16
jun 2013. Terima Kasih pada semua. Hanya Allah yang mampu
balas.Organizer KATONG MC dapat konfirm event ni pada 11 Jun 2013,
Terima Kasih pada Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis yang percaya
kata kami boleh buat. Walau 5 hari tapi ku gagahkan
juga Jebat. Event Motor Cantik macam biasa ketegori hat empa duk tengok
perati sedia-sedia orang lain pun duk buat dah.Tapi Riding Skill Time
Attack 350Meter X 2 lap memang tak penah buat kut belah sini. COE penah
buat di Paroi, Negeri 9 tahun 2012. Co.organizer untuk event ni Perlis
Motor Sport Club (Bang Jonz a.k.a Cip Endurance Cub Rider yang pi Golden
Triangle, hat tu cerita ngan gambaq duk peram lagi tak keluaq,tunggu
kut Jinx ka Ghani minta buleh la demand harga hahahhahahhaha.) Terima
kasih bagi pinjam peralatan -tayar,hailer,warning tape,masking tape abih
sorry Bang Jonz tak bg balik
,dan Perlis Bikers bagi pinjam handy walkie talkie (buleh lah buat
bergaya, walau lagi banyak guna teknik jerkah. hahahaha). Design track
sepenuhnya oleh KATONG MC, di reka tanda,angkut tayar,kon,khemah ataih
bumbung keta Nissan AD RESORT gua (sib baik keta Jepun kan) pada pukul 1
pagi hari event, sebabnya malam tu ada konsert dan pelancaran SUKMA
PERLIS 2014 apa bagai dan parking penuh orang guna, tu pun terpaksa
angkat sebiji keta duk tengah-tengah track,nasib baik lah VIVA MALAYSIA
maw 4X4 taktaw lah geyna. Grup paling awai sampai dari Azhar Motorsport
Penang dan pada hemah gua depa ni yang paling Pro. Alhamdulilah walau
penyertaan untuk event ni cuma 19 rider tapi mencapai matlamat (sebab
apa sukan ni kan PRESTIJ bukan cari UNTUNG kan, nak UNTUNG KENA MENEGA
AYAQ LIUQ lah) Up lagi satu kali lain kali kira lain. 2 kategori untuk
RIDING SKILL SuperKapchai serta motor seangkatan 150cc ke bawah dan Big
Bike. Pemenang 150cc ke bawah Johan dari Azhar Motorsport (KLX 150) Naib
Johan dari Katong MC (E pangkah 5 standard gaban) ke tiga dari Azhar
Motorsport (KLX 150).Kategori Big Bike Johan dari Supermoto Perlis (KTM
DUKE 200), Naib Johan dan ke tiga dari Azhar Motorsport. Dan semua
peserta lain juga pemenang sebab empa berani dari hat duk sembang pandai
kut kampung dan taman permainan saja OH YEAH!!!! . SELESAI pukui 6
petang Alhamdulilah. La Organizer duk buat sibuk pulak ni. Walau ada
janji dengan Jinn nak p Mesjid Kerisik, Pattani naik mutu,Janji dengan
KATONG MC nak pi Samui ,janji dengan bini ride FZ dia gua ride LC pi
touch Singapore, dan janji dengan anak nak pi antaq PASTI. Tapi KATONG
MC dah atuq Event nak mai pulak Insyaalah SUPERKAP BIKE JAM 17 OGOS
2013 tempat sama track design lain dan duit taktaw duk tang mana lagi.
info www.perlisbikejam.blogspot.com /
SEKIAN KITA RIDE-RIDE JUGAK SEMBAHYANG JANGAN TINGGAI. (artikel ini di
tulis khusus untuk Majalah Kapchai Malaysia sekadar hiburan semata-mata,
nak buat serius muka ketat minta penyepak Tok Wan Ani Noniang p duk
tang lain).
— at Stadium Utama Kangar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan