Ahad, 18 Julai 2021

Drama Vaksin

*Drama Vaksin di Malaysia*

Awal² bila Kerajaan order vaksin Pfizer.. ada yg bangkang kenapa susah² ambil Pfizer yg nak kena simpan dlm suhu -70°C bagai?.. menyusahkan logistik.. dah lah mahal... nak mark-up lah tu...mcm2 hal..

Bila Govt ambil vaksin Sinovac pula...ada yg cakap nape beli vaksin Made in China yg keberkesanan di ragui.. benda murah mesti kualiti rendah?.. KJ terpaksa cucuk Sinovac dulu utk yakinkan orang ramai.

Bila vaksin Pfizer pertama sampai.. minta disuntik kpd menteri dan org2 politik dulu.. kalau tak berkesan biar mereka mati dulu... bila PM suntik dulu sampai sekarang masih sihat.. dah kena tuduh pula Pfizer hanya utk org2 kayangan jer..

Bila vaksin Astrazeneca ada masalah darah beku di negara Eropah, semua takut dan suruh AZ dibekukan dari senarai vaksin di Malaysia.. tapi Msia dah beli.. KJ pun open bagi sesiapa yg nak vaksin AZ secara sukarela boleh mohon... bila dah open utk org ramai.. seluruh Malaysia berebut pula nak vaksin AZ sampai website MySejahtera jam.. yg tidak dapat daftar, maki hamun kata sistem lembab, tak padan dgn harga juta²...1 juta vaksin AZ yg rebut tu 2 juta org....maka peluang anda mmg 50/50 jer.. sudahnya AZ dimasukan semula di dlm senarai vaksin PICK.. sbb sambutan luar biasa... ramai pula yg nak vaksin AZ...

Bila masuk Fasa 3 bulan Jun.. tiap2 hari update tgk MySejahtera, gaduh2 dgn apps tu sbb tak dapat temu janji vaksin.. sedangkan stok vaksin tambahan belum sampai lg pun di Malaysia.. ikut jadual Julai 2021 baru dapat 14 juta vaksin yg kita beli.. itu pun berperingkat2... vaksin tak ada mcm mana nak dapat temu janji, nak cucuk bila?.. berbakul² lah maki hamun dapat kat sapa yg cipta apps MySejahtera tu...

Bila Julai menjelma ramai lah yg sudah dapat suntikan vaksin ikut nasib lah jenis apa blh dapat di PPV masing2..  17 juta org yg berdaftar.. 14 juta vaksin yg sampai.. 1 org 2 dos.. walaupun ramai yg berpeluang dapat.. masih ada lg yg belum dapat sb vaksin belum cukup utk menampung walaupun kita mampu menyuntik 400ribu dos sehari.. Pharmaniaga janji akan bekalkan 2 juta dos tambahan kpd Kerajaan dlm masa  terdekat...

Baru2 ini Pharmaniaga kena kecam pula.. company kroni.. ambil untung.. makan komisyen.. bla².. sedangkan Pharmaniaga beli vaksin secara pukal dan dibotolkan semula dlm kilang mereka, pastu dijual kpd Kerajaan... Pharmaniaga itu pula GLC..  duit yg untung akan pergi kpd rakyat balik..  dia ada pekerja yg bekerje 24 jam sehari utk bekal vaksin spt dijanjikan. Org business mmg lah nak untung jg.. tak akanlah nak buat amal kebajikan dgn membuka company pharmaceutical..

Pd masa ini program vaksin kita antara yg terpantas di dunia...semlm shj hampir 400,000 dos vaksin telah diberikan dlm sehari...lagi cepat rakyat dapat vaksin, lebih cepat kita bangkit mcm dulu balik. Rasanya Govt kita dah buat yg terdaya dan terbaik utk rakyat.. di susunkan jadual.. diberikan suntikan percuma.. dibantu dari segi kewangan dan bermacam2 lg bantuan disediakan berbanding dgn negara2 lain....

Mungkin kita sibuk mencari salah.. hingga kita lupa nak berterima kasih kepada frontliner dan pertugas² yg banyak membantu kita utk mendapatkan vaksin sb drama vaksin kita ni kalau dibuat drama season 4 pun tidak blh habis ceritanya lagi..

Terima kasih kpd semua yg terlibat kerana usaha kalian lah, saya berjaya mendapat vaksin..

Selamat hariraya aidul adha semua

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...