Selasa, 26 Mac 2019
Jumaat, 15 Mac 2019
NEW ZEALAND MASS ATTACK
Apa yang telah berlaku di Christchurch adalah perbuatan keganasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia tidak mempunyai tempat di New Zealand. Kebanyakan mereka yang terlibat adalah ahli komuniti migran kami - New Zealand adalah rumah mereka - mereka kami. Presiden New Zealand
*Pihak Kami mengutuk keras perbuatan keganasan ini.
Rabu, 6 Mac 2019
Manusia Hidop
Kitaran hidup manusia adalah:
1. Janin
2. Bayi
3. Anak-anak
4. Remaja
5. Dewasa
6. Menikah
7. Menjadi Orang tua
8. Tua
9. Meninggal
Kita sekarang di posisi No. 7, jadi tinggal 2 tahap lagi dan harus disiapkan bekal yang baik.
Namun agar tidak cepat-cepat pindah ke posisi No. 8 dan No. 9
MAKA:
Solusinya mengulangi kembali ke posisi No. 6
Selamat mencuba...
Semoga berhasil...!!!
*Penting: Kalau ada yang nak ke No. 6 jangan sampai bini tau takut-takut x sempat ke No. 8 dan terus ke No. 9. Peringatan utk rakan group*
Selasa, 5 Mac 2019
El Goli Park dari city center Tabriz
Dari city center jalan kaki ke hala ke Kabud Mosque. Land mark Municipality Museum (City Museum) Nanti akan jumpa stesen bas kecik. Naik bas no 101(1*1). Tambang 5000IR. Balik juga sama. Semoga bermanfaat
Tabriz Town ke Kandovan
Dari town naik bas merah panjang yang sambung 2. Untuk makluman aku menginap di Jalan Ferdowsi. Dari hotel jalan ke Railway Road belah matahari jatuh, belah matahari naik adalalah Tabriz Bazaar. Beli tiket dr jurutiket di hentian. 5000IR(7kupang). Dia akan bg kad dan tag kemudian kita bg balik kad. Hampir semua Iranian ada kad mcm TnG, pada sekian2 harga kita boleh beli kad.
Di hentian tanya ke Railway Station nnt konduktor akan guide. Dlm bas jgn malu utk tanya org. Aku biasa guna google translate, jika nak tanya macam2 lagi sepanjang aku travel ni.
Sampai di hentian last Railway Station turun dan jalan ke simpang ambil kiri. Di jalanan kita akan di sapa oleh teksi untuk bawa kita terus ke Kandovan. Ada driver offer harga 600000IR(78RM). Aku bulat tekad buat tak layam dan jalan terus ke minibas meka Mercedes, yang aku dah nampak dlm 1 tiang letrik. Alhamdulillah Harga 15000IR(2RM).
Naik minibas ke OSKU. Osku adalah pekan terakhir sebelum Kandovan, aku tgk dari google map.
Ni lah rupa minibas Mercedes. Minibas ni mmg rata Iran ada, dah tengok dari Bandar Abbas sampai sini.
Ni savior kami nama Farhad. Aku tegur dia dalam bas. "Me Melesei, me Muselmen". Dia yang bawa kami ke minibas.
Sesampai di Osku, bas berhenti di stesen teksi.
Kami terus ambil teksi ke Kandovan, sepanjang jalan ke Kandovan disajikan permandangan indah. Kita boleh nampak salji putih di atas gunung. Jarak di antara Osku dengan Kandovan lebih kurang 29KM. Harga teksi 160000IR (21.33RM).
Dipintu masuk kita akan dicaj lagi 40000IR(5.33RM) untuk sebuah kereta kira macam tiket masuklah.
Sebelum sampai ke Kandovan ada satu kawasan gua di mana musim sejuk di gunakan oleh penduduk/pengunjung untuk berlindung
Sesampai di Kandovan cuaca nyaman ya lah sinikan kawasan gunung. Empa buleh layan gambaq2 dari google utk lebih details. Aku cuma guna camera hp sahaja.
Sesampai aku bayar teksi dan. Kami spend masa hampir 3 jam di Kandovan. Jumpa kawan baru nama Hadi dan Said. Depa 2 orang dari Maragheh, bandar sebelum Tabriz maw kita dari Tehran. Depa 2 dok masak dan pelawa kami untuk makan sama depa. Boleh tahan sedap Nan dan Omelete.
Perjalanan balik rupanya teksi yang bawa kami mai masih menunggu kami. Kami balik dengan teksi dan dihantar hingga ke Sahand yang merupakan pekan utama bagi Osku. Pada harga 210000(28RM).
Kami berhenti di simpang antara Osku dan Sahand. Ada hentian bas. Alhamdulilah kami tidak dikenakan sebarang bayaran oleh driver bas. Bas henti2 seperti Rapid Bas di KL. Hingga ke hentian terakhir di Railway Station. Kami sekali lagi menaiki bas merah pada awal pagi untuk ke sini. Juga tidak dikenakan sebarang bayaran.
Jadinya jumlah kehilangan cuma 470000IR(RM62.00) sahaja untuk pergi dan balik ke Kandovan.
Hari 21
Hari 21
Train Ticket 243K IR
Dari stesen dah try masok jalan utama tp amat barabahaya. Jadinya ikut jalan dalam. Kami melawan arus secara sengaja. Kebetulan lalu di kem askar. Aku secara sengaja mengambil gambar. Sesampai di pintu pagar kem, lebih kurang 2km dari tempat last aku ambil gambar, kami di tahan oleh askar. Passport di periksa, ditanya mengapa mengambil gambar, aku katakan, "I'm Tourist from Malaysia, Musalmen".
