum2 itu, zaman remaja dan zaman muda banyak ego kita..Allahuakbar.

-Hukum haram menceritakan maksiat2 kita pada org ramai, bahkan mencari2 keaiban org lain juga haram. Spt dlm kem2 motivasi, dan nak jadikan cerita pada org pun tak boleh.

-Hentikan semua pertelingkahan apabila cecah 40, apalagi nak bertumbuk dgn org, lebih2 lagi adik beradik, keluarga. Tinggalkan semuanya, banyakan utk mengalah dan berbuat baik.

-Antara nasihat2 Syeikh ialah dengan pilih kawan secara bijak apabila usia semakin meningkat sptmana kita mula memilih makanan apabila usia semakin bertambah.

-Memperbanyak amal soleh, banyakan waktu belajar agama utk beramal, bukan sekadar dengar sahaja dan bukan sekadar isi masa lapang.

-Bila dimasa umur 40an kita dah setkan jadual amalan kebaikan harian kita, maka diumur seterusnya ia dah menjadi kebiasaan.

-Tg Ust Mat Esa Deraman-

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...