Jumaat, 30 Ogos 2013

KEMPEN PAKAI BAJU HUJAN SELAMATKAN BAYI

29/08/2013 7:46pm

DUNGUN - Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
Beliau berkata, pada awalnya, pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati, dia mendapati ia merupakan mayat seorang bayi.
"Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji," katanya.
Menurutnya lagi, ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz2dPuwLm5i 
Hakcipta terpelihara 


*SAYA 100% PASTI BAYI NI EMAKNYA MELAYU.











Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...