Isnin, 30 April 2018

Chinta Orang Ke Tiga

Pada pandangan aku, aku melihat kerisauan mereka2 yang ketara kenapa mereka (masyarakat setempat di Perlis dan mungkin sebahagian mereka di kampung2 seluruh Malaysia) tidak mahu menyokong PH(Pakatan Harapan), Ini Karena mereka yakini kristianisasi evangelist(Penyebar Kristian) dalam DAP sedang meresap masuk dalam PH, ditambah pula bagaimana cubaan evangelist ini untuk menyahkan pemikiran orang Islam dalam PH, bahawa meninggikan syariat Allah itu boleh ditangguh dan diambil mudah.
Disini aku cuba jawab pada mereka2,saudara2, sepanjang-panjang kita merdeka sejak dulu, dakwah kita kepada kaum India, Cina (orang kafir) ni macam mana? Kita duduk asing-asing, tak pernah kenal hati budi. Pergi sekolah asing-asing. Kawasan rumah asing-asing. Macam mana kita nak berasimilasi(berpadu) dengan orang kafir kalau kita ni, meyakini ISLAM ini agama yang BENAR, tapi tak sampaikan dakwah secara bersungguh pada orang kafir.
Bila nampak sekarang orang kafir semacam memusuhi Islam (persepsi-kelihatan seperti), Kita kena lihat kembali pada diri kita, berapa banyak peluang dakwah yang telah kita sia-siakan? Kenapa tak berdamping dan menerang sebaliknya menyerang?
Aku pasti orang kafir takkan faham Undang2 Syariah dan ISLAM Karena pada depa Hudud = Potong Tangan.  Tetapi adakah Kita Cuba fahami depa pada KEINDAHAN ISLAM bukan pada cara politikal. (Supaya mereka tak nampak kita buat baik sebab nak undi), InsyaAllah depa boleh terima Islam secara terbuka (sebab kita yakin pada Islam). Tak semestinya memeluk Islam tapi bagi depa lunak dengan Islam, dan faham Islam tu agama yang terlalu indah.
Dengan slogan Islam for All untuk beberapa penggal PRU yang lalu, tapi dengan apa yang PAS buat apabila depa tolak DAP. Saya percaya itu berlaku kerana PAS isti’jal (gopoh-gapah) dan tak sabar dalam jalan dakwah. Nak cepat-cepat. Bukan senang jalan dakwah ni, kena ada seni. Yang ni dulu ada dalam topik uslub dakwah usrah asas PAS, tapi pimpinan PAS sekarang kasar dengan non-Muslim dan juga orang Islam yang tak selari dengan fikrah PAS. Yalah, kalau dah PRU ni pada PAS macam Perang Badar, macam lawan Pakatan Ahzab bagai.

"Perang Ahzab (Bahasa Arabغزوة الاحزابtranslit.Ghazwah al-Ahzab, harfiah "pencerobohan/serangan pihak gabungan") juga dikenali sebagai Perang Khandaq (Arab: غزوة الخندق, Ghazwah al-Khandaq, harfiah "pencerobohan parit") ialah peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku dalam kalangan orang Arab dan Yahudi yang bergabung, di mana ia bermula pada 31 Mac 627 M. Kekuatan pihak Gabungan dianggarkan seramai 10,000 orang, diiringi oleh 600 ekor kuda dan sebilangan ekor unta, manakala di pihak Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang."
-wiki.



Orang Islam dalam PH takkan nak buat bodoh saja kalau kegusaran hangpa/kita orang PAS ni terjadi dan akan benar-benar memberi ancaman kepada orang Islam Malaysia ( refer orang Islam PH Melayu Elit yang menetap/mengundi di Shah Alam,Bangi).
Ya Dalam parti politik apatah lagi dalam pakatan yang besar, akan ada pelbagai jenis menusia dengan seribu macam agenda. Ada agenda yang besar, ada agenda peribadi, ada agenda tersembunyi. Itu bukan luarbiasa, kita bukan boleh baca hati semua orang. Tapi kita dan kawan2 sendiri pun tahu ramai politikus dalam dalam PH yang bagus dan mampu untuk menjaga negara dan rakyat (yang dulu dalam PAS pun). Dalam PAS bukan tak ada, tapi bila terlebih rasa superior daripada orang lain, mereka akan terlepas pandang disebabkan mentaliti 'terlalu bagus tu' (lagi pandai dari orang lain). Lepas tu judge orang lain tak jujur/tak pandai nak membaiki kerosakan.
Sebagai Muslim kita yakin jujur percaya Islam agama kebaikan. Dan kita kena tunjuk bahawa kita ni tak bersandar kepada hak kita yang dijamin perlembagaan semata-mata untuk kita kecapi keistimewaan. Kita kena tunjukkan yang kita ni ada ‘izzah’ (kemuliaan Dan kehormatan (diri): selaras dengan konsep ~ yang ditunjukkan Allah) ada kekuatan tersendiri, boleh berdiri atas kaki sendiri, mampu berdaya saing dengan orang lain juga.
*We can do better than Korap Government.

Ahad, 22 April 2018

Tour Palembang Tahun 1

Pengembaraan ke Palembang berlaku secara tidak sengaja bilamana ketika melayari sensawang airasia.com tiket untuk 4 kali penerbangan cuma 100RM dengan 1 meal. Jadi aku pun mengajak sahabat adrenalin junki aku si Ahmad Raimi. Beliau bersetuju walau masa untuk memula perjalanan lagi 14 bulan.
Nah dan hari perjalanan pun bermula. Isteri menghantar aku ke Bandara (bandar udara) Alor Setar pada lewat malam, aku menaiki penerbangan tengah malam ke KLIA2, beliau seperti biasa masih bermuka manis walau aku tahu dalam hati sedikit celaru kerana tidak dapat mengikut kali ini. Pengembaraan udara terakhir kami hampir setahun lalu menghadri kenduri kahwin sahabat aku Sofyan di Kota Bandung.
Sesampai di KLIA2 Ahmad Raimi belum tiba jadi aku mengguna masa berseorangan aku merayap di sekitar mencuci mata. Pada pandangan aku golongan pekerja di KLIA2 di monopoli oleh mereka dari Borneo dan  buruh imigran India,Nepal dan Bangladesh.
Bebeza dengan golongan pekerja di Bandara Dubai di monopoli mereka dari Filipina. Nanti itu aku ceritakan bila perlu.
Flight kami pukul 8.00 pagi jadi jam 4 kami sudah boleh standby. Kami masok awal sempat solat. Aku lagi sempat mandi. Kebetulan terjumpa sahabat PEKETUM Safwan Taufik yang kebetulan duty pada haritu.
Awal pagi di udara amat indah. Melihat awan  hampir sepanjang perjalanan buat aku kagum. MasyaAllah. Cantik sungguh. Berbaloi dengan pengorbanan cuti meninggal keluarga hari ini.










Kami tiba di Palembang sekitar jam 9.00 pagi maseh awal. Jadinya mengambil keputusan untuk ke Pasar Ikan berdekatan Jambatan Ampera yang merupakan mercu tanda Bandar Palembang.





Pengangkutan utama kami sebab jalan laki2 sahaja kami guna banyak teksi motor. Sehala perjalanan sekitar RM3.00 ok berbaloi. 






..Bersambung.



Sabtu, 7 April 2018

Keganasan dan Orang Yang Ganas



التطرف والمتطرفون
الدكتور اسعد السحمراني
دار النفاءس، بيروت، 1999
oleh Wan Ji Bakistani


1. Keganasan adalah menggunakan kekuatan melalui cara yang pelbagai dan berjenis-jenis pendekatan. Ia juga membawa kegerunan kepada orang lain.

2. Keganasan itu disertakan dengan sifat kemarahan. (22)

3. Keganasan boleh berlaku dari sudut politik, ekonomi, agama dan sebagainya.

4. Iblis adalah golongan yang pertama menggunakan keganasan untuk melawan manusia.

5. Sifat "ananiyyah" merupakan penyebab yang menggerakkan iblis lahir perasaan dengki dan seterusnya enggan sujud terhadap perintah Tuhan. (23-24)

6. Dalam surah Sad, ayat 76, iblis berkata aku lebih baik daripada Adam, engkau ya Allah menciptakan aku daripada api sedangkan engkau mencipta Adam daripada tanah. (25)

7. Asal di dalam Islam itu adalah keselamatan. Menggunakan kekuatan atau kekerasan tidak boleh berlaku kecuali ketika mempertahankan daripada akidah, negara, maruah dan seumpamanya.

8. Menggunakan tindakan kekerasan Bukanlah satu perkara yang baru, sebaliknya ia telah berlaku semasa Adam Alaihissalam lagi, iaitu berkenaan dengan dua anak-anak Adam Adam, Qabil dan Habil.

9. Faktor ananiah yang diamalkan oleh qabil menjadikan dia melakukan keganasan terhadap Habil. (26) kisah ini boleh dilihat di dalam surah Al Maidah ayat 27 hingga ayat 30. (27)

10. Faktor menggunakan kekerasan dalam kalangan masyarakat Arab dan Islam;

A. Melaksanakan perlawanan terhadap musuh dan menyeru ke arah kemerdekaan. Perkara ini dibenarkan di dalam syariat.

B. Menggunakan pendekatan keganasan dari sudut pemikiran dan ketenteraan. Ia bermula dari amalan kafir mengkafirkan sesama orang Islam, yang akhirnya membawa kepada pembunuhan dan letupan. Amalan ini ditolak dan tidak diakui di dalam Islam atau mana-mana syariat. (29)

11. Orang Yahudi mengatakan bahawa mereka adalah bangsa terpilih, makanya tidak hairan amalan keganasan boleh berlaku dalam kalangan mereka atas alasan agama. Tanggapan ini berlaku ekoran menganggap bahawa bangsa selain mereka adalah bangsa yang hina. Perkara ini termaktub di dalam Injil Markus. (30, 34) Dalam al-quran dikisahkan perkara ini menerusi surah Ali Imran ayat 181 dan surah Al Maidah ayat 70. (31) 

- dalam Bible ada menyakitkan orang yang luar dari agama Yahudi seperti anjing atau terbaik atau babi. (36)

- perempuan yang bukan Yahudi adalah dikalangan binatang. (36)

12. Dalam Surah Al buruj, dari ayat 4 hingga ayat 8, menceritakan kisah orang Yahudi yang telah membakar beberapa orang-orang Kristian dengan kepercayaan bahawa itu tuntutan agama. (33)

12. Dalam surah al buruj ayat ke-4, ada kalimah "Ukhdud" yang diterjemah sebagai parit. Menurut Dhahhaq, golongan yang menggali Parit adalah orang nasrani di Yaman yang berada 40 tahun sebelum kenabian Nabi Muhammad. (33)

PENDIRIAN ISLAM BERKENAAN DENGAN KEGANASAN

13. Gerakan keganasan yang berlaku dalam sejarah Islam, bermulanya dikenali sebagai gerakan Khawarij. Mereka wujud pada era Khalifah yang keempat iaitu Saidina Ali.

14. Gerakan Khawarij lahir selepas dari peperangan siffin; ketikamana Saidina Ali menerima tahkim diantaranya dan antara Muawiyah bin Abu Sufian.

- mereka mengungkapkan ayat al-quran dari surah Al anaam ayat 57, tiada hukum kecuali hukum Allah.

- sebagai respon terhadap slogan mereka, Saidina Ali mengucapkan satu perkataan yang terkenal, "ungkapan mereka adalah benar, tujuan mereka adalah kebatilan" (75)

15. Gelagat Khawarij ini terkenal dengan amalan mengkafirkan sesama orang Islam yang berbeza pendapat dengan mereka, kemudian menghalalkan darah mereka.

16. Islam menolak keganasan dan melampau kerana melampau itu membawa manusia kepada kesesatan. Dalam al-quran; Surah Al maidah ayat 77, menjelaskan bahawa kesesatan Orang Yahudi itu apabila mereka melampau dalam agama mereka. (76)

17. Dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam melarang sahabat yang tidak mahu berbuka puasa; tidak mahu berhenti dari solat; tidak mahu bersetubuh dengan isteri dan menganggap amalan mereka menyanggahi sunnah nabi. Ini adalah dalil bahawa nabi menolak amalan melampau.

