Jumaat, 30 April 2021

kita

Kita berpuasa

Tapi

Kita tak ingat tuhan
Kita masih kejar dunia

Kita hanya menahan lapar dan dahaga
Kita lupa hakikat puasa. 

Begitulah kita mengharungi Ramadhan.

Tok Ayah
April 2021

Sabtu, 24 April 2021

Kita Dan Anak-Anak

Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,

1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,

1. Marah anak.
2. 'Pukul' anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.

Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,

1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.

Rasanya macam baru saja dia lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.

Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?

Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.

Jadi ibu ayah sekalian. 

Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.

1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.

Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.

Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama..


Isnin, 19 April 2021

Menggorek hidung / telinga tidak batal puasa

 

KUALA LUMPUR – Perbuatan mengorek hidung atau telinga tidak membatalkan puasa umat Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tanggapan demikian sekadar menyusahkan umat Islam yang berpuasa.

“Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh atau membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut sekali pun bukan makanan dan minuman.

“Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah,” katanya di Facebook semalam.

Mohd. Asri berkata, perbuatan memakai celak dan menggunakan eye drops juga tidak membatalkan puasa seseorang muslim.

“Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit,” katanya.

Sehubungan itu, segelintir netizen mendesak supaya pembelajaran bab puasa di sekolah-sekolah agama diubah kerana umat Islam Malaysia selama ini telah dididik dengan ajaran yang salah tentang amalan berpuasa. 


Sabtu, 17 April 2021

Alquran

Ini link murottal Alqur'an 30 juz tanpa harus download, tinggal play saja. Boleh play walaupun tutup phone. 

Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO
Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ
Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF
Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3
Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3
Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs
Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC
Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o
Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu
Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH
Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y
Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby
Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ
Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA
Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM
Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG
Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz
Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc
Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95
Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc
Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO
Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP
Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm
Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5
Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf
Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2
Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno
Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai
Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF
Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc

Sila disebarluaskan semoga menjadi amal jariah bagi kita semua.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Selasa, 13 April 2021

Macamana Nak Tukar Nama Pemilek Kenderaan di JPJ? | Interview Ekslusif B...

Salam Ramadhan 2021 Masihi

Terasa sejuk indahnya Ramadan. Selamat berpuasa Ramadan ya. Allah memang nak beri kita apa sahaja yang kita hajati.. Doa semuanya jadi pahala dan ibadah. Pintu syurga dibuka seluasnya. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Doa makbul sangat. Doalah panjang-panjang. Beri masa menangis pada Allah. Doa sebelum buka puasa. Sejam sebelum buka puasa. Doa minta pada Allah. Setiap siang dan malam Ramadhan doa dikabulkan Allah. Doa hidayah dan keampunan untuk umat. Doa buat mak ayah kita dan orang yang kita sayang. 

Beri makan orang berpuasa. Selalu tolong isteri atau bergilir dengan isteri menyiapkan sahur dan berbuka puasa. Supaya kita dapat pahala besar disisi Allah. Jangan menyusahkan pasangan atau keluarga. Bantu masak, bantu hidangkan, bantu basuh pinggan. 

Kejut keluarga Sahur yang berkat. Sebelum Sahur boleh Tahajud dan baca Al-Quran. 

Solat Subuh berjemaah dapat pahala ibadah sepanjang malam. Solat Fardhu awal waktu. Bawa keluarga solat sama-sama. Jangan kerana 1 Fardhu kita tinggalkan 5 waktu solat. Solat Tarawih setiap hari walau 8 rakaat.

Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumahtangga.
Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga. Selalu berdakwah kerana hati jadi lembut mudah cenderung kepada kebaikan.

Teruskan khidmat dan mencari orang susah dan memerlukan. Inilah bulan kita mencari orang kelaparan dan dalam kesusahan. Bulan simpati dan mengasihi orang miskin. 

Bulan kasih sayang dan kesabaran. Jangan marah-marah. Bulan membentuk akhlak dan sifat yang m

MUSAFIR LARA CAMPSITE

RUACH ELOHIM FOUNDATION

Bercerita tentang kebaikan hidup 

Brelwi

Brelwi, kalian harus tahu dahulu sepak terajang mereka. Hakikatnya Brelwi ( penyembah kubur ) sedang mempermainkan kita Ahl Sunnah Wal Jama’ah. 

Jangan pelik Syiah dahulu pun berjaya memperdayakan ulamak Ahl Sunnah dengan majlis taqrib mereka. ( Jangan kata Brelwi tak mampu perdaya ulamak-ulamak kita ) 

Berapa ramai ulamak Ahl Sunnah yang sudah tertipu dengan taqrib Syiah. Kalian sendiri tahu, majlis taqrib tidak pernah menguntungkan umat Islam. Malah lebih ramai Sunni yang dibunuh dan disembelih. 

Mungkin kalian menganggap golongan Brelwi bukanlah masalah yang besar kepada Malaysia, tapi saya nak ajak kalian perhatikan gerak kerja mereka, 

Pada mulanya, Brelwi hanya menggalakkan umat Islam berselawat kepada Rasulullah SAW. Dan tentunya umat Islam akan menerima, kerana ia memang dianjurkan oleh Baginda SAW. 

Tetapi, dakyah Brelwi ( penyembah kubur ) tidak terhenti disitu, mereka bawa pula qasidah-qasidah memuja Rasulullah SAW yang jika kita diteliti, jelas menuhankan dan mengiyakan akidah Nur Muhammad SAW. 

Selepas umat Islam menerima akidah Nur Muhammad SAW ini, Brelwi cuba yakinkan umat Islam bahawa nabi SAW hadir dalam majlis zikir/selawat perdana. 

Demikian juga Brelwi cuba menanam akidah meminta pertolongan dari tuan kubur. Awalnya mereka mengajak supaya sentiasa menziarahi kubur, lama kelamaan Brelwi ajar umat Islam hias kubur, usap perut wanita mengandung di kubur, cium kubur para wali. Kemudian meminta secara terus ( direct ) kepada tuan kubur. 

Menuhankan nabi Muhammad SAW juga adalah salah satu akidah Brelwi, kerana itu mereka cuba membawa cerita-cerita mimpi bertemu Rasulullah SAW. 

Lalu bila umat Islam percaya, Brelwi serap pula akidah nabi SAW datang memberi ijazah selamat khusus, dan kemudian Baginda SAW datang bertemu secara yaqazah ( sedar ). 

Perihal lambang/replika capal, ramai yang menganggap itu adalah cara mengingati Rasulullah SAW, padahal kalau kalian perhatikan, golongan Brelwi lah yang mempopularkan lambang capal begitu. 

Siapa boleh yakinkan bahawa lambang capal dapat menimbulkan rasa cinta pada Rasulullah SAW ? Nak sayang Baginda SAW, nak kasihkan Baginda SAW bukan dengan capal, tetapi dengan mengikuti sunnah-sunnahnya. 

Begitulah Brelwi, mulanya memakai lambang capal diatas kepala, kemudian berubah sehingga ada dalam kalangan umat Islam meletakkan lambang capal di dalam masjid. Jelas satu penghinaan terhadap rumah Allah SWT. 

Umat Islam jangan tertipu, inilah cara ajaran sesat menyelinap masuk ke dalam rumah orang-orang Islam. Cuma terkadang umat Islam sendiri tidak menyedari bahayanya golongan penyembah kubur ini. 

Ia telahpun terbukti di India dan Pakistan, hari ini Brelwi sudah mencecah jutaan pengikut. 

———

Tulisan ini hanya sekadar mengingatkan kita sesama Muslim, tidak bermaksud mahu menuduh sesiapa telah syirik. 

Bukankah sadd zara’ie ( menutup pintu ) lebih baik dalam perkara yang boleh menjerumuskan ke dalam syirik ? Saya fikir kalian juga berpandangan begini.

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...