Sabtu, 23 Mac 2013

BOBROK SIASAH

BOBROK SIASAH
Kita mengidami kedamaian
harum santun sebuah negara
di tengah marak bara siasah.
Dalam gerak kejutan sejarah
tekad murbawan sekukuh waja.
Kita merindui keadilan
gandingan asas landasan sasa,
ucapan batin serahsia jiwa;
setiap ukir dan fikir bangsa
bakal mengerdip seindah rasa.
Kita menghajati keikhlasan;
yang berulang mercup, keganasan,
dan berulang terus, kebobrokan!
Kita tak lagi kekal insani
untuk pelihara demokrasi.
Kita mengidami kedamaian;
kita merindui keadilan;
kita menghajati keikhlasan.
Tapi, yang berulang, keganasan;
yang terus berulang, kebobrokan.
22 Mac, 2013 A. SAMAD SAID





Tiada ulasan:

Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...