18. Dalam surah al Hajj ayat 11, Allah ada menyatakan bahawa ada sebilangan manusia yang menyembah Allah kerana mengharapkan kebaikan yang mereka dapat. Jika mereka tidak mendapat kebaikan, mereka akan meninggalkan agama. Al-Qurtubi menyatakan, ayat ini diturunkan berkenaan dengan beberapa orang badwi yang memeluk agama Islam untuk mendapat kebaikan. Apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka murtad. (77) al-Hasan menyatakan, ayat ini berkaitan dengan orang munafik yang menyembah Allah dengan lidahnya, bukan dengan hatinya. (78)

- golongan ini adalah golongan yang tidak tetap kepada akidah dan agama mereka. Mereka jauh dari sifat Wasatiyyah. (86)

19. Jadul Haq Ali Jadil Haq, Imam Akbar Shaikhul Azhar menyatakan bahawa melampau dalam agama bersebabkan melampau dalam mempertahankan agama tanpa berdasarkan kepada pemahaman ilmu. (78)

20. Sheikh Muhammad Al Ghazali ada menyatakan, musibah yang telah menimpa berlaku amalan bidaah dalam Islam, apabila mereka mempunyai kerendahan pemahaman dan kekurangan kesedaran berkenaan dengan agama sehingga mereka Berpaling kepada pemikiran yang cacat dari prinsip sebenar. (79)

21. Dr Ahmad Kamal Abu al-Majd berkata, ketaatan mutlak kepada ketua sesuatu jemaah dan kala tidak berpijak atas ilmu syariah dan Maqasid, ataupun tidak bertepatan dengan peserta amal Jama'i dan politik. Atau mengukuhkan bahkan menjadikan amalan itu membawa kepada pembunuhan, kerosakan pada harta dan keturunan.

- ketaatan mutlak tersebut kerana mereka mengikut kepada hadis yang mengatakan perlu memberi ketaatan kepada pemimpin sama ada dalam keadaan di sukai ataupun dibenci. (81)

- Dr Ahmad Kamal Abdul Majid juga menyatakan, amalan keganasan itu boleh membawa pertembungan dengan kaedah-kaedah Kemasyarakatan dan undang-undang. (82)

22. Dalam sahih al-bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada menyatakan Sesungguhnya Allah memberi atas kesopanan pada perkara yang Allah tidak memberi pada keganasan. (82)

ان الله يعطي علي الرفق ما لا يعطي علي العنف

ISLAM DAN WASATIYYAH

23. Dalam masyarakat Arab dan orang Islam, banyak amalan keganasan berlaku, sebaliknya terdapat tajuk agama. Mereka beralasan bahawa tindakan mereka itu dengan tujuan untuk mempertahankan syariat Allah. (83)

24. Orang Islam itu terbahagi kepada dua jenis;
Pertama adalah orang yang mengambil Jalan pertengahan. Orang sebegini akan diberikan kemudahan oleh Allah dalam berjumpa jalan Kejayaan.

Kedua adalah golongan yang disempitkan hati mereka, mereka akan melakukan kelukaan di dalam agama, mereka memilih jalan yang susah berbanding yang mudah. Kebanyakan mereka tidak berjumpa jalan yang lurus. Kalangan ini diceritakan oleh Allah di dalam Surah Al An'am ayat 125.

25. Orang yang melampau selalunya mereka merasakan bahawa tindakan mereka itu akan mendapat satu tempat yang mulia disisi tuhan. Perkara ini bercanggah dengan Al Quran dan ajaran Nabi Muhammad yang mana Nabi pernah berkata, agama ini adalah mudah dan seseorang pun tidak boleh menyusahkan agama ini. (88)

26. Agama ini mengajar konsep "samahah". Jelas bahawa tindakan melampau dan keganasan adalah bercanggah dengan prinsip agama ini. (88)

27. Apabila jasad tidak disertakan sekali akal dan akal dan roh, sudah pasti syahwat akan merosakkan jasad tersebut, malahan boleh merosakkan kehidupan orang lain. Apabila akal dan roh berdiri tanpa disertakan jasad, pasti akan berlaku kelemahan dan membawa kepada khurafat dan kegilaan. (89)

28. Dalam buku talbis iblis, Ibnu al-jauzi pernah menyatakan cara iblis melakukan penipuan terhadap sesetengah orang yang menunaikan solat. Antara caranya melalui sebutan di dalam membaca bacaan dalam solat. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak sedar mereka telah melampau dalam beragama (90).

