PERATURAN RASMI
JBS PERLIS BIKE JAM 2013 secara rasmi di anjurkan oleh
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia
Perlis yang menyediakan tempat pertandingan . Acara ini
akan dijalankan oleh jawatankuasa penaja yang terdiri dari sekumpulan penunggang motorsikal yang
berdedikasi untuk membawa format baru aktiviti sukan permotoran di Utara Semenanjung
Malaysia (kami bukan syarikat yang berorientasi keuntungan). Kami cuba sedaya
upaya untuk memastikan “kebebasan” dan "semangat persaudaraan” di kalangan
penungang motorsikal tidak kira apa jenis sekalipun samada penungang motorsikal
kecil,skuter,mahupun motorsikal berkuasa tinggi.
Pihak kami merancang 2 aktiviti utama iaitu motorsikal lumba
dan motorsikal cantik.
Motorsikal Lumba
Demi menjamin kelas
berstruktur dan adil kepada semua. Diperuntukkan peraturan seperti di bawah
untuk acara lumba.
1. Syarat Pakaian .
Minima Penungang mestilah
menggenakan, Topi kaledar tutup muka penuh (full face), sarung tangan ,Pelindung
lutut dan siku.Kasut sekurang kurangnya jenis tutup buku lali (Hi-Cut). Baju
lengan panjang dari jenis jeans, kulit mahupun jaket pilihan. Seluar panjang
samaada jeans,kulit,kevlar,goretex atau dari jenis pilihan.
2.Syarat Motorsikal
Bagi kategori motorsikal
kapchai standard – motorsikal 115cc ke bawah tanpa sebarang modifikasi
pada enjin dan ekzos ( motorsikal
dibenarkan untuk ditanggalkan aksesori untuk menjamin kerosakan minima andai
terjatuh ). Kategori akan ditentukan oleh ketua marshall pada hari
pertandingan.
Bagi Kategori motorsikal kapchai
Open, Skuterprix open, Supermoto open ,Big Bike open, syarat modifikasi pada
motorsikal adalah tidak terhad.
3.Syarat penungang - Umur
mesti 18 tahun ke atas, bagi penungang bawah umur sila sertakan surat kebenaran
ibu bapa/penjaga.
4. Syarat lain.
Walaupun perlumbaan adalah
untuk menyingkirkan pesaing namun menggunakan taktik kotor dan jahat adalah
tidak dibenarkan. Penungang yang memukul,menolak,menendang dengan sengaja
pesaing akan dibatalkan penyertaan.
Motorsikal Cantik
3 kategori pertandingan yang terbuka kepada semua jenis
motorsikal
1.Motorsikal cantik klasik/retro open.
2.Motorsikal cantik ubahsuai ekstrim/kastem open.
3.Motorsikal cantik sticker,racing look,spray can,airbrush
open.
|
Minta Tuan-tuan cetak borang ni dan sebarkan. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan