SINGAPURA ANGL0-AMERIKAN-ZIONIS
Untuk memahami peranan
Singapura dan Gerakan Zionis Antarabangsa kita wajib melihat kembali sejarah
tanah air kita. Dengan keilmuan dan maklumat yang meledak saya yakin kita akan
melihat persamaan dua ‘settler state’ - Singapura dan Israel.
Saya menyatakan bahawa
peranan Israel ialah menghuru harakan Bumi Arab. Manakala peranan Singapura
ialah menghuru harakan dan membuat onar di Bumi Melayu.
Isreal pada satu ketika dahulu ialah pengkalan
tentera Inggeris kini menjadi pengkalan tentera Amerika terbesar di Asia Tengah. Singapura
pada satu ketika dahulu ialah pengkalan tentera
kolonial Inggeris. Seletar, Tengah dan Changi adalah nama lapangan terbang
Inggeris dan Australia. Kini telah menjadi pengakalan tentera Amerika. Kini
Singapura menjadi tempat kapal tentera laut dan tentera udara Amerika berehat
dan diperbaiki.
Singapura menjadi
wilayah yang amat penting samenjak Obama mengubah dasar pertahanan Amerika
dengan stratiji Mempasak Asia - Pivot Asia - diumumkan pada
tahun 2013. Lebih dari satengah bala tentera Amerika diseluruh dunia
kini dipindahkan ke Asia termasuk ke Pilipina.
Dunia hari ini secara
berlapik mengakui bahawa Israel ialah ‘settler state’ wilayah penempatan baru
untuk kaum pendatang. Singapura juga ialah wilayah penempatan baru yang dibina
oleh kaum pendatang.
Isreal untuk Yahudi yang
dibawa masuk dari Eropah sesudah Perang Dunia Kedua. Kemasukkan Yahudi ke Bumi
Arab ialah dengan bantuan kuasa Inggeris. Di Tanah Melayu kuasa Inggeris telah
membawa masuk China dan India.
Israel diwujudkan pada
tahun 1948. Singapura diwujudkan pada tahun 1965. Ini dua negara ‘settler
state’ - dua negara yang artifisial. Ini
fakta sejarah.
Singapura diwujudkan
melalui projek kolonial Inggeris yang
dipanggil Malaysia pada tahun 1963.
Dengan putar belit dan janji bermadu
warga Kalimatan Utara telah menerima
untuk bersama menubuhkan apa yang
dipanggil Pesekutuan Malaysia.
Saya menulis Kalimantan
Utara kerana inilah nama wilayah Sabah,
Sarawak dan Berunai. Betul. Istilah ini
disailang apabila projek Inggeris
berjaya ditelor, dieram dan menetaskan
apa yang dipanggil Malaysia.
Malaysia didirikan untuk
mematikan semangat nasionalisma Melayu kiri yang melaungkan slogan Melayu Raya. Malah dalam tahun sebelum
dan sesudah projek Malaysia menetas
kedengaran kuat Konsep Maphilindo -
Malaya, Philipina dan Indonesia. Ini juga fakta sejarah.
Para pembaca diminta
jangan malas membaca untuk mengetahui fakta ini. Semua fakta ini boleh kita
temui dengan bantuan Lebai Google.
Jangan lupa fakta
sejarah bagaimana projek Malaysia ini ditentang. PMIP - Pan Muslim Islamic
Party - nama asal Parti Islam Pas telah bangun
bersama Parti Buruh dan Parti Rakyat di Tanah Melayu untuk menentang projek kolonial ini. Di Singapura
Parti Rakyat dan Barisan Sosialis telah juga menentang projek ini.
Penentangan timbul
kerana apa perlu Singapura masuk Malaysia wal hal Singapura adalah sebahagian
dari Tanah Melayu. Manakala warga Kalimantan Utara - Sabah, Sarawak dan Berunai
- memiliki garis perjuangan kemerdekaan mereka sendiri. Pada ketika ini PARAKU
- Pasukan Rakyat Kalimantan Utara sedang
mengangkat senjata menentang Inggeris.
Garis nasionalis kiri di
Tanah Melayu dan di Singapura cukup ampoh dan hampir berjaya mematahkan projek
Inggeris ini. Bung Karno datang membantu
dari tanah seberang.
Inggeris dengan licik
telah mengarahkan agen dan talibarut mereka di Kuala Lumpur dan di Singapura.
