Isnin, 9 Julai 2012

ULANG MULA SEBELUM LELAP



Taubat Nasuha
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:Maksudnya:
“Hai orang yang beriman!
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha,
mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu
dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka;
mereka berkata:
Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Berdasarkan ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:

Satu: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.

Dua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.

Tiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.

Ketiga-tiga syarat tadi adalah bagi dosa kita dengan Allah SWT, tetapi bagi dosa kita sesama manusia pula di tambah syarat yang keempat..

Empat: Iaitu wajib memohon kemaafan sebagai cara bertaubat. Sekiranya salah satu syarat ini tercicir, nescaya tidaklah dinamakan taubat nasuha.

Bagi mengawal tanda aras taubat nasuha ini, sesetengah ulama ada mengatakan bahawa hendaklah ditambah syarat kelima...

Lima: Iaitu ikhlas kerana Allah SWT barulah ia lebih sempurna.

Solat Taubat

Para ulama sepakat tentang disyari'atkannya solat taubat. Diriwayatkan dari Abu Bakar al-Shiddiq RA , katanya: Aku mendengar Rasul SAW bersabda..
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ، ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ"Tidaklah seorang hamba berbuat satu dosa, lalu ia bersuci dengan baik, lalu berdiri untuk solat dua rakaat, kemudian memohon ampun kepada Allah, melainkan Allah akan mengampuni dosanya."

Kemudian Nabi SAW membaca:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [QS. Ali Imran: 1365]." (HR. Abu Dawud no. 1521. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud)

Penulis Shahih Fiqih Sunnah dalam megomentari hadits di atas mengatakan,
"Dalam sanadnya terdapat kelemahan, hanya saja ayat tersebut menguatkan maknanya. Di samping itu, hadits ini juga dishahihkan oleh sebagian ulama." (Shahih Fiqih Sunnah: 2/95)
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya, dari Abu Darda' RA, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang berwudhu dan memperbagus wudhunya, lalu berdiri shalat dua rakaat atau empat (salah seorang perawi ragu), ia memperbagus dzikir dan khusyu' dalam shalatnya, kemudian beristighfar (meminta ampun) kepada Allah 'Azza wa Jalla , pasti Allah megampuninya." (Para pentahqiq al-Musnad mengatakan: Isnadnya hasan. Syaikh Al-Albani menyebutkannya dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no. 3398).
Sebab Solat Taubat

Solat taubat dikerjakan masa seorang Muslim terjerumus ke dalam makasiat, baik maksiat dosa besar atau kecil. Maka ia wajib segera taubat dan disunnahkan baginya untuk mengerjakan solat dua rakaat. Dua rakaat ini termasuk bahagian dari amal shalih yang disunnahkan untuk dikerjakan dalam masa taubat. Ia sebagai wasilah (perantara) kepada Allah untuk mendapatkan taubat dariNya dan ampunan atas dosanya.
Waktu Solat Taubat

Disunnahkan solat taubat ini masa seorang Muslim bertekad untuk bertaubat dari sebuah dosa yang telah diterjangnya, baik taubat ini segera dikerjakan selepas ia melakukan maksiat itu atau mengakhirkannya. Yang wajib atas seorang yang berdosa agar segera bertaubat. Tapi kalau ia mengakhiri/menundanya maka tetap diterima. Karena taubat boleh diterima selama belum datang satu dari dua keadaan berikut ini:
1. Bila ruh belum sampai ke rongkong. Yakni ia yakin akan mati segera sehingga tiada pilihan lain kecuali itu, seperti Fir'aun, dikisahkan dalam QS. Yunus: 91-92.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama ruh (nyawa)nya belum di tenggorokan." (HR. Al-Tirmidzi, hadits hasan)
2. Apabila matahari terbit dari barat, kerana Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ "Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubatnya." (HR. Muslim, no. 2703)
Solat taubat ini disyariatkan dalam semua waktu, sampai pada waktu terlarang pun boleh dikerjakan, seperti sesudah solat 'Ashar. Sebabnya, kerana ia termasuk jenis solat yang memiliki sebab. Maka disyariatkan dan boleh terus dikerjakan masa datang sebabnya. Syikhul Islam rahimahullah berkata,
وَكَذَلِكَ صَلَاةُ التَّوْبَةِ فَإِذَا أَذْنَبَ فَالتَّوْبَةُ وَاجِبَةٌ عَلَى الْفَوْرِ وَهُوَ مَنْدُوبٌ إلَى أَنْ يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَتُوبَ كَمَا فِي حَدِيثِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ "Demikian pula solat taubat (termasuk solat yang memiliki sebab dan perlu segera dilakukan, sehingga boleh dilakukan meskipun waktu terlarang untuk solat), jika seseorang berbuat dosa, maka taubatnya itu wajib, iaitu wajib segera dilakukan. Dan disunnahkan baginya untuk melaksanakan solat dua raka’at. Kemudian ia bertaubat sebagaimana keterangan dalam hadits Abu Bakar Al-Shiddiq.” (Majmu’ Al-Fatawa, Ibnu Taimiyah: 23/215)
Sifat Solat Taubat

Solat taubat dikerjakan sebanyak dua rakaat. Dikerjakan sendirian, kerana ia termasuk nawafil yang tidak disyariatkan secara berjamaah. Dan disunnahkan untuk beristighfar sesudah selesai mengerjakannya, sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Bakar al-Shiddiq RA di atas. Tidak ditemukan tuntutan dari sunnah Nabi SAW yang menetapkan bacaan tertentu pada dua rakaat tadi. Maka orang yang mengerjakan solat taubat membaca surat yang dia kehendaki. Selain itu, juga disunnahkan baginya untuk memperbanyak amal shalih lainnya. Ini didasarkan kepada firman Allah Ta'ala:
وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَى "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertobat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS. Thaahaa: 82)
Di antara amal-amal utama yang boleh dikerjakan oleh orang yang bertaubat: ialah shadaqah, kerana shadaqah termasuk sebab besar yang menghapuskan dosa.
إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ "Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-Baqarah: 271)
Terdapat penguat dari kisah Ka'ab bin Malik RA, saat Allah menerima taubatnya, ia berkata:
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya dengan sebab (diterima) taubatku, saya akan mensedekahkan semua hartaku kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda, "tahanlah sebahagian hartamu, maka itu lebih baik bagimu." Ia menjawab, "Aku tahan sahamku yang ada di Khaibar." (Muttafaq 'Alaih)

Kesimpulan:
Solat taubat memiliki landasan shahih dari sunnah Nabi SWT.
Solat taubat disyariatkan saat seorang Muslim bertaubat dari dosa besar mahupun kecil. Tidak dibedakan, baik dosa itu baru saja dikerjakan atau sudah lama.
Solat taubat boleh dikerjakan pada semua waktu, sampai pada waktu yang terlarang mengerjakan solat sunnah.
Selain mengerjakan solat taubat, orang yang bertaubat juga dianjurkan mengerjakan amal-amal kebajikan, seperti shadaqah dan selainnya.
Solat taubat adalah sebahagian dari taubat nasoha. (IH)
;- sumber pelbagai google.

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...