Rabu, 28 Mac 2018

Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar

Kenapa perlu tergesa-gesa dalam perkara ini. Di akhirnya persoalan yang timbul adalah sejauh manakah pihak berkuasa (Polis dan Jabatan Peguam Negara) akan telus dan adil dalam soal ini.

Sebab kita tahu, tatacara untuk perlaksanaan pihak yang neutral (mahkamah) dalam menentukan kebenaran bermula dengan laporan awam

1. Awam membuat laporan
2. Polis membuka kertas siasatan
3. Jabatan Peguam Negara akan tentukan samada hendak membawa kes ke mahkamah atau tidak
4. Perbicaraan di mahkamah (injunksi boleh dipohon ketika ini)

Jadi akhirnya,pihak yang mempunyai akses kepada kedua sumber ini (iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara) berkeupayaan memandu sesuatu perkara ke arah kepentingan mereka.

Persoalannya.

Bagaimana kalau awam membuat laporan seperti

1. Penyebaran berkenaan ‘flat earth’
2. Penyebaran bahaya vaksin

Adakah pihak berkuasa akan melayan tuntutan ini?

Kerana itu RUU Anti Berita Tidak Benar adalah RUU yang absurd, vague dan menafikan keupayaan manusia untuk berdebat secara rasional
Sumber pelbagai Google.

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...