Selasa, 20 Ogos 2019

MEGA GATHERING BENELLI 5.0 KEDAH MALAYSIA 2019

KEBANGKITAN BANGSA ITALI BERANAK DI CHINA MEMBESAQ DI MALAYSIA.
Mola mola nak ucap tahniah pada team Kedah yang memang Piala FA. Hari event ni sama dengan hari final game bola di Studium Bukit Jalil. Hari yang sama juga ebent Art Of Speed dan juga Rimba Raid Janda Baik. Jinx dan Kadiaq di bantu Komrad PEKETUM beriadah di AOS, Ghani terkenan di Janda Baik tahun lepas terus melekat di Rimba Raid. Event lain lagi Gathering 125z Kolumpo serta Ebent RXZ di Terengganu.  Tapi aku ambik keputusan mai cover ebent ni. Mcm biasa merka elok semua hat orang dah.
Sebelum tu biaq lah aku buka surah Benelli ni untuk empa tempa ilmu sikit.  Benelli ditubuhkan di Pesaro, Itali pada tahun 1911, yang mungkin menjadikannya kilang motorsikal Itali yang tertua pernah beroperasi. (Moto Guzzi-kilang motosikal tertua dalam dunia operasi tanpa henti-ditubuhkan pada tahun 1921.) Peugeot pula merupakan kilang yang tertua dalam dunia ditubuhkan pada tahun 1898.
Berbalik kepada Benelli selepas kehilangan suaminya, janda Teresa Benelli melabur semua modal keluarga ke dalam perniagaan pembuatan Motorsikal dengan harapan ia akan menawarkan ekonomi yang stabil untuk enam anaknya: Giuseppe, Giovanni, Francesco, Filippo, Domenico dan Antonio ("Tonino"). Dia juga menghantar Giuseppe dan Giovanni untuk belajar Kejuruteraan di Switzerland. Pada mulanya perniagaan mempunyai 6 pekerja sebagai tambahan kepada 5 anak dia (yang bongsu kecik dok hisap nenen lg). Semua jadi 11 orang.

Pada mulanya, ia cuma Garaj Benelli bukan lagi skala kilang, yang kerja membaiki basikal dan motosikal, tetapi walau garaj kecik tetapi depa boleh menghasilkan semua sparepart yang diperlukan untuk motorsikal Benelli. Semasa Perang Dunia I, Benelli bekerja keras memperbaiki bahagian untuk mesin Itali dalam peperangan dan pada tahun 1919 motosikal pertama disampaikan kepada orang ramai. Pada tahun 1920, syarikat itu membina enjin lengkapnya yang pertama, satu model silinder dua cecah 75 cc, serta-merta disesuaikan dengan rangka basikal. Setahun kemudian pada tahun 1921, Benelli membina motosikal pertamanya, menggunakan enjin mereka sendiri yang kemudiannya menjadi model 98 cc.

Dua tahun selepas itu, menggunakan versi yang direka khas untuk pertandingan, Tonino "yang mengerikan" telah mengambil jalannya. Beliau mempamerkan bakat semulajadi yang luar biasa sebagai pelumba dan memulakan kerjaya yang sangat berjaya yang mengesahkan keupayaan luar biasa syarikat untuk pembangunan dan pengeluaran. Menunggang Benelli 175, Tonino Benelli memenangi empat gelaran kejohanan Itali dalam tempoh lima tahun: pada 1927, 1928 dan 1930 dengan versi camshaft overhead tunggal (SOHC), dan pada tahun 1931 dengan versi camshaft overhead (DOHC). Malangnya, kemalangan yang buruk semasa perlumbaan pada tahun 1932 memotong kerjaya cemerlangnya dan pada 27 September 1937, Tonino meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Itulah serba sedikit sejarah awal jenama Benelli dan mereka tidak berhenti hingga hari ini.

Suka aku katakan Benelli merampas tangga ketiga untuk model superkap selepas Yamaha dan Honda. Pada hari event ini berlangsung aku melihat sendiri para kipas susah mati kaki modi Benelli berusaha untuk mencantikkan mesin masing-masing. Untuk kategori kap Benelli RFS 150i mengulangi apa yang dilakukan oleh kaki mekap Yamaha LC135 seperti di awal kemunculan mereka 10 tahun lalu. Double disc, foot rest racing, cable brake warna warni, air brush, spray can, sticker full cover body, tayar besar, tayar sotong, ekzos pom2 dan macam2 lagi. Untuk big bike ada sebiji yang modi ke cafe racer. Big bike lain hampir semua standard kilang. Event tamat sekitar lepas Asar. 
























































Tiada ulasan:

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...