Rabu, 25 Februari 2015

CINTA


..MAKRIFAT CINTA..
"..Wahai diri, tetaplah engkau di dalam Qurbah CINTA.. biar pun seluruh manusia sudah tidak mempedulikannya, janganlah engkau turut melepaskannya..
Wahai diri, tetaplah engkau memberi dan menyebarkan CINTA.. biar pun seluruh manusia hanya tahu menunggang sebelum mempersiakannya, janganlah engkau melakukan hal yang serupa..
Wahai diri, tetaplah engkau melebur di dalam hakikat CINTA.. biar pun seluruh manusia menzalimi dengan kebencian dan menjadikan mu sandaran seketika, janganlah engkau membalas dan membuka segala rahsia yang engkau alami dan ketahuinya..
Wahai diri, bernafaslah dengan nafas CINTA.. biar pun seluruh manusia tak pernah sedar betapa niat mu tulus dan mulia, janganlah engkau lemah sehingga merubah nafas mu dengan kebencian dan dendam tercela..
Wahai diri, berjalanlah di atas landasan cahaya CINTA.. biar pun seluruh manusia lebih gembira berjalan di atas kegelapan jiwa dan kemahsyuran binasa, janganlah engkau menuruti langkah-langkah mereka yang hanya menggembirakan kenampakan semata..
Wahai diri yang penuh dengan CINTA, ketahuilah sekalipun kebaikan dan kebajikan mu ditenggelamkan orang sehingga rapat ke pasak bumi dunia, dia tidak akan dapat mengaburkan pandangan YANG MAHA CINTA, walau dia mampu mengaburi pandangan seluruh manusia..
Wahai diri yang berteguh dengan CINTA, ketahuilah engkau tidak akan binasa sebagaimana akan binasanya orang yang menjadikan kebohongan dan kedustaan sebagai pilihan untuk meraih kegembiraan seketika.. sesungguhnya ALLAH ada pada menyaksikan segala sesuatu yang tersembunyi dan nyata.. dan tidak akan pernah terlepas segala sesuatu dari dipertanggungjawabkan di hadapan YANG MAHA ESA..
Wahai diri yang berhakikat di jalan CINTA, jika di dunia ini engkau dihalangi dengan segala lakaran dan ikatan perdaya orang untuk bertanggungjawab ke atas dua cahaya yang terpaksa engkau kembalikan ke alam asalnya, ketahuilah bahawa engkau sudah terlepas dari kewajiban walau engkau bersedih hati dengannya..
Wahai diri CINTA, berbahagialah kerana engkau merdeka untuk mengecapi apa yang engkau damba, sedang orang-orang yang terpenjara tetap terhalangi untuk mengecapi apa yang dia damba oleh kerana olah dan pilihannya jua..
Wahai diri CINTA, janganlah berlaku zalim pada diri mu dan diri orang lain.. kejujuran dan keikhlasan, jadikanlah tongkat jalan.. berilah maaf pada orang yang melukai walau engkau mampu untuk membalasnya.. sebarkanlah CINTA walau pada orang yang membenci dan menzalimi mu selamanya.. janganlah engkau menghukum orang yang tidak pernah menghargai atau tidak pernah sedar akan hakikat dari CINTA yang kau bawa.."

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...