Rabu, 8 Julai 2020

Marco Melgrati

Awalnya, saya melihat gambar ini, saya tidak mengerti apa makna disebaliknya. Ingatkan kucing itu telah melihat ekor ular yang menonjol dari lubang kecil dan kucing tersebut terfikir itu adalah ekor tikus, maka dia ingin menarik dan mengusiknya hingga keluar. 

Kemudian, saya mengetahui bahawa gambar ini adalah karya terkenal seniman ilustrator Itali, Marco Melgrati, yang mana lukisannya tersebut memiliki erti: 
“Anda tidak akan pernah tahu dengan siapa anda berurusan, jadi tolong hormati satu sama lain sepanjang hidup anda".  

Dalam kehidupan ini, apa yang kita lihat hanyalah sebahagian yang sangat kecil daripada seluruh kebenaran. Kalau kita melihat orang lain berjaya, hidupnya nampak tanpa beban, kita menjadi iri.

Kenapa? 🙁
Kita tidak pernah tahu keseluruhan ceritanya. Setiap orang mempunyai masalah dan ujian sendiri. Semua org ada cerita hidup masing-masing.. 

Jadi buanglah iri hati. Syukuri apa yang kita miliki. Sebaliknya, jangan pula kita sombong bila kita berada di kedudukan yang tinggi dan meremehkan orang lain..

Tiada ulasan:

KITA ORANG JANTAN KENA KERJA KUAT

LELAKI BERMARUAH SEHARUSNYA GIGIH BEKERJA عن الزبير بن العَوَّام رضي الله عنه مرفوعاً: «لأَن يأخذ أحدكم أُحبُلَهُ ثم يأتي الجبل، فيأتي بِحُز...