Isnin, 19 April 2021

Menggorek hidung / telinga tidak batal puasa

 

KUALA LUMPUR – Perbuatan mengorek hidung atau telinga tidak membatalkan puasa umat Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tanggapan demikian sekadar menyusahkan umat Islam yang berpuasa.

“Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh atau membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut sekali pun bukan makanan dan minuman.

“Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah,” katanya di Facebook semalam.

Mohd. Asri berkata, perbuatan memakai celak dan menggunakan eye drops juga tidak membatalkan puasa seseorang muslim.

“Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit,” katanya.

Sehubungan itu, segelintir netizen mendesak supaya pembelajaran bab puasa di sekolah-sekolah agama diubah kerana umat Islam Malaysia selama ini telah dididik dengan ajaran yang salah tentang amalan berpuasa. 


Tiada ulasan:

lelaki

Lelaki tidak mengeluh nasib kerana dia percaya hidup ini medan ujian. Dia berjalan dalam sunyi, memikul tanggungjawab tanpa meminta simpati....