Susuk kental tidak harus kejam atau garang. Susuk kental itu adalah dia yang berbisik pada dirinya untuk tidak menyerah. Susuk yang dengan lembut mengajak hatinya untuk mengulangi lagi esok hari. Mencuba lagi.
Fikiranku ketika kecil dahulu seorang pemberani adalah mereka yang pantang dicuit untuk berkelahi melawan orang lain. Seorang GEDEBE yang membuat lawan takut. Seorang bengis yang membuat lawan terdiam. Padahal pemberani yang seperti itu sebenarnya penakut. Dia takut dianggap rendah orang lain. Dia takut kehilangan imej pemberani. Kerana imej itu adalah pandangan orang lain, maka pemberani seperti itu selalu berusaha tampil garang pada orang lain. Ia mengukur keberaniannya pada apa fikiran orang tentangnya.
Padahal pemberani sejati adalah seseorang yang mengalahkan dirinya sendiri. Susuk yang menolak untuk menyerah. Susuk yang berkata pada dirinya untuk bangkit dari kegagalan. Susuk yang berbisik lembut pada batang tubuh sendiri mengajak mengulangi lagi usahanya esok pagi.
Pemberani itu adalah orang yang percaya akan kebaikan hidup. Akan panggilannya. Akan jati dirinya. Akan tempatnya di dunia ini. Akan peranannya di kehidupan yang satu ini.
Apa fikiran orang tidak dikhuatiri. Apa kritikan orang tidaklah mempengaruhi. Apa celaan orang tidak membuatnya sakit hati. Imejan tidak menjadi tujuan yang dikejar.
Susuk kental adalah mereka yang berdamai dengan kegagalan dan kembali esok hari untuk mencuba lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan