Selasa, 28 Januari 2014

KECAMAN SERANGAN KE ATAS GEREJA DI PULAU PINANG

Dua butir bom buatan telah dilempar ke perkarangan Gereja Assumption, Lebuh Farquhuar di Pulau Pinang pada awal ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2014.  
Dua butir bom buatan telah dilempar ke perkarangan Gereja Assumption, Lebuh Farquhuar di Pulau Pinang pada awal ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2014.

Pihak kami mengecam tindakan mereka yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang. Tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov ke Gereja di Pulau Pinang adalah satu perubatan keji dan wajar dikecam semua pihak.

Pihak kami menggesa PDRM dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas mereka yang jahat dan tidak bertanggungjawab ini. Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang. 

Pihak kami juga berharap, setiap lapisan masyarakat, baik Melayu, Cina, India, Islam, Kristin, Buddha, Hindu atau apa saja agama dan etnik - untuk terus kekal tenang dan sama - sama menyeru kepada toleransi dan hormat di antara pelbagai kaum dan agama. 

TULUS. 

MadDuha Kampung Katong
02600 Arau Perlis.
28 JANUARI 2014




Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...