Ahad, 22 Mei 2016

Pilihan Ride 2017 Buat Empa Semua

Empa semua percaya dak dalam hidup ini, tak beropa kali kita dapat memilih. Tak banyak kali kita dapat banyak pilihan.

Kebanyakan yang kita dapat cuma yang terhidang di depan Mata.
Pada mula arah di awal simpang akhirnya kita menuju ke hujung jalan, adakah kita jumpa bahagia, atau kita cuma kan berhujung duka.

Saat aku mula tulis ni aku berbelah bagi untuk mula stori p Phuket ni atau stori Kustomfest Jogjakarta yang lama simpan dalam gubuk. Sebabnya story Phuket Bike Week dah keluaq Kapcai Mei. Story Ghani dengan cover merka Ghairah ala2 X GF Pyan yang fulltime artis tu.
Seperti yang empa semua pembaca Kapcai maklum, maw empa ikut stori dalam mag ni. Stori Phuket memang ada tiap-tiap tahun dari 2011. Jadi bila aku kata tahun 7 macam miss 1. Sbb yang 1st adalah pada 2010. Yang tu pi 3 biji naik gerek fixie. Aku, Jan Barber dan Am Time Tunnel. Tahun 2011 pula  p 12 biji yang tu aku naik EX5 stori tu ada dalam Mag ni Tahun 2011. Tahun 2012 pi dengan LC juga, yang tu pun tak ramai dalam 28biji. Pastu tahun 2013 mula buat pala taw sampai lah tahun ni.
Ride Phuket memang yang ditunggu-tunggu sepanjang tahon, Tahun ni Annual Ride Phuket year Se7en. Dari rekod kajian aku di Pool Baantonsai tempohari sambil dok gulung rokok tembakau hijau, hingga 70% mana-mana rider yang follow mai Phuket teruih jadi Komrad Siam. Jawapan pada persoalan tu aku tak jumpa lagi.

Mula dengan meronda telok Andaman ni oklah kut, sebabnya kita kan muda lagi, sikit-sikitlah belajaq sendiri ilmu touring. Tapi kalo empa Nak advance class macam Bay,Sunblue,Afiq,Jon COE,Own COE,Din Langgaq,Jemer,Awe DBW,Alip Kaizer, empa buleh follow hat bulan 2. 
Bulehlah untuk rider ayam serama asai hutan macam kita ni. Nak jadi unicorn untuk pilih pi London solo memang tak mampu nak pilih. Nak pilih pi bergambar di Karakoram Highway Pakistan naik mutu pun tak mampu nak pilih (lagi). Jadi kita pendamkan hajat dan teruihkan hidopp!! 

Aku cerita ni juga berkenaan pada pilihan masa.
Masa kuat,masa sihat,masa senang,masa sempit. Tu pilihan dan kita sendiri  yang pilih buat kita. Kita sendiri yang tentukan macamana.

Haritu kami cuma 160rider yang membuat onar , dari border Dannok kami berhenti tidoq di Krabi, Dari siang ke mlm ada Pesta Simboq Ayaq sepanjang jalan.
Aku tertanya-tanya dari mana orang siam dapat tenaga untuk bergembira sepanjang hari ke malam. Akhirnya aku jumpa jawapan depa banyak dari kaum buruh yang stress dengan hidup. Dengan berpesta demikian depa pun melupakan kesengsaraan dan bergembira seketika.
Esok tu sambung p Phuket tapi tak sampai lah 160 lagi cuma dalam 120  biji. Geng Katong MC (24) ,Bay and the geng (3), Alip Taiping (8) , terus dari Border ke Phuket. Dini (8) dari Koh Samui. Semua sampai hari dah nak gelap kecuali kami yang dari Krabi sampai awai.
Ikut Jadual semua Chill Free&Easy.
Esok tu baru kami semua p Tapak Event Phuket Bike Week Town tapi haram mendap takbest.

Yang best kali ni selain ramai komrad baru dari Seremban Pulau Jawa Resin, ZMS GPJZ dan Crypton LC Johor. Ada 5 rider Peketum Borneo yang hadir tunjuk muka. Justkol Rapek, Apy Je Ni, Farid Maha, Wan Sapsai LC Tawau Crew dan Elli Miri LC Crew Serawak . Depa semua sanggup pinjam, sewa motor ride dari Kolumpo.

Jadinya empa yang dah memang rumah bersambung dengan tanah siam nak pilih dok buat rileks lagi. Jom!!!!  

Akhir kata dari aku. Menikahlah, agar kau percaya bahwa hidup dengan cinta itu indah.
Menikahlah, agar matamu terbuka dan kau sedar bahwa orang yang kau pilih itu ternyata orang yang salah. Sebabtu buleh kahwin 4 nohhhh... Hahahahahahaha

*Selamat menempuh alam rumahtangga kepada semua kawan-kawan baru dan yang akan melangkah ke alam berpasangan.

Kudos,Tulos,Mulos..
MadDuha Malaysia 6 Jun 2016

Tiada ulasan:

Hari 1 Bandar Abbas

Hari pertama kami wild camp di Iran. Ni di taman awam nama Laleh Park. Toilet tutup pukul 12.00tgh mlm. Sempat fresh up, basuh baju. Puku...