Rabu, 25 November 2020

Tok Ayah

Masa saya kecil
Saya tak kisah saya bodoh atau pandai

Masa saya muda
Saya rasa saya pandai 

Masa saya tua
Saya rasa saya bodoh sebab saya rasa saya pandai masa muda.

Peketum Touring Kingdom Merch

PEKETUM TOURING KINGDOM MERCH 
S-2XL RM50
3XL-5XL RM60
6XL-7XL RM70

www.wasap.my/60123060911

1. BMRT 2XL
2. BOI L
3. ZACK L
4. GEE XL
5. ACAPLGK L 
6. ACAPLGK2 M
7. ABAU kok klang XL
8. ABAU KK2 M
9. Gemok - 5xl
10. Paklah- M
11. BLJ - L
12. JMYHC - L
13. Ayong L
14. Manjer - M
15. AIP XL
16. Insan L
17. Achoy1 M
18. Achoy2 L
19. Pak Eim L
20. Nurani (  L - 1, XL - 1)
21. Bat LCTC XL
22. Latok (4xl - 1, M - 1, 2xl - 1)
23. Aad XL
24. MAN SIK ( L-1, S-1, 5xl-1)
25. Sid Sham (XL - 1)
26. Firdaus (L - 1)
27. Wan ( XL - 1 )
28. RJKM 2XL
29. Farid A.Star 2XL
30. ZMS L
31. Kirin Sg. Besi 4XL
32. Tun 7XL
33. Rizal M
34. BSF - 2XL
35. Che Din-M
36. Noon - 4XL
37. Berg - L
38. RSA - XL
39. Poji bisu 3xL
40. Darul-L
41. TM - 4XL(1) S(1)
42. Abied - L
43. Abu -L
44.JP-2XL
45. Suhaimi - M
46. Jais - M(1) S(1)
47. Faridzuan - 2XL
48. Ket - M
49. Enal M
50. Dejang L

Lengan pendek
1. TM 4XL
2. Darul L
3. Apie L
4. Boi L
5. Tikah M

Selasa, 24 November 2020

Ilmu Ladunni

HUKUM BERGANTUNG KEPADA ILMU LADUNNI

Soalan: Dr Asri, suami saya seorang yang ingin mencari kebenaran. Malangnya kebelakangan ini dia terlibat dengan ajaran yang agak pelik. Dia kata dia ikut tasawwuf atau sufi. Dia mula bercakap macam-macam perkara yang bagi saya begitu falsafah. Dia kata gurunya ada ilmu ‘ladunni’. Gurunya bukan macam kita yang biasa. Gurunya macam Nabi Khidir yang tidak bergantung lagi kepada ajaran Nabi Musa. Apakah maksud semua ini?

Jawapan Dr MAZA: 
Puan, semoga Allah merahmati puan. Sikap prihatin puan terhadap agama suami puan adalah tanda puan seorang yang sayangkan Islam. Jika benar suami puan ingin mencari kebenaran dan dia ikhlas, saya percaya satu hari Allah tetap akan membimbing dia menemui jalan yang diredhaiNya. Untuk soalan puan maka saya jawab seperti berikut;

1. Hasrat ingin membersihkan diri dengan mempelajari ilmu yang menumpukan kepada pembinaan ruh atau kesucian jiwa (tazkiyyah al-nafs) adalah sesuatu yang terpuji. Insan memerlukan hal tersebut. Sering kali ilmu pembersihan jiwa itu dinamakan dengan tasawwuf atau kesufian. Walaupun panggilan ‘tasawwuf’ atau ‘sufi’ mempunyai berbagai persepsi atau pro dan kontra dalam kalangan sesetengah sarjana Islam, tetapi apa yang penting apakah isi kandungan ajaran yang terkandung dalamnya? Jika isi kandungan ajaran itu menepati al-Quran dan al-Sunnah, maka soal nama atau panggilan tidak begitu besar untuk diperdebatkan. Walau bagaimanapun saya lebih cenderung agar dipanggil ilmu proses penyucian diri itu dengan ilmu tazkiyyah al-nafs sesuai dengan istilah digunakan oleh al-Quran dan al-Hadis. Memanggil dengan tasawwuf ataupun sufi juga tidak mengapa.

2. Malangnya, banyak kalangan mereka yang mendakwa membawa ajaran tasawwuf atau kesufian ini tidak memfokuskan kepada penyucian jiwa, sebaliknya banyak tertumpu kepada membesar-besarkan ‘guru’ atau syeikh mereka. Falsafah-falsafah yang pelik-pelik dibangkitkan dengan menggambarkan kehebatan guru rohani yang terlibat. Maka, sepatutnya anak murid diajar untuk membesar dan mengagungkan Allah, tetapi guru mengambil kesempatan untuk dirinya turut dibesarkan. Sehingga seorang sarjana al-Syeikh Manna’ al-Qattan menyebut:  “Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”( Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).

3. Dalam al-Quran, dalam Surah al-Kahf (ayat 60-82). Allah menceritakan pengembaraan Nabi Musa mencari Khidir a.s. bagi menuntut ilmu daripadanya. Semasa perjalanan Nabi Musa a.s. menemani Khidir a.s., baginda telah melihat beberapa tindakan Khidir a.s. yang menyanggahi syariat yang diturunkan kepadanya (Musa) lalu baginda membantahnya. Setelah tiga kali pertanyaan serta bantahan dibuat oleh Musa a.s. terhadap tiga tindakan yang dilakukan oleh Khidir, akhirnya Khidir pun tidak lagi membenarkan Musa a.s. mengikuti dan menceritakan rahsia segala tindakan-tindakannya yang dianggap oleh Nabi Musa a.s. sebagai kesalahan. Dengan mempergunakan kisah dalam Surah al-Kahf berkenaan maka sesetengah golongan tarikat beralasan bahawa para wali dibolehkan tidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yang dianggap salah oleh golongan zahir tetapi betul di sisi ilmu hakikat atau ilmu ladunni. Ini kononnya sama seperti tindakan Khidir yang tidak mengikut Nabi Musa a.s. kerana Khidir adalah wali Allah dia menilai dengan ilmu ladunni yang terus menerus daripada Allah sedangkan Musa a.s adalah seorang nabi yang menilai dengan ilmu syariat semata. Justeru itu golongan hakikat tidak sama dengan golongan syariat dan golongan hakikat tidak perlu mengikut syariat seperti Khidir tidak perlu mengikut Musa.

4. Perkataan ilmu ladunni itu diambil dari ungkapan al-Quran dalam kisah tersebut pada ayat 65 dari Surah al-Kahf, Allah berfirman:  
فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا
(maksudnya): “Lalu mereka berdua (Musa dan Yusya' bin Nun) telah bertemu seorang hamba (Khidir) dari kalangan hamba-hamba Kami (Allah) yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan Kami berikan kepadanya ilmu dari sisi Kami”. 
Oleh kerana ayat ini menyebut min ladunna ilma  (ilmu dari sisi Kami) maka muncul istilah ilmu ladunni. Dengan istilah ini ada golongan mengambil kesempatan untuk mengatakan mereka juga mempunyai ilmu ladunni oleh itu mereka tidak terikat atau bergantung dengan syariat zahir seperti Khidir tidak bergantung kepada syariat Musa a.s.

5. Seorang tokoh tafsir terkenal yang juga merupakan guru saya iaitu al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Solah al-Khalidi menyebut: “Selepas melihat perkataan-perkataan daripada para ulama kita maka kita dapat membuat suatu keputusan yang putus iaitu: Ilmu ladunni yang diisyaratkan oleh ayat tersebut, yang telah Allah ajarkannya kepada Khidir a.s. sebenar ialah nubuwwah (kenabian) dan wahyu. Adapun pengakuan dan dakwaan golongan sufi mengenai ilmu ladunni menurut kefahaman mereka itu, adalah batil, sesat, menyanggahi syariat Islam dan petunjuk al-Quran” (Ma`a Qasas as-Sabiqin Fi al-Quran 2/186. Syria: Dar al-Qalam).
  
6. Ertinya, tindakan- tindakan Khidir dalam kisah tersebut adalah atas arahan wahyu daripada Allah. Beliau itu nabi. Nabi Musa a.s. diutuskan kepada Bani Israil, tidak diutuskan kepada Khidir. Khidir menerima arahan langsung daripada Allah melalui jalan wahyu. Segala tindakan Khidir adalah perintah Allah melalui jalan wahyu. Beliau tidak bergantung kepada ajaran Nabi Musa a.s. yang diutuskan hanya untuk Bani Israil. Adapun Nabi Muhammad S.A.W. adalah utusan untuk sekelian manusia tanpa kecuali dan tidak ada yang terlepas dari berada di bawah lembayung ajarannya. Semua kita bergantung kepada syariat baginda dan sudah tiada nabi lagi selepas baginda. Nabi s.a.w bersabda:
وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً
 “Dahulu nabi diutuskan khusus untuk kaumnya, aku diutuskan untuk manusia keseluruhannya”. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). 

Maka, kita semua terikat dengan syariat nabi kita Muhammad s.a.w. Tiada sesiapa yang boleh memandai-mandai membuat syariat sendiri atau mendakwa dia mendapat syariat baru secara langsung wahyu dari Allah. Jika ini dibenarkan, bererti setiap orang berpotensi untuk mencetuskan ajaran baru atas nama Allah. Maka ajaran Nabi Muhammad tiada lagi nilainya. Justeru, al-Imam Ibn Abi al-`Izz (792H) dalam kitab akidah yang masyhur iaitu Syarh al-`Aqidah at-Tahawiyyah menyebut: “Adapun sesiapa yang berpegang dengan kisah Musa bersama Khidir a.s. bagi membolehkannya meninggalkan wahyu kerana bergantung dengan ilmu ladunni,  seperti yang didakwa oleh yang tidak mendapat taufik, maka dia adalah mulhid (atheis) dan zindak (munafik). Ini kerana Musa a.s. bukanlah Rasul yang diutuskan kepada Khidir. Khidir juga tidak diperintah untuk mengikutnya. Sebab itulah Khidir bertanya Musa: “Apakah engkau Musa dari Bani Israil?” Jawab Musa: “Ya!” (Riwayat al-Bukhari).  Adapun Muhammad adalah diutuskan untuk seluruh manusia dan jin. Sekiranya Musa dan `Isa masih hidup maka mereka mesti menjadi pengikutnya. Apabila `Isa turun ke bumi (pada akhir zaman) dia hanya akan berhukum dengan syariat Muhammad. Oleh itu sesiapa yang mendakwa bahawa kedudukan dia bersama Muhammad seperti Khidir bersama Musa atau membolehkan (mempercayai) hal ini boleh berlaku untuk sesiapa di kalangan umat maka hendaklah dia memperbaharui keislamannya. Hendaklah dia kembali bersyahadah dengan syahadah yang benar kerana dia telah terkeluar dari Islam keseluruhannya. Sama sekali dia bukan dari kalangan wali-wali al-Rahman (Allah) sebaliknya dia adalah wali-wali syaitan”. (Syarh al-`Aqidah at-Tahawiyyah, m.s. 511. Beirut al-Maktab al-Islami). Ya, kenyataan ini agak keras, namun kita patut mengambil mengiktibaran darinya. 

7. Kenyataan-kenyataan para ulama seperti al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menyanggah golongan yang memutar belitkan maksud ilmu ladunni ini, begitu tegas dan keras. Ini disebab dakwaan ini boleh menyebabkan ditolak ajaran Nabi s.a.w dan wujudnya syariat baru selain Islam. Maka dakwaan ilmu ladunni dalam bentuk syariat yang berbeza dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah sesat dan boleh membawa kufur.

8. Namun, ini tidak menafikan bahawa Allah mungkin memberikan mimpi yang benar dan ilham yang benar kepada seseorang dalam hal-hal kehidupan yang bukan bersifat syariat baru. Seseorang mungkin ditunjukkan pilihan yang betul dalam berkeluarga, berkerjaya atau seumpamanya. Namun, semua mimpi dan ilham itu mestilah dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah untuk memasti ia bukan mainan syaitan.

Isnin, 23 November 2020

Marijuana

Khas buat para isteri dan kaum ibu... 

Cara2 mengenali sama ada suami atau anak2 anda terlibat secara langsung dengan dadah jenis GANJA ni:

1) terlalu kuat mkn... jika selama ni dia mkn sepinggan je sehari, tiba2 hari ni 1 periuk pn x cukup. Itu mmg sah baru lepas kena ganja

2) Rasa kering pada mata dan mulut serta cepat mengantuk... jika selama ni dia sering tido lewat smpai 2-3 pagi sbb sibuk belek hempon, klau baru lepas CAS, silap gaya pkl 9 mlm dh berdengkur dn akan bangun seawal pagi. Silap2 ayam blm berkokok beliau dh bangun

3) kreativiti meningkat... kadang2 akan 'berfikir diluar kotak' dan diluar kemampuan diri sendiri..merasakan apa yang dibuat semua betul

4)sentiasa kemas... penampilan nya berubah dari selekeh kpda bergaya utk membezakan diri dari penagih2 dadah jenis sintetik yg penampilan mereka agak selekeh, busuk hapak, rambut serabai, gigi rongak, sembang deras tin kosong dn sebagainya... itu semua utk mengelakkn dari kena urine test, itu psl penampilan mau kemas dn SENYUM sentiasa

5) anti jenayah... biasanya penagih dadah jenis GANJA ni akan sedaya upaya mengelakkan diri dari melakukan sebarang jenayah berat mahupun ringan sbb takut kena tangkap

6) senyum selalu... senyum sgt sinonim dgn penagih dadah jenis GANJA ni. X buat lawak pn dia senyum, marah pn dia senyum... confirm baru lepas kena ganja

7) menjadi malas dan anti sosial... tak suka bergaul dengan orang ramai dan suka menyendiri. 

Jika ada kesemua ciri2 diatas ni, blh la puan2 dan saudari2 hubungi dan rujuk pihak polis atau AADK. 

#JauhiDadah
#PerangiDadahHabisHabisan

Ahad, 22 November 2020

PULAU KETAM

Pemandangan di Pulau Ketam Kuala Perlis dirakamkan pagi tadi.Pulau Ketam merupakan kampung nelayan yang terletak paling hujung menghampiri sempadan Malaysia-Thailand di persisir pantai Kg.Wai-Bukit Batu Putih.

Hutan paya bakau Pulau Ketam digazetkan sebagai antara hutan simpan paya bakau negeri Perlis menjadi habitat kepada hidupan akuatik air masin dan payau.Beting pasir Pulau Ketam seperti yang dilihat di dalam gambar menjadi tumpuan ramai ketika air surut untuk aktiviti mengorek siput gayam.

Pulau Ketam merupakan salah satu produk Rural Tourism yang semakin dikenali.Keindahan sistem paya bakau,pemandangan lanskap berlatarbelakangan kepulauan Langkawi dan budaya tempatan perkampungan nelayan menjadikan Pulau Ketam istimewa sebagai produk pelancongan baharu.Di negara jiran, beting pasir timbul ketika air surut ini digelar “The Dragon Spine” seperti yang dapat dilihat di Satun Geopark.

Pulau Ketam berkongsi geografi garisan pantai laut Andaman di utara semenanjung Malaysia bersempadan dengan selatan Thailand.Faktor geografi ini turut menjadikan berlakunya perkongsian budaya ,makanan serta cara hidup masyarakat Kuala Perlis yang pernah suatu ketika dahulu dibawah pentadbiran serumpun.Baca di sini; https://www.facebook.com/124724590905192/posts/3683275618383387/?d=n

Photo: Lela Mishara Cikgu Petai Teks: PNW
#pulauketam #pulauketan #tepunggandun #wai #perlisnature #batuputih #thedragonspine #perlis #perlisnature #pethalasgt #motac #tourism #trulyasia

Jumaat, 20 November 2020

The Alchemist

The Alchemist Quotes

Everyone seems to have a clear idea of how other people should lead their lives, but none about his or her own.
Tell your heart that the fear of suffering is worse than the suffering itself. And that no heart has ever suffered when it goes in search of its dreams, because every second of the search is a second's encounter with God and with eternity.
Paulo Coelho, The Alchemist
Tags: fearsuffering
This is what we call love. When you are loved, you can do anything in creation. When you are loved, there's no need at all to understand what's happening, because everything happens within you.
Paulo Coelho, The Alchemist
Tags: love
×
Goodreadswww.goodreads.comFREE - In Google Play
View

Sabtu, 14 November 2020

KING OF MOUNTAIN WANG KELIAN

NORMA BAHARU MALAYSIA
MELAWAN COVID 19
JAGA JARAK SOSIAL
SUATU ACARA BERBASIKAL BERSAMA RAKAN MENUJU PUNCAK WANG KELIAN
30/1/2021
Sabtu
MULA di Simpang 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah 02200 Kaki Bukit Perlis.
( Sekolah Batu 16 )
TAMAT di Puncak Wang Kelian Perlis

7 Kategori
5 kategori Lelaki & 2 kategori Wanita
Jenis basikal bebas, tidak berenjin dan tidak berbateri

Kategori Lelaki
*Open 40 tahun ke bawah
*Junior Master 41- 45 tahun 
*Master 46 - 50 tahun
*Senior Master 51 tahun ke atas
*Heavyweight 85KG++

Kategori Wanita
*Open 30 tahun ke bawah
*Master 31 tahun ke atas

Kategori umur ikut tahun kelahiran bukan Bulan

Call time 0640
Mula 0700
Tamat 0800 
Tamat di puncak, dapat medal ( bernombor ) & bersurai. 
Tiada himpunan. 


Fee RM50.00 ( T-Shirt+Medal+Race Plat )

Tarikh tutup 1/1/2021
Terhad kepada 99 rakan kayuh sahaja

info
www.wasap.my/60123060911 Mad Duha
#cintanegara
#kitajagakita
#normabaharu
#barisanhadapan
#pastimenang
#covid19

Isnin, 2 November 2020

Anak Muda



Anak muda. Dengar nasihat ini.

Mula. Ingat Allah. 

1. Susah macam mana pun, jangan pinjam dari Ahlong. Jangannnnnn. Kamu takkan mampu langsai hutang dengan depa. Seribu hutang Akan jadi sampai 10,20 ribu percayalah.

2. Buat personal loan untuk kahwin, hobi dan modal bisnes pertama. Saya boleh nasihat sebab saya memang buat untuk kahwin, hobi dan bisnes pertama dulu. Kita ni tak rajin dari kecik dulu. Kalo rajin belajar memang lagu lain lah hidup. Kita lagi boleh bayar hutang dari nak menyimpan. 

3. Kita Malay. Modai kecik. Main kutu. Pastikan main dengan geng kita saja. Biaq sikit Dari takdak.

4. Kerjaya pertama gajinya sedikit. Gunakan hanya untuk makan minum, bagi mak ayah, beli kereta kancil atau Nissan AdResort. Nissan AdResort ni boleh bawa banyak barang. Kancil minyak murah. 

5. Jangan tukar kereta lain, selagi belum kahwin. 

6. Kahwinlah secepat mungkin. Cuba sedaya-upaya cari pasangan yang mampu membuatkan kita berubah demi nikmat hidup insani.Saya kahwin umur 29.

7. Jangan buat maksiat. Itu punca utama rezeki tak berkat. Saya dah jumpa ramai tokay-tokay besar "terduduk" sebab bergelumang dengan maksiat. "Terduduk" tu maksudnya perniagaannya jatuh la, bukan skill duduk. Ishhhh, semua nak habaq.

8. Jangan berjudi. Pertama, judi itu haram, yang kedua, terlalu banyak kajian mengatakan tidak ada sekor pun kaki judi dalam dunia ini kaya kerana judi. 

9. Jangan hisap dadah. Jangan letak diri pada lembah penghinaan. Kena tangkap masuk penjara. Malu.

9. Jangan perasan pandai. Hat belajar tinggi-tinggi tu pun bodow gila, takkan kamu yang belajar tak berapa tinggi berani mengaku pandai. Sentiasa cari ilmu, belajarlah sampai mati. 

10. Jangan sesekali mencuri. 

11. Hidup ini sekali sahaja, nikmatilah. Jangan tersilap langkah. 

Tau anak muda tau.

Ahad, 1 November 2020

Hari Ulangtahun Kenduri Kahwin ke 12

 Wanita begitu sukar;  sentiasa mengubah fikiran mereka.
 Pada usia 18 tahun, mereka mahukan lelaki kacak.
 Pada usia 25 tahun, mereka mahukan lelaki dewasa.
 Pada usia 30 tahun, mereka mahukan lelaki yang berjaya.
 Pada usia 40, mereka mahukan lelaki yang mapan.
 Pada usia 50 tahun, mereka mahukan lelaki yang setia.  Pada usia 60 tahun, mereka mahukan lelaki yang suka menolong.

 Lelaki sangat sederhana;  mereka tidak pernah mengubah selera mereka untuk keadaan yang berubah dalam hidup mereka
 Pada usia 18 tahun, mereka menyukai wanita cantik.
 Pada usia 25 tahun, mereka menyukai wanita cantik.
 Pada usia 30 tahun, mereka menyukai wanita cantik.
 Pada usia 40, mereka menyukai wanita cantik.
 Pada usia 50, mereka masih menyukai wanita cantik Pada usia 60 tahun, mereka masih menyukai wanita cantik.
 Walaupun pada usia 70 & 80 ketika mereka hampir tidak dapat bergerak, mereka masih menyukai wanita cantik.  😄😂
 

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...