Ahad, 29 Disember 2013
Selasa, 24 Disember 2013
Jumaat, 22 November 2013
JBS PERLIS BIKE JAM 2013
PERATURAN RASMI
JBS PERLIS BIKE JAM 2013 secara rasmi di anjurkan oleh
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia
Perlis yang menyediakan tempat pertandingan . Acara ini
akan dijalankan oleh jawatankuasa penaja yang terdiri dari sekumpulan penunggang motorsikal yang
berdedikasi untuk membawa format baru aktiviti sukan permotoran di Utara Semenanjung
Malaysia (kami bukan syarikat yang berorientasi keuntungan). Kami cuba sedaya
upaya untuk memastikan “kebebasan” dan "semangat persaudaraan” di kalangan
penungang motorsikal tidak kira apa jenis sekalipun samada penungang motorsikal
kecil,skuter,mahupun motorsikal berkuasa tinggi.
Pihak kami merancang 2 aktiviti utama iaitu motorsikal lumba
dan motorsikal cantik.
Motorsikal Lumba
Demi menjamin kelas
berstruktur dan adil kepada semua. Diperuntukkan peraturan seperti di bawah
untuk acara lumba.
1. Syarat Pakaian .
Minima Penungang mestilah
menggenakan, Topi kaledar tutup muka penuh (full face), sarung tangan ,Pelindung
lutut dan siku.Kasut sekurang kurangnya jenis tutup buku lali (Hi-Cut). Baju
lengan panjang dari jenis jeans, kulit mahupun jaket pilihan. Seluar panjang
samaada jeans,kulit,kevlar,goretex atau dari jenis pilihan.
2.Syarat Motorsikal
Bagi kategori motorsikal
kapchai standard – motorsikal 115cc ke bawah tanpa sebarang modifikasi
pada enjin dan ekzos ( motorsikal
dibenarkan untuk ditanggalkan aksesori untuk menjamin kerosakan minima andai
terjatuh ). Kategori akan ditentukan oleh ketua marshall pada hari
pertandingan.
Bagi Kategori motorsikal kapchai
Open, Skuterprix open, Supermoto open ,Big Bike open, syarat modifikasi pada
motorsikal adalah tidak terhad.
3.Syarat penungang - Umur
mesti 18 tahun ke atas, bagi penungang bawah umur sila sertakan surat kebenaran
ibu bapa/penjaga.
4. Syarat lain.
Walaupun perlumbaan adalah
untuk menyingkirkan pesaing namun menggunakan taktik kotor dan jahat adalah
tidak dibenarkan. Penungang yang memukul,menolak,menendang dengan sengaja
pesaing akan dibatalkan penyertaan.
Motorsikal Cantik
3 kategori pertandingan yang terbuka kepada semua jenis
motorsikal
1.Motorsikal cantik klasik/retro open.
2.Motorsikal cantik ubahsuai ekstrim/kastem open.
3.Motorsikal cantik sticker,racing look,spray can,airbrush
open.
|
Minta Tuan-tuan cetak borang ni dan sebarkan. Terima kasih
Khamis, 21 November 2013
Liabiliti
Kenderaan 4 roda juga merupakan keperluan utama warga miskin desa macam saya, walau pak menteri Bung Mokhtar kata orang miskin desa tak mampu nak pakai...
Hari ini saya dibebani dengan kos pembaikan setelah anak sulung saya Muhammad Aqeel Hulaif menyondol dagunya ke cermin hadapan. Alhamdulilah tiada kecelakaan serius pada beliau. Untuk yg di sekitar Alor Setar, saya rekemen kedai ni Jalan Merpati. Harga demokrasi. Sampai teruih buat. Kedai orang cin,awalnya saya dah ke kedai orang malay dia suruh p kedai lain pula.
Isnin, 18 November 2013
Jumaat, 15 November 2013
HARI JADI 28 DISEMBER 2013
KATEGORI DIPERTANDINGKAN
LUMBA
*KAPCHAI STANDARD BAWAH 115CC
*KAPCHAI OPEN 116CC KE ATAS
*SCOOTER OPEN
*SUPERMOTO
*BIG BIKE
10 LAP ( 5 LAP + 5 LAP ) 1 LAP 1.2KM
MOTORSHOW
*MOTORSIKAL KLASIK KATEGORI OPEN
*MOTORSIKAL UBAHSUAI EKSTREM / KASTEM KATEGORI OPEN
*MOTROSIKAL RACING LOOK / AIRBRUSH / SPRAY CAN / STICKER KATEGORI OPEN
YURAN PENYERTAAN UNTUK KATEGORI LUMBA RM 100.00 UNTUK LAIN-LAIN KATEGORI RM50.00
(TSHIRT,STICKER,TAG,NO PLATE,MAKAN,LUCKY DRAW)
PENGUNJUNG RM10.00(STICKER,TAG,MAKAN,LUCKY DRAW)
INFO MADDUHA 0123060911 BG JONZ CIP 0174979960
Khamis, 14 November 2013
Jumaat, 8 November 2013
Merancang Hari Esok
Sejak kebelakangan ini saya gemar membaca tulisan dari mereka yang saya kenal, kenal samaada secara dekat ataupun jauh menambahkan lagi minat saya membaca tulisan-tulisan mereka. Pada pendapat saya dengan membaca tulisan mereka, saya akan dapat mengenali mereka dengan lebih lagi. Mengambil gaya tulisan mereka, saya ingin menyiapkan entri ini seasli "original" mungkin.
Tulisan saya ialah apa yang terlintas di fikiran saya pada tika dan detik. Berbalik kepada saya sendiri. Sekarang saya berada di bilik bernombor 208, PP Ranong Hotel.
Saya baru saja tiba di Ranong, Thailand lebih kurang 6 jam yang lalu selepas menempuh perjalanan sejauh 600KM selama hampir 8 jam. Perjalanan lancar dari sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke sini.
Ranong pada saya sama seperti bandar-bandar lain yang pernah saya lawati dalam Thailand, cuma apa yang menarik perhatian saya ke sini ialah untuk memasuki negara Myanmar pada esok hari.
Sebagai seorang pekerja sosial saya sering bertemu kes warga Myanmar yang telah berhijrah ke Malaysia, dengan alasan kesusahan hidup dan mereka akan di bunuh jika kembali semula ke Myanmar(baca Burma). Kebanyakan kes yang saya temui menetap di Kuala Perlis,Pulau Langkawi dan terbaru menetap di rumah jiran saya, penama tersebut bekerja rencam membantu jiran saya seorang pengusaha ternakan lembu dan kambing.
Titik biru pada gambar di bawah menunjukkan lokasi saya di peta.
*ini betul ori. saya dalam mode bebas tanpa bebanan tugas hakiki kehidupan biasa saya. malahan misi saya ke sini adalah dengan sahabat saya dari ibu kota yang hanya bertemu untuk tika sebegini.
-lakonan adalah suatu perbuatan peniruan kepada perbuatan yang disukai. contohnya "apabila saya melihat pekerti mulia pada seorang ustaz saya juga ingin menjadi ustaz". sekian.
ok done. saya pun tekan klik pada opsi tersebut.
Ranong Thailand
Alhamdulilah penulis selamat sampai ke Ranong, Thailand. Bertolak dari sempadan Bukit Kayu Hitam pada pukul 12tengahari dan sampai jam 8.00 malam. Perjalanan sejauh 600KM.
Siap Sedia
Buku merah sedia, kenderaan sedia, duit tunai ada empat ratuih Ringgit Malaysia. Rancangannya adalah selepas habis kerja esok (rabu 6/11/2013) akan mula bergerak melintasi sempadan, sahabat saya Mohd Insan Nur Kamil mula dari ibukota Kuala Lumpur. Perjalanan saya cuma 610KM sehala tetapi beliau lebih 1000KM. Tungangan ni kami nama "3 Nation Ride". Malay-Thai-Myanmar@KL-RANONG-KAWTHOUNG.
ni motorsikal lain, kami janji untuk jumpa pada hari jumaat 8/11/2013 di Krabi. Depa ni geng klasik Kedah, Projek Honda Cub GBO saya pomen2 ni lah buat, Kedai Mutu Cikgu Amin Di Telaga Mas.
Sabtu, 2 November 2013
Jumaat, 1 November 2013
Bicara
DR.MAZA: " Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika
tidak, semua menderita, habis harta negara... kalian berbahasa: bukan
barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta... kami orang
kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta... jika kalian tipu sebegitu,
biasanya kami diam selalu... tapi dapatkah kami dibohongi, tentang
suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari
ini cuma berkuah... kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi
kita terpaksa diserah...