Alhamdulilah kami dilepaskan selepas hampir sejam, di jamu obb(air kosong sejuk).
24 Jam Pertama di Iran
Hari mola kami camping di taman awam nama Laleh Park.
Toilet tutup pukul 12.00tgh mlm. Sempat fresh up, basuh baju. Pukul 4.00pg kami ke Mesjid Bilal depan Laleh Park. Iktikaf sampai pukul 11.00pg.
Syukur.
Selepas keluar dr Mesjid terus kayuh ke Train stesen. Lebih kurang 5km.
Paling menarik yg di lihat, Refil gas ngv ke kereta. Perniagaan kecil tepi jln. Isi diret dr tong gas masak yg jenis d rumah kita tu.
Sabtu, 2 Mac 2019
PATTAYA BIKE WEEK 2019
Alhamdulillah tahun ke 6 menunjuk muka. Tahun ni tanpa kehadiran Jinx, Ghani, kadiaq, Sidi, Iqbal,Kid Cher, John Pablo, John Aqilz, John Dien Dalik, Mael, Echam Kg. Baru. Tapi ada 40 lg kaki Kapcai Touring keras keng. Gee Kok Klang Clan, Che Nuih Nasi Maduri, Man Wiring Shah Alam, JabMyHC, Alip Mimi 4 Ever, Bang Jan Tanjung, Bang Shah Sg. Ara, Arip Katong MC, Lebai Doi Katong MC, Che Berahim Guar Nangka, Emy Route 8 Gua Musang, Zam Motor Slow, Part Side Design, Che Lan Jamaludin, Sun Blue, Awe DBW, Maharis & Wife, Along Desa Pandan, Xifu San, Wak Madi, Fadhil X1R & Wife, Jemer Kribu, Awy Laxamana, Am Dabel Disc Telok Jamat, Hazim X5, Anuar, Maliki, Alip Pozi, dan sekawanan Malaylakap Team. Wan Anchik dan sekawan set Movistar. Chef FZ4T, Aizu Alselanjuri FZ4T, dan Mat Legend FZ4T. Kata Uzainy Nak Jadi Legend kena perform, contoh perform macam Mat Legend p diam2 buat 5 nation masa kita baru dok kira2 nak p Phuket. Maharis dengan wife ride deret dari KL - Route 12 - Pattaya, contoh lagi FZ4T ride deret dr KL - Pattaya, contoh lagi level ataih lagi Alfie n wife, Kak Nita ku sayang, Aimpro & Ayah Acik yang sampai border Arab Saudi, Bedoq, Geng G Mekoh Nga Muto. Tu nama2 yang aku kenai lah. Yang aku tak kenai ramai lagi. Tapi banyak yang legend ni depa tak suka orang bg gelaran tu kat depa. Yang tu pn kena respek juga. Kena respek sebab depa takmaw orang respek depa.
Tapi macam Kita semua dok selalu jumpa ramai yang ranggi town dalam media sosial dan dok buat terok2 walau ride tak Terra mana. Yang lagutu pun Kita kena respek sebab depa buleh buat tapi Kita tak buleh. Pendek kata Kita sama manusia kena saling Respek walau sapa pun Kita.
Nak pesan lagi kita jangan jadi macam pemimpin PH yang tak taw lagu mana nak Respek orang. Walau Ada Ilmu tinggi tapi bab nak hormat takdak. Pastu ni terpaksa kalah di PRK Pula. Depa macam tak belajaq dengan Jibby n de geng. Jibby walau ramai benci tapi dia mesantuni anak muda. Dia join group anak muda. Pastu Kita sendiri jadi nak dok kesian belas pula kat dia. Jadi tak marah dah macam sebelum PRU14 dulu. Hari2 dok tunggu kelaku apa lagi dia nak buat .Tapi sebahagian diri aku meluat pula bila dah semua orang pun dok bossku2 bagai. Sampai kedai merata boh nama bossku2 juga. Takdak Idea lain. Ok sampai mana dah kita.
Nak cerita bab Pattaya Bike Week 2019. Tawn ni antara display art Yang paling ganas aku pernah tengok di Pattaya Bike Week. Paling ganas depa buat replica Jerung setinggi bangunan rumah kedai 3 tingkat selebar 4 rumah kedai lebih kurang. Jerung Tu Pula park atas 3 bongkah tiang kayu sebesaq pemeluk. Buat pula belah Gypsy Camp. Memang bagi seni visual Yang amat sempoi. Di tambah Pula harum semerbak Kari sepanjang 3 Hari menambah unsur2 keberahian.
Tawn ni ikut kata Atan Loq Laq selaku laison officer Geng Kita Ada 600 booth. Dan bahagi pula kepada segmen2 kecik.
Stage konsert Ada 6. Stage coyote menari atas kereta tak terbilang.
Untuk mengambarkan keberahian pemain motorsikal di Pattaya Bike Week adalah sesuatu yang absurd. Ada yang terlalu suka. Ada yang sampai pening2 untuk menilai keseronokan permainan. Pasai Ada banyak side2 event. Custom motor, custom kereta, lambakan geng motor 2T Siam. Lambakan geng 4T Siam. Lambakan motor Chopper. Lambakan dinosour. Lambakan motor stunt. Dengan kawanan kuda. Dengan lambakan kelaku manusia yang menagih perhatian manusia lain. Jadi kesimpulan dia keseronokan berlambak-lambak juga lah.
Selain dari tu muka2 baru dari Malaysia ramai yang kelihatan. Aku harap dari kalangan muka2 baru Yang mai Kali ni Ada lah organizer event. Semoga depa buleh bawa balik ilmu event Pattaya Bike Week. Dan buat event besaq ala2 lagutu sesuai dengan iklim di Malaysia.
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...