29. Antara penyebab kepada berlaku sikap melampau dalam beragama adalah kekurangan Iman atau kekurangan mengetahui kemaslahatan. Kesannya mereka memberikan penafsiran yang salah, ataupun perbahasan yang kurang, ataupun bersumberkan kepada hadis yang doif, ataupun mereka mengamalkan hadits yang bertembung dengan hadis yang lain, ataupun bertembung dengan dalil yang lebih kuat daripada itu.

30. Ada juga dikalangan yang melampau dalam beragama apabila mereka menganggap tidak salah dengan mengharamkan perkara yang makruh, ataupun wajibkan perkara yang sunat. Mereka melihat semakin "tasyaddud", maka itu semakin berkhidmat dengan agama. Hakikatnya amalan mereka itu melampau dalam beragama, walaupun mereka mengiktikadkan itu sebagai warak dan lebih ikhlas kepada Allah. (91)

31. Jumud yang di namakan atas nama agama bermuarakan kejahilan dan taksub. (92)

ISLAM, KESELAMATAN DAN MENGGUNAKAN KEKUATAN

32. Islam adalah agama Rahmah. Dakwah Islam Lazimi kepada memuliakan manusia. Perkara ini dijelaskan Dalam surah Al Isra ayat 70.

33. Islam mengajar bahawa memulakan komunikasi sesama manusia dengan sebutan "Assalamualaikum". Antara nama Allah yang Maha Mulia adalah "salam". Malam Lailatul Qadar disebut sebagai malam yang selamat. Syurga itu dikenali sebagai "Darus salam". (93)

34. Antara pembohongan yang berlaku terhadap Islam apabila disebarkan kononnya Islam tertegak dan tersebar dengan pedang.
35. Banyak sejarah yang menampilkan bahawa orang memeluk Islam bukan dengan peperangan atau persenjataan. Seperti yang banyak berlaku di negara-negara di sebelah Asia, yang majoriti mereka memeluk Islam disebabkan pendakwah dan peniaga. 

- Apabila disebut sebagai dakwah di dalam Islam, prinsipnya adalah berdebat dengan cara yang baik, wajib bagi pendakwah bahawa menjelaskan manusia dengan jalan kebenaran, dilarang menggunakan pendekatan memaksa, sama ada secara sendiri atau kemasyarakatan ataupun ketenteraan. (94)

36. Dalam al-quran terdapat banyak ayat yang melarang menggunakan pemaksaan dalam agama. Seperti dalam Surah Al Baqarah ayat 256, Surah Al-Ghasyiah, ayat 21 dan 22. (95)

37. Islam mengharamkan penggunaan kekerasan dan peperangan kecuali bagi melawan kezaliman dan memberikan kepada mereka yang berhak. Perkara itu dijelaskan Dalam surah al-baqarah ayat 193.

38. Selagi mana musuh tidak menggunakan kekerasan, Islam melarang dari menggunakan kekerasan terhadap mereka. Perkara ini jelas dinyatakan Dalam surah Al mumtahanah, ayat ke 8. (95)

39. Islam menjelaskan bahawa peperangan tidak akan tumbuh kecuali untuk mempertahankan diri. Islam tidak mensyariatkan peperangan kerana ia boleh membawa pemaksaan terhadap manusia. Tetapi peperangan yang dibenarkan adalah untuk mengajar adab kepada orang yang melampau. (96)

40. Dalam surah al Hajj ayat 39, dijelaskan keizinan memerangi apabila orang yang diperangi tersebut telah melakukan kezaliman. (97)

41. Jihad persenjataan yang dibenarkan dalam agama di bawah kategori dharurat. Itupun dalam kerangka memberikan hak kepada mereka yang berhak dan memastikan Keadilan tertegak. Termasuk dalam maksud itu adalah memastikan tercapai Kemerdekaan dan menghilangkan perhambaan (97)

SAMAHAH ISLAM DAN HUBUNGANNYA BERSAMA ORANG KRISTIAN

42. Lawan bagi Samahah adalah taassub. Syariah itu sifatnya samhah. Iaitu mempunyai sifat kemudahan. Islam tidak mengajar ketaksuban dan kesusahan. Perkara ini ditegaskan dalam surah Al qamar ayat 17.

43. Taksub dan kesusahan adalah dua perkara yang tertolak di dalam Islam. Ini kerana taksub dibina atas kejahilan dan menolak kebenaran. Datanglah hujah bagaimana pun, orang taksub tidak akan menerimanya. (103)

44. Ketika nabi masuk ke Mekah dalam sejarah pembukaan Kota Mekah, ada seorang lelaki Ansar berkata kepada orang bukan Islam, "hari ini adalah hari peperangan". Nabi menghalang dia berkata begitu, sebaliknya Nabi menyatakan, "hari ini adalah hari Rahmah bukan hari peperangan, kerana aku adalah nabi yang membawa rahmah, bukanlah aku Nabi yang membawa peperangan" (104)

45. Hubungan baik antara muslim dan Ahlul kitab digambarkan secara tidak langsung dalam banyak ayat Al-Quran. Contohnya seperti surah Ar-Ruum ayat 1 hingga 5, Allah menyatakan sokongan terhadap orang Rom yang ketika itu beragama Nasrani. Menurut Al Qurtubi, ketika ayat ini diturunkan, orang Parsi bertindak keras terhadap orang Rom. Dan orang Islam pula menyayangi orang Rom kerana mereka adalah ahlul kitab. Orang kafir Quraisy pula menyayangi orang Parsi kerana mereka bukan Ahlul kitab. (109)

46. Dalam riwayat ada menyatakan, Saidina Umar ketika melalui satu kalangan orang Nasrani di Damsyiq, beliau melihat mereka yang miskin. Makanya, Saidina Umar menyuruh supaya mereka diberikan sedekah dan makanan secukupnya.(111-112)

47. Berkata al-Sahmarani dalam buku "al-Adl Farishah Islamiyyah", "disebabkan mahu menjaga kemuliaan manusia dan mahu merealisasikan maslahah, Islam datang memberikan cara cara terperinci dalam usaha menjaga kehormatan manusia, mencegah dari sebarang kezaliman". (116)

48. Dalam riwayat Muslim, diceritakan seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Nabi. Dia bertanya, "Wahai Rasulullah, apa pandangan kamu jika seseorang lelaki mahu mencuri harta aku?

Nabi menjawab, "kamu jangan memberi hartamu kepadanya"

Dia berkata lagi, "bagaimana pula apabila dia mahu memerangiku?". Jawab nabi, "perangilah dia".

Dia bertanya lagi, "apa pandangan kamu Jika dia membunuhku?". Jawab nabi, "kamu dikira sebagai Syahid".

Dia bertanya lagi, "bagaimana pula Jika aku membunuhnya?". Jawab nabi, "dia berada di dalam neraka". (119)

49. Tujuan daripada pensyariatan Ilahi seperti dinyatakan di dalam kitab-kitab adalah memberi kebahagiaan kepada manusia dan mengangkat darjat mereka di tempat yang tinggi dalam kehidupan. Tidak ada keraguan bahawa Islam menolak sebarang halangan terhadap kebahagiaan. (120)

50. Islam tidak mengakui semangat permusuhan, dan tidak mengakui menggunakan kekerasan. Risalah Islam menyeru kepada keamanan dan keselamatan yang selaras dengan asas keadilan dan memberikan hak kepada yang berhak. Justeru, masalah keganasan yang berlaku pada zaman kini, perlu diselesaikan dengan cara yang komprehensif. Ubat dalam mengatasinya adalah keadilan yang perlu diterapkan kepada semua masyarakat dan umat. Mewujudkan keharmonian di antara umat dan rakyat. Pepatah Arab ada menyebut, Keadilan apabila tertegak, maka makmurlah bumi * kezaliman apabila tertegak, maka hancurlah bumi.

العدل اذا دام عمر * الظلم اذا دام دمر

51. Lawan bagi Unuf (عنف) adalah rifq (رفق). Setiap yang ada rifq adalah dari kebaikan. Setiap yang ada Unuf adalah kejahatan. (126)

52. Keganasan adalah menakutkan orang lain, ataupun memasukkan elemen kegerunan di dalam hati manusia dalam menafikan hak. 

