Khamis, 11 September 2014

Ustaz Wan Ji Wan Husin Ambil Kursus Politik 101

KULIAH POLITIK 101
Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014.

Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditahan polis bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana didakwa menghina sultan.

Beliau dijangka dituduh di mahkamah hari ini. Menurut sumber, beliau ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.

Wan Ji seorang penulis blog terkenal menggunakan nama Al-Bakistani. Tahun lalu laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan mengkritik raja-raja Melayu. Anggota PAS itu juga terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap kumpulan proulama dalam parti Islam itu. 


Demikian lapor Malaysiakini.

 
Menurut The Malaysian Insider, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.


Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014. Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor.
Hakim menetapkan pasport antarabangsa Wan Ji diserahkan kepada mahkamah namun peguamnya Mohd Razlan Jalal berkata pasport anak guamnya sudah hilang dan tamat tempoh.

Sehubungan itu, hakim mengarahkan timbalan pendakwaraya Mohd Azhari Harun memberi arahan kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Wan Ji keluar negara. Razlan semasa proses pembelaan hari ini memohon pengurangan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 ekoran tertuduh tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, namun ia ditolak mahkamah.

Wan Ji ditahan polis awal pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali. Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual Februari lalu. – 10 September, 2014.
MR

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...