Khamis, 3 Jun 2021

Vaksin Vaccine Baksin

“Orang Amerika benci kat hang, ni hang nak pi sana tak takut ka mati kena tembak?”Jon Alpert soal.

“Dak” simple jawab Fidel Castro

“Hang pakai baju kalis peluru ka?” Alpert hairan.

Castro buka kancing jaket askar dia, selak baju hala pi ke arah Alpert. Sambil gelak dia kata “Tak dak!”

“Hang gila ka apa?! Hang tak takuit kena tembak ka?” Alpert buat gelabah bewak.

Dengan releks Castro jawab “Mati tu pasti buat apa nak takuit cuma tak tau bila dan di mana. Mengkala kata aku mati kena tembak dekat Amerika maka mati lah aku.”

Di atas adalah sedutan perbualan si wartawan Jon Alpert dengan Fidel Castro dalam dokumentari Cuba and Cameraman di Netflix.

TA bukan nak cerita pasal filem ni. TA nak bagi tau seorang komunis pun tak takut mati. Kita yang kata bertuhan ni pulak takut mati.

Masih ada orang kata cucuk vaksin boleh mati.

Mati itu pasti. Bagi orang beriman mati itu lah yang dicari kerana mati itu membawa maksud kembali.

Kembali kepada Yang Maha Pencipta. 
Dunia hanyalah sebuah perjalanan menujuNya.

Tak setuju dengan apa yang TA kata, takpa. Penyataan ni bukan untuk dipersetujui. Hanya satu penyataan.

: Tok Ayah

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...