- Amerika selalu menggunakan keganasan terhadap orang yang berbeza dengan mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka menuduh tindakan keras terhadap mereka sebagai keganasan. 

- Ekoran itu, tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan negara mereka tidak boleh dianggap sebagai keganasan. Ini kerana tindakan mereka itu adalah untuk memastikan hak mereka dimiliki bukan dicabuli.

53. Ada definisi menyatakan bahawa keganasan adalah sesuatu perbuatan dari perbuatan-perbuatan yang menggunakan kekerasan yang besar, ataupun menghancurkan terhadap manusia, menggunakan kekuatan dalam menceroboh kaedah akhlak.

54. Apabila seseorang itu diserang atau diperangi, lalu dia mempertahankan diri dari serangan tersebut, maka dia tidak boleh digelar sebagai ganas. (128) tindakan dia itu boleh dianggap Unuf, tetapi tidak boleh dianggap sebagai Irhab. (130)

55. Keganasan yang ditolak adalah menggunakan kekuatan untuk melawan anggota umat ataupun terhadap kelompok-kelompok yang berbeza pandangan.

56. Punca bagi pemikiran keganasan itu, antaranya adalah ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran atau pendapat dan kejahilan. (133)

57. Keganasan boleh berlaku dalam banyak sudut, sama ada melalui politik atau ekonomi atau kejahilan terhadap agama. (134)

58. Di dalam Surah Al isra ayat 110, Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang Nabi membaca Al-Quran dengan kuat ketika solat, juga melarang membaca dengan terlalu perlahan, bahkan disuruh membaca secara pertengahan. Dalam perkara menunaikan solat pun disuruh supaya mengambil sikap pertengahan, sudah pasti dia dianggap penting dalam perkara yang lain.

59. Di dalam surah al-Furqan ayat 67, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyatakan, infaq itu dilakukan dengan tidak melampau. Konsep penjagaan kebajikan orang, Islam mengajar mengambil jalan tengah. (138)

60. Penyebab manusia boleh cenderung kepada keganasan adalah seperti berikut;

A. Mempunyai kefahaman yang salah terhadap agama.

- Jadul Haq menyatakan, antara perkara yang melampau dalam beragama dan pada hukum Syariah adalah taksub mazhab ataupun taksub terhadap sesuatu pendapat, dalam keadaan kewujudan mazhab lain yang muktabar. Contohnya seperti orang yang melampau pada hukum yang berkaitan pakaian dan perhiasan, pada hukum bersuci, pada hukum daging yang diharamkan dari dimakan, ada hukum benda yang digunting dan benda yang dicukur dengan alasan mengikut nabi, pada hukum yang melibatkan cara makan, minum, berpakaian, hidup dan berjalan. Selalunya mereka yang melampau itu, adalah golongan yang bermudah-mudah pada perkara yang Dosa besar yang disepakati keharamannya, seperti mereka mudah membuat tuduhan, dengki, mengumpat, batu api, penyaksian palsu, berbohong, melakukan fitnah demi kemaslahatan diri dan partinya. (140)

- Dr Ahmad Kamal Abul Majdi ada menyatakan, antara sebab-sebab melampau adalah ketaatan mutlak kepada ketua sesuatu jemaah. Mereka tidak mengetahui ilmu tentang hukum Syariah dan maqasidnya. (140)

- juga sebab sebab berlaku keganasan, apabila mudah menerima pemahaman agama melalui syarahan para khatib, dan penceramah-penceramah disamping merendah rendahkan pandangan Imam mujtahid.

- mereka menerima sesuatu Fatwa walaupun ia bercanggah dengan Sareh Ma'qul, manqul dan nas-nas yang kadangkala masih dalam lingkungan takwil. (142)

B. Penjajahan dari barat dan Amerika. (143)

C. Kejahatan pemerintah.

- seperti kerajaan menangkap atau memenjarakan atau mahu lakukan pengesahan kepada orang-orang yang tidak bersalah. (146)

D. Menghalang kebebasan. (149)

Wallahu A'lam

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...