Akta Keselamatan Dalam Negeri telah digunakan.
Operation Cold Storage
pada 2 Febuari 1962 telah menangkap
puluhan kaum nasionalis kiri di Singapura dibawah ISA. Pada tahun 1963 Ahmad
Boestamam dan beberapa pemimpin Parti Rakyat
pula ditangkap. Pada Januari 1965 Dr. Buhanuddin dari Parti Islam pula
ditangkap. Semua penentang projek kolonial Inggeris telah diISAkan.
Dari fakta sejarah kita
melihat bahawa musuh besar kuasa kolonial Inggeris sebelum 1957 dan sesudah
1957 ialah Bung Karno. Sosok ini membawa garis nasionalis kiri dari Sabang
hingga Marauke.
Presiden Sukarno ini
amat-amat merbahaya kepada kuasa kolonial Inggeris dan kaum pemodal
antarabangsa. Ini kerana Bung Karno menyokong teguh - malah menyokong
perjuangan bersenjata rakyat Malaya dan Kalimantan Utara untuk mengahalau penjajah Inggeris.
Sejarah merakamkan
bagaimana Bung Karno - bersama Tito dari Yukoslavia, Chao En Lai dari Tiongkok,
Presiden Naseer dari Mesir, Castro dari Cuba, Nehru dari India telah mengadakan
Persidangan Bandung 1955. Deklarasi Bandung adalah rujukan untuk permulaan
gerakan negara berkecuali dengan garis nasionalis dan anti imperialis.
Kita juga melihat fakta
sejarah bagaimana ketika menjalankan penjajahan kuasa kolonial Inggeris
telah memecah belah Bumi Arab. Taktik
yang sama telah dijalankan di Bumi
Melayu.
Jika disetiap wadi di
Bumi Arab diwujudkan sebuah negara dan
dinobatkan seorang Sheikh untuk menjadi
talibarut Inggeris a.k.a Emir.
Pekara yang sama berlaku di Tanah Melayu. Hampir disetiap dusun durian
dinobatkan seorang Raja untuk menjadi ajen Inggeris. Hinggakan Tanah Melayu
penuh dengan Durian. Ini taktik
Inggeris. Ini taktik kolonial - taktik pecah dan perentah.
Sila ambil perhatian -
saya menggunakan istilah Inggeris. Saya tidak menggunakan British. Kalau saya
menggunakan istilah British ini termasuk
warga Wales, Scotland dan Ireland. Walhal bangsa Wales, Irish dan Scottish
saperti Bani Melayu sama dijajah oleh Inggeris. Malah - hingga ke hari ini gerakan ‘ mahu merdeka’ di
wilayah ini masih membara dan pasti akan meledak.
Dari fakta sejarah juga
wajib saya terangkan disini bahawa bukan semua Yahudi itu penganut Zionisma.
Juga bukan semua Zionisma itu Yahudi. Zionisma ini ialah gerakan politik yang
disokong kuat oleh kaum pemodal antarabangsa. Ini kerana kepentingan kapitalis
internasional dapat berkembaanag
melalui gerakan Zionis.
Zionisma ini juga bukan
hanya sosok Yahudi. Ada Zionis Melayu, ada Zionis China dan ada Zionis India.
Sesiapa sahaja yang menyokong Isreal tidak dapat tidak kiblatnya ialah
Zionisma.
Perlu saya nyatakan
fakta sejarah disini. Sesudah tahun 1957 - setiap bulan Ogos Tanah Melayu akan
mengadakan perlawanan bola Piala Merdeka . Setiap tahun bila Piala Merdeka
dijalankan ada tim bola dari Isreal ada sama
bermain di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Ini kuasa Israel dan
jarum licik Zionis yang dapat mempengaruhi negara-negara baru merdeka pada
ketika itu.
Pada ketika itu Zionis
tempatan berani muncul secara terbuka. Membawa tim bola Israel datang ke Kuala
Lumpur. Mengimpot barang-barang dari Israel.
Bukan saperti hari ini mereka meresap dalam syarikat multi nasional
untuk mengumpul dana untuk membina dan mempertahankan Israel.
Sekali lagi saya
nyatakan bahawa tujuan Zionis ialah untuk menjajah dan menaklok Bumi Arab. Justeru perjuangan Palestin ialah perjuangan
anti kolonial, anti penjajah dan anti Zionis. Rakyat Palestin bangun mengangkat
senjata untuk mengambil Bumi Palestin yang telah diduduki oleh kaum Zioinis.
Bagaimana Isreal dapat
terus berkuasa walhal warga Arab lebih ramai. Kendati pun wilayah Arab lebih luas.
Bagaimana Singapura boleh bertahan wal hal Bani Melayu lebih
ramai. Bumi Melayu lebih luas. Betapa artifisialnya negara yang dipanggil Singapura hinggakan air minum pun wajib
didatangi dari Johor. Sah terbukti bahawa
Singapura ini ialah settler state yang
pura pura menjadi saekor singa.
Jawabnya Isreal dan
Singapura ialah pengkalan tentera Amerika. Runtuh Amerika maka runtuhlah
pegekalan tentera ini.
Mungkin ada yang tidak
yakin apabila saya menyamakan Isreal dengan Singapura. Tetapi buktinya cukup
jelas. Tidak perlu bersuluh lagi.
Tiga tahun dahulu kita
heboh mendengar berita sebuah syarikat IT telah diberi projek untuk menambah
baik sistem komputer Polis DiRaja Malaysia. Tup tup diketahui bahawa syarikat
ini sebenarnya syarikat Zionis yang menyamar dan mendaftar di Singapura.
Bayangkan sistem
komputer Polis kita semuanya ada dalam ‘tangan’ Zionis Isreal. Disini kita
melihat bagaimana Singapura menjadi ladang dimana benih-benih Zionis ditanam
untuk disebarkan agar dapat membuat onar
ke Bumi Melayu.
Jangan lupa tiga tahun
lalu bagaimana portal dan laman web heboh dengan berita dan gambar
minyak sawit kita dihantar ke Israel.
Ini adalah kerja jahat syarikat Zionis yang berpengkalan di Singapura.
Jual beli dengan Isreal adalah melanggar sekatan ekonomi yang dipersetujui oleh
OIC - Persidangan Negara Islam.
Malah Malaysia TIDAk ada
hubungan diplomatik atau perniagaan dengan Isreal. Paspot Malaysia tidak
membenarkan pemegangnya untuk masuk ke Israel. Khalas.
Jangan kita menjadi
bebal untuk tidak faham bagaimana barangan dari Israel yang masuk ke Singapura.
Barangan impot ini diberi jenama baru
untuk dapat merentas masuk ke pasaran Tanah Melayu dan Indonesia.
Ini contoh peranan Singapura membuat onar di Bumi
Melayu.
Sebelum saya akhiri siri
pencerahan tentang Palestin ini ada satu
lagi pekara yang wajib kita semua ketahui. Ini adalah fakta petalian sejarah
setiakawan perjuangan rakyat Palestin dengan perjuangan rakyat Tanah Melayu.
Isreal diwujudkan oleh
Inggeris. Tanah Melayu/Malaysia adalah projek Inggeris. Rakyat Palestin bangun
angkat senjata dengan Fedayeen. Rakyat
Tanah Melayu bangun angkat senjata melawan Inggeris dengan
Front Pembebasan Rakyat Malaya.
Inggeris menghantar pegawai tentera ke Palestin untuk
menundukkan gerakan Fedayeen. Inggeris
menghantar soldadu ke Tanah Melayu untuk mematahkan gerakan bersenjata
Rakyat Malaya.
Kolonial Inggeris
menghantar Sir Henry Gurney ke Palestin
sebagai pegawai pentadbir untuk mematahkan gerakan nasionalis rakyat Palestin.
Kuasa kolonial
Inggeris mengahantar Sir Henry Gurney ke
Tanah Melayu dengan tujuan mematahkan
gerakan pembebasan rakyat Malaya.
Pada 6 Oktober 1951
musuh bersama rakyat Palestin dan rakyat Tanah
Melayu yang bernama Sir Henry
Gurney telah ditembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya di Bukit Frazer.
Ini bukti hubungan
perjuangan rakyat Palestin dengan rakyat Tanah Melayu adalah hubugan setikawan
yang diikat dengan darah perjuangan. Ini
fakta sejarah. Justeru inilah pertalian perjuangan menentang kuasa Anglo-Amerikan-Zionis yang
masih berjalan.(TT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan