Rabu, 30 Mei 2018

70 Billion

Salah satu masalah paling rumit kita semua hadapi hari ini adalah jurang.

Jurang ekonomi.
Jurang gender.
Jurang pendapatan.
Jurang ilmu.
Jurang peluang.
Jurang kemahiran. 
Jurang antara kaum.
Jurang Semenanjung dengan Sabah & Serawak.
Jurang Lembah Klang dengan negeri Pantai Timur.

Dan banyak lagi.

Dan isu akar kepada semua jurang ini adalah Pendidikan. Baru kejap ni lepas balik makan di Selangor Mansion aku terserempak dengan warga Malaysia yang masih tidur di kaki lima. Ada anak sekecil 15 tahun mungkin. Beserta keluarga mereka.

Jadi kalau tanyakan kepada aku, atau kalau dibuat referendum, aku akan undi RM70 bilion itu diguna untuk Pendidikan.

Pendidikan percuma boleh berjalan selama 14 tahun. Jurang infrastruktur antara sekolah di Semenanjung & Sabah Sarawak boleh diselesaikan. Jurang peluang antara anak miskin dan anak orang kaya boleh dikecilkan. Jurang ilmu boleh diperbetulkan. Jurang kemahiran boleh ditambahbaik.

Tapi kalau kita bina keretapi laju ke Singapura, siapa antara kita yang akan turun ke Singapura setiap hari lepas tu?

100 orang? 1000 orang? 100,000 orang?

Beribu sekolah lagi boleh dibina. Ratusan pusat kemahiran boleh menjana peluang untuk jutaan anak kita di seluruh negara. Puluh juta peluang baru kepada anak bangsa kita jika kita gunakan RM70 bilion tersebut.

Memang nafsu kita membuak-buak untuk ada keretapi laju ala Shinkansen macam di Tokyo. Tapi nafsu itu wujud sebab kita lupa kepada orang yang tidur di tepi jalan, tak jumpa peluang untuk baiki kehidupan mereka kerana nafsu kita untuk pergi Singapura sejam setengah.

Untuk orang susah, atau anak yang tak punya wang belanja tiap hari ke sekolah, atau mereka yang tinggal di pedalaman, atau masyarakat miskin yang memenuhi kumpulan B40, HSR adalah sejenis kemewahan yang tak punya satu erti pun kepada hidup mereka.

Bukan semua orang simpan RM114 juta di rumah Tuan-tuan. Beringat dengan orang susah di sekeliling kita.

Dan hanya melalui pendidikan kita boleh menyelesaikan masalah jurang. Hanya melalui pendidikan kita boleh menyelesaikan isu kemiskinan.

Negara kita masih penuh dengan orang miskin. Jangan tutup mata. Dan jangan pentingkan diri sendiri.

Via Facebook

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...