Jumaat, 11 Mac 2016

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Aku mendengar degup jantung aku, aku juga seperti buleh mendengar degup jantung semua kami pada kilometer pertama melepasi perbatasan Malaysia -Thailand. Bersama dengan grup aku 12 rider. Veron Kasut Sukan Leo RM35.00 ,Zam Motor Sport ,Maharis LC 62mm spec karb stenderd, Syahrul Penang, John Pablo BBFL Kopisan, Jab MYHC BBFL, Mael BBFL Fame Resin, Dien Dalek LCTC, Shidi Yang Menungang, Jemer Kribu GBO Bantah TPPA, dan JOHN AQILZ Demak Touring Team.   Tidak pernah lagi sejak 6 tahun lepas mula buka langkah ride seperti ini. Pada papan muka jarum meter sekadar 70 hingga 90 kmh sahaja. Dari border ke Suratthani waktu Maghrib, biasa petang rembang 3 dah sampai. Aku tidak pasti apa yang membuatkan kami begitu tenang kali ini. Setelah 2 hari perjalanan baru jarum meter hingga 140kmh itupun telah lewat petang melepasi Bandar Hua Hin. 

Grup kami grup ke 2, grup awal Safwan SC Gombak, Zack di sini, Alip Kaizer geng Enal & Haziq, Fiezul LC Kencang JB, AWE 4 President COE Pantai Timur, dan Fadel X1R Laju dari Jengka. Grup Safwan gerak awal 4 jam sebabnya depa ada misi untuk habiskan route sehingga Golden Triangle. Memang ride ni nama Make Head Know atau bahasa melayu Buat Pala Taw. Hidup sebagai pengembara ni yang penting Ilmu tak kira lah nak mengembara jalan kaki ka, naik gerek ka, naik kapcai ka, naik big bike ka, naik public transport ka, yang penting ilmu. Pengembara tanpa ilmu pada aku ibarat lelaki matang tetapi tidak mahu berkahwin. Iyalah nonek keraih tapi nak sarung takdak tempat. Macam tak lengkap, memang buleh sarung curi tapi takmaw lah tak sempat bertaubat masuk neraka takmaw.

Sepanjang 2  hari 2 malam perjalanan smooth tanpa masalah, 2 malam tidor khemah sampai lah pagi hari ke 3, sekitar 80km dari Nakhon Sawan. Sebijik mesin buat perangai. Rod sudah Jemm. Usaha dilakukan dan mesin di tunda hingga Nakhon Sawan. Dari tengahhari hingga ke lewat petang baru masalah hampir selesai tetapi mesin akan siap lg 24 jam. Jadinya aku buat keputusan untuk tinggal bersama rider mesin problem dan menyambung ride bila mesin siap overhaul. Group kami dari 12 kini tinggal 10 akan menerus perjalanan, selepas salam dan  berpelukan kami berpisah dan berjanji untuk bertemu di Route 12. Itu lah rancangan awalnya.

Bab mesin rosak ni bukan kerja kita, tetapi nasib masa nak jadi, nasib pun kita yang tentukan, agak diri pomen boleh pakai mesin lama, agak tak reti apa satu elok bawa mesin baru, bukan apa mesin baru ni kebarangkalian nak lingkup tangah jalan payah. Haritu di SP Bike Meet 2016. Tasha Sayang Abang cerita atas stage event bab Bradehud. Cerita mereka mesin rosak tunggu sampai petang hingga malam hingga pagi. Pada aku bab menunggu rider mesin rosak bukan lagi bab Bradehud tapi pada aku menolong orang dalam kesusahan ini suatu perbuatan yang kool. Lagipula rider mesin lingkup ni pertama kali jalan jauh. Aku tak sampai hati nak bagi dia balik sendiri naik bas. Untuk nak bagi klear lagi Term Bradehud, memang  tidak pernah diguna pakai dalam organisesyen PEKETUM. 

Grup 1st, safwan menjejak ke Golden Triangle,mereka merasa nikmat 3 derjah selsius di Doi Ithanon. Grup 2nd BBFL & The geng merasa juga 3 derjah selsius di Doi Ithanon, di usik hantu khayalan (empa mengantok terok takmaw mengaku), habiskan tozen kona dan berjaya pegang telor harimau di Tiger Kingdom. Aku 2 orang cuma melalui Route 12 dan seterusnya cop pasport negara Laos di border Nan Kraseung. Group 4th adalah group COE Utara di kepalai Afif Bakhtiar dan Awy mereka 6 orang dengan Am yang bawa Honda Fame dan 2 lagi rider EX5 Orang Lama. Afif Bakhtiar maseh lagi buat rare naik 2 dengan bini (Cinta Itu Terlalu Indah Sahabat). Mereka dasyat ikut jalan puaka Mae Sot - Magic Hill - Mae Sariang - Mae Hong Son - Pai - Chiang Kong - Boten - Border China. Kaw jangan buat gila dengan mereka. Padam habih rekod orang tua-tua.
Grup 5th 2 orang Mike Bay dan Izzul mereka berdua terus ke Aranyaprathet. Dari Thali aku melalui Khon Kaen - Buriram dan terus ke Aran bertemu mereka. Bertemu juga 2 Rider LCCPK di Mana-Mana Wan Anchik dan sorang lagi rider juga menghadir diri, mereka berdua juga membuat pala ke Laos. Tika itu grup 6th dengan kekuatan 14 Rider telah melepasi Hua Hin di kepalai Din Langgar & The Geng Klasik Kedah termasuk dengan Grup Last Uzainy My, Acai Santau dan Sofyan JKKK Kampung Malaysia. Grup 7th Wan Jupiter BP dan Afiq lc150 BP mereka terus ke Pattaya dari Negeri Batu Pahat.

Kami buat pala ber TTS di ARANYAPRATHET. Grup Din Klasik dan Grup COE Utara tidak ke Aran kami cuma bertemu di Pattaya Bike Week. Yang lain2 semua sampai ikut perkiraan kepala haritu semuanya 26 Rider. 
Dan sekali lagi ber TTS di Pattaya Bike Week 2016 umpama hari ini dalam sejarah. Bergabung dengan grup Din Klasik 14 dan Wan Jupiter menjadi 42 dan hari sabtu grup COE Utara sampai direct dari Sempadan China semua menjadi 48 Rider.  




2 ulasan:

jabxmyhc berkata...

Sempoi kerinduan pada semua

jabxmyhc berkata...

Sempoi kerinduan pada semua

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...