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang
makin angkuh, wang papa makin rapuh... apa yang dapat dibisik pada
anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya
sudah hilang... jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa
patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan
curang... kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa
yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian
mengintipi kehidupan kami... pernahkah kalian ngerti makna derita dan
susah hati... kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami
yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung
nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia... baju dan kasut anak yang koyak tinggal
dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak...
sedangkan kalian manusia angkasa... istana permata dibina, kereta
berjuta dirasa... elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...
Tapi kami masih di sini..di teratak ini... dengan lauk semalam.. dengan
hidangan yang tidak bertalam... dengan rumah yang suram... dengan
wang yang hampir padam... tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman
menteri...tiada hidangan vip... tiada persen di sana-sini...tiada
bahagian anak dan bini... tiba-tiba kalian kata: kamilah beban
negara... aduhai celaka bahasa yang kalian guna... kalian yang belasah,
kami yang bersalah... kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket
kami yang terbang... kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi... lantas, kalian rampas lagi
subsidi... ke mana wang itu pergi nanti?
Jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami... jika tidak pun
buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika
tidak untuk minyak kereta... tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji... konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami
ganti... hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi... kami terus
termanggu di sini... kalian juga yang nikmati... kami hanya menggigit
jari... kembalikanlah kepada kami harta negara... jangan hanya kalian
sahaja yang merasa... "
- Dr MAZA
Khamis, 24 Oktober 2013
Salam Eidul Aduha
Ini tahun pakcik modal duit kurang jadinya tanpa korban makanan, tapi keringat pakcik Allah setuju bagi kuat. Terima Kasih Allah bagi Islam pada pakcik.
Semua Ikut Peraturan
hahahahahahahahahahahahahahaahhahhahahahahahahahahaahahahhahaahhahaaha
Pelepasan air empangan di Cameron Highlands ikut prosedur TNB
Pelepasan air menerusi alur limpah di empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands awal pagi tadi adalah mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan.
Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini, air telah dilepaskan secara terkawal sebagai langkah mengelak seluruh kawasan Lembah Bertam dilanda banjir.
Hujan lebat dan banjir kilat di sekitar Ringlet yang berterusan semalam menyebabkan air melimpah ke Tasik Ringlet melepasi paras maksimum.
Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan itu yang dilepaskan, melimpah secara mendadak pada awal pagi."TNB telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk bekerjasama dengan pihak keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam, sebelum melepaskan air secara terkawal," menurut kenyataan itu.
Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut manakala seorang lagi masih hilang. – Bernama, 23 Oktober, 2013.
Khamis, 17 Oktober 2013
MENGARISTEKI PETA MASA HADAPAN
Lagi sebulan lebih kurang pakcik duk garis peta untuk pengembaraan hidup ke Chonburi, Thailand nama tempat. 7 November 2013- 10 November 2013.
ikut dari peta google ni perjalanan lebih kurang 1082KM sehala. Dari apa yang pakcik taw tempat ni dalam negeri sama dengan Pattaya. Tapi pakcik akan simpan untuk tak pi Pattaya, sebabnya bulan 2 nak mai pakcik nak p Burappa Bike Week. Ni pakcik saja post entri ni untuk Isteri pakcik taw, dan kawan-kawan pakcik yang mana takdan jumpa atau baru nak kawan tapi ada hobi sama pakcik buleh turut serta.
Mode touring kali ni akan nomad dan iktikaf di mesjid sepanjang jalan. Untuk yang tak kenal dan nak ikut buleh email pakcik dr_dooha@yahoo.com. Sekian.
Allah Setuju.
Isnin, 7 Oktober 2013
KAK NITA OVERLANDER
BERALASAN, 'Khusyuk melihat pemandangan yang indah dan keinginan yang sentiasa berkobar-kobar untuk melihat dunia Allah yang terbentang luas', membuatkan dia sanggup bersusah-payah meredah bumi asing dengan permukaan ekstrem secara solo, hanya dengan menunggang motosikal Yamaha FZ 150.
Dia itu, adalah Anita Yusof, 46, pensyarah jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh itu sebenarnya baru setahun mendapat lesen menunggang motosikal. Malah dia tidak pernah menaiki pengangkutan beroda dua itu sebelum pengembaraan solonya kerana perasaan takut selain menganggap motosikal sebagai kenderaan yang berbahaya.
ANITA berkhemah di sempadan Kazakhstan dan Kyrgystan.
ANITA (tengah) bergambar bersama kakitangan Kedutaan Malaysia di Tashkent, Uzbekistan.
KETIKA menerima pengiktirafan MBOR.
