Brelwi, kalian harus tahu dahulu sepak terajang mereka. Hakikatnya Brelwi ( penyembah kubur ) sedang mempermainkan kita Ahl Sunnah Wal Jama’ah.
Jangan pelik Syiah dahulu pun berjaya memperdayakan ulamak Ahl Sunnah dengan majlis taqrib mereka. ( Jangan kata Brelwi tak mampu perdaya ulamak-ulamak kita )
Berapa ramai ulamak Ahl Sunnah yang sudah tertipu dengan taqrib Syiah. Kalian sendiri tahu, majlis taqrib tidak pernah menguntungkan umat Islam. Malah lebih ramai Sunni yang dibunuh dan disembelih.
Mungkin kalian menganggap golongan Brelwi bukanlah masalah yang besar kepada Malaysia, tapi saya nak ajak kalian perhatikan gerak kerja mereka,
Pada mulanya, Brelwi hanya menggalakkan umat Islam berselawat kepada Rasulullah SAW. Dan tentunya umat Islam akan menerima, kerana ia memang dianjurkan oleh Baginda SAW.
Tetapi, dakyah Brelwi ( penyembah kubur ) tidak terhenti disitu, mereka bawa pula qasidah-qasidah memuja Rasulullah SAW yang jika kita diteliti, jelas menuhankan dan mengiyakan akidah Nur Muhammad SAW.
Selepas umat Islam menerima akidah Nur Muhammad SAW ini, Brelwi cuba yakinkan umat Islam bahawa nabi SAW hadir dalam majlis zikir/selawat perdana.
Demikian juga Brelwi cuba menanam akidah meminta pertolongan dari tuan kubur. Awalnya mereka mengajak supaya sentiasa menziarahi kubur, lama kelamaan Brelwi ajar umat Islam hias kubur, usap perut wanita mengandung di kubur, cium kubur para wali. Kemudian meminta secara terus ( direct ) kepada tuan kubur.
Menuhankan nabi Muhammad SAW juga adalah salah satu akidah Brelwi, kerana itu mereka cuba membawa cerita-cerita mimpi bertemu Rasulullah SAW.
Lalu bila umat Islam percaya, Brelwi serap pula akidah nabi SAW datang memberi ijazah selamat khusus, dan kemudian Baginda SAW datang bertemu secara yaqazah ( sedar ).
Perihal lambang/replika capal, ramai yang menganggap itu adalah cara mengingati Rasulullah SAW, padahal kalau kalian perhatikan, golongan Brelwi lah yang mempopularkan lambang capal begitu.
Siapa boleh yakinkan bahawa lambang capal dapat menimbulkan rasa cinta pada Rasulullah SAW ? Nak sayang Baginda SAW, nak kasihkan Baginda SAW bukan dengan capal, tetapi dengan mengikuti sunnah-sunnahnya.
Begitulah Brelwi, mulanya memakai lambang capal diatas kepala, kemudian berubah sehingga ada dalam kalangan umat Islam meletakkan lambang capal di dalam masjid. Jelas satu penghinaan terhadap rumah Allah SWT.
Umat Islam jangan tertipu, inilah cara ajaran sesat menyelinap masuk ke dalam rumah orang-orang Islam. Cuma terkadang umat Islam sendiri tidak menyedari bahayanya golongan penyembah kubur ini.
Ia telahpun terbukti di India dan Pakistan, hari ini Brelwi sudah mencecah jutaan pengikut.
———
Tulisan ini hanya sekadar mengingatkan kita sesama Muslim, tidak bermaksud mahu menuduh sesiapa telah syirik.
Bukankah sadd zara’ie ( menutup pintu ) lebih baik dalam perkara yang boleh menjerumuskan ke dalam syirik ? Saya fikir kalian juga berpandangan begini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan