Isnin, 4 Jun 2018

Hari Terakhir di bumi Parsi

Sesampai Stesen Bas Tehran dari Tabriz, aku dan Am ke stesen Metro untuk mendapatkan tiket dan bertanya arah. Usai dapat tiket balik ke tempat kami turun bas, pada awalnya kami tinggaikan Imran anak Am untuk menjaga barang2. Nah 1 Beg hilang. Beg milik Am yang didalamnya ada brg souvenir. Imran masih budak lg usia 14tahun, tidak peka pada sekeliling, asyik dengan hp. Aku harap Imran dapat pengajaran. 
Am ke pondok polis. Anggota polis maklum kami perlu ke embassy untuk surat dan baru boleh log report.

Log report utk claim insuran beg hilang.

Rasanya hampir 5 jam baru selesai. Dari stesen bas Tehran kami sewa sebuah teksi ke Embassy Malaysia.
Berjumpa pegawai di kedutaan. Dapat Surat dapat makan pizza.
Pegawai di kedutaan amat membantu, dari kedutaan kami balik ke stesen bas dan pegawai dari kedutaan mengikuti dengan kenderaan diplomat. Ke Balai polis, tetapi pegawai polis menyatakan tempoh siasatan adalah 2 minggu. Kami cuma mahu melihat rakaman CCTV itu pun tidak dibenarkan.
Setelah berpisah bersalaman dengan pegawai kedutaan dan berjanji untuk berjumpa di Malaysia. Kami Terus ke Lapangan Terbang Imam Khomeni Tehran. Juga dengan teksi kuning awal tadi.
*Tiket metro burn. Maw taw dr awal guna teksi ke airport.

Bila ingat blk memang dlm 3 Hari sebelum blk kami seronok sangat. Iyalah dah lebih sebulan tinggalkan segalanya di Malaysia. Akhir kembara Tak sangka kami jadi tidak gembira.
*Aku Mula tulis entri ni di airport lebih setahun lalu, ni baru aku habiskan. Ada beberapa lagi entri sebelum cerita tamat.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...