Hebatnya lagi wanita kental itu mengembara menggunakan bajet sendiri, justeru dia harus berjimat-cermat demi meneruskan kelangsungan perjalanannya menjelajah lima negara iaitu Tajikistan, Kyrgyzstan, Afghanistan, Uzbekistan dan Kazakhstan selama sebulan.
Biarpun bergerak atas minat sendiri, keberaniannya mengembara secara solo turut mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Malaysia (MBOR) sebagai pengembara solo wanita negara pertama yang merentasi lima negara di AsiaTengah dengan motosikal.
Dia menceritakan pengalamannya..
“Selepas mendapat lesen, saya terus menunggangnya ke pejabat untuk memberi keyakinan dan memberanikan diri. Hampir dua bulan selepas itu, saya diajar oleh sifu saya cara membaca peta dan mengembara ke negara asing menggunakan motosikal. Kami merentasi Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam dan Kemboja selama 23 hari.
“Memang pada masa itu saya masih takut-takut membawa motosikal dan bergoyang-goyang apabila ada kenderaan besar lalu di tepi. Kadangkala saya menjerit kerana takut tetapi selepas beberapa ketika, saya semakin mahir,” katanya yang kini menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Perjalanannya merentasi negara Asia itu lebih bermakna apabila dia berjaya menempuh sebanyak 1,864 selekoh untuk sampai ke Thousand Corner, yang terletak di Mae Hong Son, utara Thailand yang memang diidamkan setiap pengembara motosikal malah dianggap ‘naik haji’ oleh golongan itu.
Malah, kegembiraan dan keyakinannya yang semakin tinggi untuk mengembara secara solo dengan bermotosikal mendorongnya menjelajah sekali lagi ke Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam dan Kemboja, kali ini seorang diri dalam tempoh 12 hari.
Selepas yakin dengan kemampuannya, Anita memulakan langkah beraninya menjelajah lima negara di Asia Tengah bermula 22 Mei lalu seorang diri sepanjang 6,208 kilometer dengan membawa bekalan makanan, khemah, pakaian, telekung dan semua kelengkapan membaiki motosikal sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
“Setiap negara yang saya lawati itu sememangnya mundur dan agak menyedihkan terutama dari segi kemudahan buat rakyatnya. Sepanjang melewati negara terbabit, hati saya terasa sayu dengan keadaan mereka dan rasa sangat bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia.
“Bayangkan tandas mereka hanya dinding berukuran kecil dan hanya menutup anda sekiranya duduk mencangkung saja, jika berdiri sudah pasti ramai yang nampak. Begitu juga jalan rayanya dalam keadaan sangat daif. Daripada jumlah perjalanan saya ke lima negara terbabit, hanya 810km jalan berturap, selebihnya jalan yang rosak teruk, berbatu ataupun tanah merah saja,” katanya.
Pengalaman di negara terbabit sememangnya menginsafkan dirinya apatah lagi ketika menumpang teduh di rumah seorang penduduk dalam perjalanannya ke kawasan terpencil Kyrgyzstan. Pemilik kediaman yang juga seorang Islam bertanya soalan mengenai solat dan bacaan ayat selepas melihatnya menunaikan solat, sekali gus memperlihatkan pengetahuan asas agama mereka yang agak cetek.
“Sepanjang perjalanan ke lima negara itu, saya hanya berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa isyarat kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, saya pula tidak tahu bercakap bahasa tempatan.
“Bagaimanapun perjalanan saya lancar dan yang lebih menarik, saya tidak mengalami sebarang kejadian tidak diingini atau tayar motosikal pancit biarpun melalui jalan berbukit yang penuh batu kerikil yang turut dikenali sebagai laluan kambing,” katanya.
Laluan mencabar..
Di negara terbabit, hanya minyak petrol RON80 yang dijual kerana harganya lebih murah dan dibeli dengan cara menceduk menggunakan timba. Namun bahan api itu kurang kuasa menyebabkan motosikal yang ditunggang Anita beberapa kali mati enjinnya tatkala memanjat bukit sehingga membuatkannya tergelincir dan jatuh beberapa kali.
Disebabkan saiz tubuhnya yang kecil, Anita tidak mampu mengangkat motosikal seberat 180 kilogram dengan muatan seorang diri. Setiap kali motosikalnya terjatuh, ibu kepada dua cahaya mata itu terpaksa mengeluarkan semua barang yang diangkutnya supaya dapat mengangkat semula motosikal. Namun keadaan itu boleh diibaratkan seperti berdiri di atas air sabun.
Sebaik motosikal berjaya didirikan, dia memasukkan semula semua barangan yang dibawa ke dalam kotak simpanan kenderaan itu. Bagaimanapun tidak sampai beberapa minit mendaki semula jalan berbatu di bukit, motosikalnya mati enjin dan tergelincir sekali lagi.
Sememangnya perjalanan di negara terbabit memerlukan kesabaran yang amat tinggi namun dek minat mendalam untuk menikmati keindahan kawasan pergunungan dan pemandangan memukau, semuanya sanggup diharungi Anita.
“Saya juga beberapa kali hilang punca untuk meneruskan perjalanan kerana jalan yang ada sebelum itu terputus dan digantikan dengan sungai kecil apabila salji mencair. Pernah sekali saya terpaksa mengambil masa satu jam mencari sambungan jalan yang terputus walaupun jaraknya tidak sampai 200 meter.
“Lebih menggembirakan, saya juga pernah dijemput orang tempatan untuk makan bersama dan saya sudah merasai sendiri makanan tempatan terdiri daripada daging yak, kambing biri-biri Marco Polo, kambing gurun dan keldai.
“Ada juga pemilik rumah tumpangan sanggup memberikan saya penginapan satu malam secara percuma selepas mendapati saya seorang wanita yang mengembara secara solo dengan motosikal di negara mereka. Mereka menganggap saya begitu berani dan menghargainya,” katanya.
Disebabkan bergerak menggunakan wang saku sendiri, Anita terpaksa berjimat-cermat dan memasak sendiri, selain tidur dalam khemah di mana saja apabila rasa perlu berehat.
Hampir RM30,000 habis dibelanjakan dengan separuh daripadanya digunakan untuk membeli minyak petrol. Namun Anita puas dan gembira dapat menjelajah ke kawasan yang ada antaranya tidak pernah dijejaki rakyat Malaysia seperti Laluan Ak Baital pada ketinggian 4,655 meter iaitu laluan kedua tertinggi di dunia yang juga dikenali sebagai ‘bumbung dunia’.
Yang Menarik..
“Biarpun ada juga yang terkejut dan bertanya sama ada saya takut bergerak seorang diri, terus-terang saya katakan saya tidak takut kerana saya tidak memikirkan perkara yang buruk. Orang tempatan juga sungguh mesra terutama apabila mereka tahu saya dari Malaysia.
“Bagi saya sekiranya kita sudah mengkaji dengan mendalam sesuatu tempat, yakin dan sudah bersedia, tiada apa yang perlu ditakutkan. Lagipun sepanjang perjalanan saya tidak pernah terasa keseorangan dan merasakan Allah sentiasa bersama saya.
“Saya sentiasa berzikir sepanjang perjalanan dan berasa dekat dengan Allah apatah lagi begitu kagum melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan yang terbentang luas di hadapan mata saya,” katanya yang turut bersyukur mendapat sokongan daripada Kedutaan Malaysia di Tashkent, Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Zulkifli Hassan.
Bagi dirinya yang sudah menjelajah ke 52 negara, Kyrgystan mempunyai keistimewaan tersendiri dan dirasakan negara yang memiliki kecantikan alam semula jadi paling indah berbanding semua negara yang pernah dilawatinya.
Antara cabaran yang perlu dilaluinya ketika menjelajah ke lima negara terbabit adalah jalan gunung yang curam, licin dan becak, ribut pasir ketika di Afghanistan, angin kencang ketika berada di Uzbekistan dan Tajikistan, glasier mencair dan suhu ekstrem di kawasan pergunungan yang boleh mencecah dua darjah Celsius serta perubahan suhu mendadak.
“Pernah suatu ketika saya pengsan akibat perubahan suhu yang mendadak. Daripada terlampau sejuk iaitu pada dua darjah Celsius kepada terlampau panas iaitu 56 darjah Celsius dalam tempoh 30 jam. Apabila buka mata, hampir seluruh penduduk kampung di pergunungan di Kalaikhum, Tajikistan sudah mengerumuni saya,” katanya.
Cabaran lain adalah jurang komunikasi bukan saja secara lisan malah tulisan kerana negara terbabit menggunakan bahasa Russia tidak seperti abjad di Malaysia, memaksanya belajar serba sedikit asas bahasa supaya tidak sesat.
Dia turut menggalakkan kedua-dua anaknya yang sudah meningkat dewasa, Rudy Iskandar Ramli, 24, dan Emiershah Izkandar Ramli, 19, untuk turut mengembara malah mempunyai rancangan melancong ke Eropah bersama-sama sekiranya tidak ada halangan masa.(IH/sumbet myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa hukum wanita bepergian atau safar tanpa mahram dalam Islam.
Okey, mari kita lihat..
Pengertian safar..
Safar secara bahasa adalah melakukan perjalanan. Safar juga berarti terbuka, disebut demikian karana orang yang melakukan safar akan terbuka dirinya dari tempat tinggalnya ke tempat yang terbuka. Begitu juga orang yang melakukan safar akan terbuka akhlaq, perilaku dan perangai aslinya, yang selama ini tertutup ketika seseorang tidak mengadakan perjalanan. (Ibnu mandhur, Lisan al-Arab). Sebab itu, wanita yang tidak menggunakan jilbab, sehingga sebahagian anggota tubuhnya terlihat disebut dengan “Safirah“ (wanita terbuka auratnya).
Adapun Safar secara istilah para ulama berbeda pendapat di dalam menentukan batasnya. Majoriti ulama menentukan bahawa safar adalah perjalanan yang jaraknya lebih dari 85 km. Sedangkan sebahagian lainnya mengatakan, batasan suatu perjalanan disebut dengan safar atau tidak, dikembalikan kepada kebiasaan masyarakat masing-masing. Mereka berpedoman dengan kaidah fiqih yang menyatakan:
Pengertian Mahram
Mahram secara bahasa adalah seseorang yang diharamkan menikah dengannya. (Mukhtar as-Shihah: 1/ 56) Adapun mahram secara istilah adalah seorang lelaki yang diharamkan menikah dengan seorang perempuan selamanya kerana nasab, seperti hubungan bapak, anak, saudara dan paman, atau kerana sebab yang mubah seperti suami, anak suami, mertua, saudara sesusuan.“
BFNTUK SAFAR WANITA: Safar yang dilakukan wanita dibagi menjadi tiga bentuk:
SATU: Safar Mubah, seperti melakukan perjalan untuk rekreasi.
DUA: Safar Mustahab (yang dianjurkan), seperti melakukan perjalanan untuk mengunjungi orang sakit atau menyambung silaturahim.
Imam Baghawi berkata sebagaimana dinukil oleh Ibnu Hajar dalam Fathu al-Bari (4/76):
TIGA: Safar Wajib, seperti melakukan perjalanan untuk melaksanakan ibadah haji, menolong orang sakit dan berbakti kepada orang tua. Jika seorang wanita melakukan safar dalam bentuk ketiga ini tanpa mahram, para ulama berselisih pendapat tentang status hukumnya:
Pendapat Pertama, mengatakan bahawa seorang wanita tidak boleh melaksanakan ibadah haji kecuali dengan mahramnya. Ini adalah pendapat Abu Hanifah dan Ahmad dalam salah satu riwayat dari beliau.
Mereka berdalil dengan keumuman hadits-hadist yang melarang seorang wanita melakukan safar tanpa mahram, diantaranya adalah hadist Ibnu Abbas RA bahawa dia mendengar Nabi SAWbersabda :
Pendapat Kedua, mengatakan bahawa seorang wanita muslimah dibolehkan melaksanakan ibadah haji tanpa mahram. Dan mahram bukanlah syarat wajib haji bagi seorang wanita muslimah. Ini adalah pendapat Hasan Basri, Auza’I, Imam Malik Syafi’I, dan Ahmad dalam salah satu riwayat dari beliau, serta pendapat Dhahiriyah. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Taimiyah dalam riwayat terakhir beliau. (al-Majmu’: 8/382, al-Furu’: 3/ 177)
Imam Malik menyatakan bahawa mahram boleh diganti dengan rombongan wanita yang boleh percaya selama perjalanan aman. Berkata Imam al Baji al-Maliki :
Dalil Pertama: Hadist Adi bin Hatim, bahawa Nabi SAW bersabda :
Dalil Kedua: Atsar Ibnu Umar.
Dalil Keempat: Kaidah Fiqhiyah.
Dalil Kelima: Kaidah Fiqhiyah
Dalil Keenam: Kaidah Fiqhiyah.
Kesimpulan:
Pendapat yang kuat bahawa mahram bukanlah syarat wajib haji bagi wanita muslimah berdasarkan hadist dan atsar di atas. Tetapi boleh bersama rombongan perempuan yang boleh percaya, khususnya jika keadaan aman. Adapun hadist Ibnu Abbas yang mensyaratkan mahram, tetapi peristiwa tersebut bukan pada haji wajib, tetapi pada haji yang sunnah. Kerana haji baru diwajibkan pada tahun 10 H, dimana Rasulullah pada waktu itu juga melaksanakan ibadah haji.
Walaupun demikian, diharapkan bagi wanita yang ingin melaksanakan haji dan umrah atau melakukan safar wajib lainnya, hendaknya bersama mahramnya, kerana itu lebih terhindar dari fitnah dan marabahaya lainnya. Ini pada safar wajib, tentunya dalam safar mubah dan mustahab lebih ditekankan lagi. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu yang diperlukan sangat, kita boleh mengambil pendapat ulama membolehkan dengan syarat-syarat yang sangat ketat.
Dengan demikian Islam dipahami sebagai agama yang selalu menjaga kehormatan dan keselamatan wanita, sekaligus memberikan solusi-solusi yang dipertanggung jawabkan baik secara agama mahupun secara sosial, disaat tidak ada pilihan lain.
Itu dalam soal wajib haji.. Bagaimana dengan wanita seperti di atas, merentas 5 negara Asia Tengah, secara solo dengan motosikal?
DIANGKAT DARI IBNUHASYIM.COM

- “Setiap istilah yang tidak mempunyai batasan di dalam bahasa Arab, dan tidak pula dalam syariat (al-Qur’an dan sunnah), maka dikembalikan kepada kebiasaan masyarakat.“
Pengertian Mahram
Mahram secara bahasa adalah seseorang yang diharamkan menikah dengannya. (Mukhtar as-Shihah: 1/ 56) Adapun mahram secara istilah adalah seorang lelaki yang diharamkan menikah dengan seorang perempuan selamanya kerana nasab, seperti hubungan bapak, anak, saudara dan paman, atau kerana sebab yang mubah seperti suami, anak suami, mertua, saudara sesusuan.“
BFNTUK SAFAR WANITA: Safar yang dilakukan wanita dibagi menjadi tiga bentuk:
SATU: Safar Mubah, seperti melakukan perjalan untuk rekreasi.
DUA: Safar Mustahab (yang dianjurkan), seperti melakukan perjalanan untuk mengunjungi orang sakit atau menyambung silaturahim.
Imam Baghawi berkata sebagaimana dinukil oleh Ibnu Hajar dalam Fathu al-Bari (4/76):
- “Para ulama tidak berbeda pendapat tentang ketidakbolehan seorang perempuan melakukan perjalanan yang bukan wajib, kecuali harus disertai suaminya atau mahramnya. Kecuali bagi perempuan kafir yang masuk Islam kemudian ingin berhijrah dari Dar al-Harbi (Negara Kafir) atau dia dalam keadaan ditawan musuh dan bisa lepas.“
TIGA: Safar Wajib, seperti melakukan perjalanan untuk melaksanakan ibadah haji, menolong orang sakit dan berbakti kepada orang tua. Jika seorang wanita melakukan safar dalam bentuk ketiga ini tanpa mahram, para ulama berselisih pendapat tentang status hukumnya:
Pendapat Pertama, mengatakan bahawa seorang wanita tidak boleh melaksanakan ibadah haji kecuali dengan mahramnya. Ini adalah pendapat Abu Hanifah dan Ahmad dalam salah satu riwayat dari beliau.
Mereka berdalil dengan keumuman hadits-hadist yang melarang seorang wanita melakukan safar tanpa mahram, diantaranya adalah hadist Ibnu Abbas RA bahawa dia mendengar Nabi SAWbersabda :
- “Janganlah sekali-kali seorang lelaki berkholwat (berduaan) dengan seorang wanita dan janganlah sekali-kali seorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya”. Lalu ada seorang lelaki yang bangkit berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah mendaftarkan diriku untuk mengikutu suatu peperangan sedangkan isteriku pergi menunaikan hajji”. Maka Beliau bersabda: “Tunaikanlah hajji bersama isterimu” (HR Bukhori)
Pendapat Kedua, mengatakan bahawa seorang wanita muslimah dibolehkan melaksanakan ibadah haji tanpa mahram. Dan mahram bukanlah syarat wajib haji bagi seorang wanita muslimah. Ini adalah pendapat Hasan Basri, Auza’I, Imam Malik Syafi’I, dan Ahmad dalam salah satu riwayat dari beliau, serta pendapat Dhahiriyah. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Taimiyah dalam riwayat terakhir beliau. (al-Majmu’: 8/382, al-Furu’: 3/ 177)
Imam Malik menyatakan bahawa mahram boleh diganti dengan rombongan wanita yang boleh percaya selama perjalanan aman. Berkata Imam al Baji al-Maliki :
- “Adapun yang disebut oleh sebagian ulama dari teman-teman kami, itu dalam keadaan sendiri dan jumlah yang sedikit. Adapun dalam keadaan jumlah rombongan sangat banyak, sedang jalan – yang dilewati – adalah jalan umum yang ramai dan aman, maka bagi saya keadaan tersebut seperti keadaan dalam kota yang banyak pasar-pasarnya dan para pedagang yang berjualan, maka seperti ini dianggap aman bagi wanita yang bepergian tanpa mahram dan tanpa teman wanita. “ (al-Muntaqa : 3/17)
Dalil Pertama: Hadist Adi bin Hatim, bahawa Nabi SAW bersabda :
- “Seandainya kamu diberi umur panjang, kamu pasti akan melihat seorang wanita yang mengendarai kendaraan berjalan dari Al Hirah hingga melakukan thawaf di Ka’bah tanpa takut kepada siapapun kecuali kepada Allah”. (HR. Bukhari)
Dalil Kedua: Atsar Ibnu Umar.
- Dari Ibnu Umar bahawa beliau memerdekakan beberapa hamba perempuannya. Kemudian beliau berhaji dengan mereka. Setelah dimerdekakan, tentunya mereka bukan mahram lagi bagi Ibnu Umar. Bererti para wanita tersebut pergi haji tanpa mahram. (Disebutkan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla)
- “Dari Aisyah tatkala ada orang yang menyampaikan kepada beliau bahwa mahram adalah syarat wajib haji bagi wanita muslimah, beliau berkata: “Apakah semua wanita memiliki mahram untuk pergi haji?!” (Riwayat Baihaqi)
Dalil Keempat: Kaidah Fiqhiyah.
- “ Dalam masalah ibadah mahdha dasarnya adalah ta’abbud, ( menerima apa adanya tanpa dicari-cari alasannya, seperti jumlah rekaat sholat) dan dalam masalah mu’amalat dasarnya adalah ta’lil.( boleh dicerna dengan akal dan dapat dicari alasannya, seperti jual beli dan pernikahaan ) ”
Dalil Kelima: Kaidah Fiqhiyah
- “Hukum yang ditetapkan dengan ijtihad boleh berubah menurut perubahan waktu, keadaan, tempat dan perorangan.“
Dalil Keenam: Kaidah Fiqhiyah.
- “Apa-apa yang diharamkan kerana dzatnya, tidaklah dibolehkan kecuali dalam keadaan darurat, dan apa-apa yang diharamkan dengan tujuan menutup jalan ( kemaksiatan ), maka dibolehkan pada saat diperlukan “
Kesimpulan:
Pendapat yang kuat bahawa mahram bukanlah syarat wajib haji bagi wanita muslimah berdasarkan hadist dan atsar di atas. Tetapi boleh bersama rombongan perempuan yang boleh percaya, khususnya jika keadaan aman. Adapun hadist Ibnu Abbas yang mensyaratkan mahram, tetapi peristiwa tersebut bukan pada haji wajib, tetapi pada haji yang sunnah. Kerana haji baru diwajibkan pada tahun 10 H, dimana Rasulullah pada waktu itu juga melaksanakan ibadah haji.
Walaupun demikian, diharapkan bagi wanita yang ingin melaksanakan haji dan umrah atau melakukan safar wajib lainnya, hendaknya bersama mahramnya, kerana itu lebih terhindar dari fitnah dan marabahaya lainnya. Ini pada safar wajib, tentunya dalam safar mubah dan mustahab lebih ditekankan lagi. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu yang diperlukan sangat, kita boleh mengambil pendapat ulama membolehkan dengan syarat-syarat yang sangat ketat.
Dengan demikian Islam dipahami sebagai agama yang selalu menjaga kehormatan dan keselamatan wanita, sekaligus memberikan solusi-solusi yang dipertanggung jawabkan baik secara agama mahupun secara sosial, disaat tidak ada pilihan lain.
Itu dalam soal wajib haji.. Bagaimana dengan wanita seperti di atas, merentas 5 negara Asia Tengah, secara solo dengan motosikal?
DIANGKAT DARI IBNUHASYIM.COM
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...